Sunday, 18 October 2015

ISU 1: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP KURIKULUM

CADANGAN OLEH:

NOR SHAHEERA BINTI ISMAIL
M20151000760

Ulasan pandangan atau penambahbaikan tentang kurikulum

1.     1.  Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Pada pendapat saya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seharusnya diteruskan dan mestilah dimulai dengan pelajar tahun satu bagi mengelakkan kekeliruan terminalogi bahasa. Sekaligus boleh mendedahkan mereka pada bahasa Inggeris terutamanya pelajar luar bandar.

2.     2.  Penggunaan teknologi dalam pembelajaran

Dunia teknologi tidak dapat dipisahkan masa kini. Dimana-mana teknologi boleh di ibaratkan nyawa seseorang. Maka dalam pendidikan juga penting bagi mengelakkan sesebuah negara tidak ketinggalan dengan teknologi sekarang ini. Namun dalam kepenggunaan teknologi yang penting masa kini, terdapat perbezaan dalam kecekapan penggunaan teknologi di kalangan pelajar dan guru di bandar mahupun luar bandar. Pemberian e-book kepada setiap pelajar membolehkan mereka lebih mendalami