CADANGAN DAN PANDANGAN OLEH:
FATHIAH RASHID
PANDANGAN/PENAMBAIKAN BERDASARKAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA
1) MENGGALAKKAN PELAJAR MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS PADA PERINGKAT
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK LAGI
- Pada
masa ini isu yang sering gagal diselesaikan ialah kemampuan pelajar kita yang tidak
mampu berbahasa Inggeris dengan baik. Dilihat sebagai contoh, pada tahun 2003
di mana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) dilaksanakan bagi mengekang penurunan tahap bahasa Inggeris di
kalangan pelajar. Dan Ia dihentikan pada tahun 2012 oleh Menteri Pendidikan
pada masa itu atas sebab mendapat banyak tentangan dari pelbagai pihak termasuk
ahli politik, para pengajar, masyarakat, ibu bapa, dan pelajar. Ini menunjukkan
terdapat kelemahan-kelemahan yang ada pada pelaksanaan dasar PPSMI tersebut. Pada pandangan saya, dasar PPSMI
ini sebenarnya boleh diteruskan jika pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
memupuk atau menggalakkan para pelajar menggunakan bahasa Inggeris pada
peringkat awal kanak-kanak lagi. Ini disebabkan pembentukan minda kanak-kanak pada
peringkat awal senang dibentu dan menjadikan bahasa Inggeris yang diajar oleh
guru senang diikuti oleh pelajar. Kementerian
Pendidikan wajar menyedari bahawa masa depan negara bergantung kepada kemahiran
graduan kita berbahasa Inggeris. Kebolehan menulis dengan baik juga merupakan
salah satu kemahiran yang tekankan bagi pelajar melanjutkan pelajaran. Bagi
keperluan kerjaya, majikan mahu pekerja memiliki kemahiran menulis bagi
menunjukkan tahap pendidikannya. Maka adalah amat penting bagi pelajar
dilengkapi kebolehan menulis serta bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu,
bahasa tersebut tidak wajar kekal sebagai subjek sampingan di sekolah-sekolah
kita.
2) PENGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN IAITU BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA
PENGANTAR UTAMA UNTUK KESEMUA SUBJEK DI SEKOLAH
- Negara-negara lain dalam dunia sekarang ini, tidak ada yang
menggunakan bahasa Inggeris yang berleluasa seperti negara kita sekarang
kecuali Negara-negara Inggeris sendiri seperti Britain, Amerika, Australia dan
New Zealand. Negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Jerman, Perancis, Rusia
dan Itali semuanya menggunakan bahasa ibunda masing-masing termasuklah dalam
bidang ilmu. Saya juga bersetuju jika kerajaan mencontohi negara-negara
tersebut. Pada pendapat saya penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama di sekolah-sekolah tidak akan menjejaskan pelajar bahkan akan
meningkatkan lagi mutu dan kefahaman pelajar-pelajar itu sendiri terhadap
setiap subjek yang dipelajari mereka. Mereka lebih mudah menerap masuk sesuatu
pembelajaran jika bahasa pengantar yang digunakan oleh guru mudah untuk difahami
seperti bahasa yang sering digunakan di rumah. Tidak dinafikan bahawa
penggunaan bahasa Inggeris penting untuk masa hadapan pelajar, tetapi bahasa
Inggeris perlu juga diajar mengikut pengkhususan subjek bahasa Inggeris itu
sendiri dan tidak melibatkan subjek-subjek yang perlu diajar menggunakan bahasa
Inggeris seperti Sains dan Matematik. Saya bersetuju dengan dasar Memartabatkan
Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) ini dilaksanakan, ini
adalah untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ke
semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan para pelajar
boleh menguasi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.
3) SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH TIDAK HANYA
MENGGUNAKAN KAEDAH TEORI MALAHAN PERLU MENGGUNAKAN KAEDAH PRAKTIKAL
- Setiap pelajar yang mempelajari Matematik di sekolah bukan sahaja
perlu belajar teori melalui guru tetapi perlulah belajar melalui pengalaman di
luar sekolah, mampu menyelesaikan sendiri masalah dan boleh mengaplikasi
pembelajaran Matematik dengan kehidupan seharian. Saya berpendapat kaedah
pengajaran guru di sekolah perlu diambil kira. Guru
sewajarnya menggalakan pelajar memberi pendapat mereka di dalam kelas serta
mengasah kemahiran berfikir di kalangan mereka ketika sesi P&P dijalankan.
Namun, guru kerap terikat dengan panduan buku teks dan ini sebenarnya akan
menyebabkan pelajar menjadi kurang minat terhadap subjek Matematik. Dari segi
lain, perlu ada inisiatif yang baru termasuklah penggunaan Microsoft Excel
sebagai permulaan untuk pelajar mempelajari penggunaan komputer menerusi subjek
Matematik perlu dicuba diperingkat awal lagi. Dengan menerapkan pelajar dalam
perisian komputer boleh meningkatkan minat pelajar terhadap subjek tersebut dan
dengan pengalaman yang mereka ada semasa di peringkat sekolah boleh memberi
kesan yang positif ketika mereka melangkah ke menara gading.
4) MASALAH KETIDAKSEPADANAN OPSYEN DALAM
KALANGAN GURU
Sekolah-sekolah
di Malaysia sekarang kekurangan guru-guru yang berkemahiran bertugas di luar
bandar. Masalah ketidaksepadanan opsyen dalam kalangan guru telah mengakibatkan
proses P&P terganggu. Sebagai contoh, guru yang bukan opsyen Matematik
terpaksa mengajar Matematik disebabkan guru yang sepatutnya mengajar Matematik
tidak melapor diri di sekolah luar bandar, Kesukaran menempatkan guru-guru ke
luar bandar telah mengakibatkan ketidakseimbangan opsyen berlaku di sekolah
luar bandar. Akibatnya, pelajar-pelajar di luar bandar diajar oleh guru-guru
yang tidak berpengalaman mengajar dalam opsyen tertentu. Sepatutnya pihak
Kementerian Malaysia memandang serius permasalahan ini kerana disebabkan
ketidaksembangan ini, penempatan guru-guru ditempatkan secara rawak dan tidak
mengikut opsyen yang betul.
5) KERJA KURSUS DALAM KUMPULAN DAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA PERLU
DITERAP SEMASA PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH LAGI
- Saya cadangkan supaya pelajar perlu aktif di dalam kelas melalui
kaedah belajar secara berkumpulan dan sentiasa berhubung dengan guru. Di
samping itu, proses pembelajaran ini tidak perlu terlalu bergantung kepada
keupayaan mengingat, sebaliknya mengutamakan kefahaman dan kebolehan
memanipulasikan pengetahuan yang diperoleh serta kemahiran mengaplikasikannya. Pengubahsuaian
dan perubahan strategi pengajaran pendidikan matematik diperlukan untuk
mengatasi kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran asas.
Matematik perlu diajar menggunakan pendekatan dan medium supaya mudah difahami.
Jika dari awal persekolahan lagi pelajar didedahkan dengan kerja dalam kumpulan
dan perbentangan sub-sub topik atau latihan-latihan dalam buku teks di dalam
kelas, pasti mereka tidak ada masalah apabila sudah menjejak kaki ke peringkat
yang lebih tinggi,
6) KEBERKESANAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
- Pelaksanaan PT3 adalah untuk menggantikan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) dibuat setelah mendapat pandangan rakyat daripada pelbagai
peringkat yang ketika itu rata-rata mahukan sistem pendidikan negara tidak
tertumpu dan mementingkan peperiksaan semata-mata. PT3 ini melihatkan ramai
antara guru, pelajar mahupun ibu bapa yang tidak bersedia menghadapi kesannya
selepas pelaksanaan ini. Mereka tidak diberi pendedahan awal mengenai struktur
pelajaran dan pembelajaran semasa menjalankan PT3 ini menyebabkan banyak pihak
menjadi keliru dan terasa terbeban dengan pelaksanaan yang baru ini. Pelaksanaan
ini mendedahkah pelajar dengan format-format baru PT3 dan belum tentu mereka
akan faham dalam masa yang singkat untuk menjawab soalan menggunakan format
yang baru ini.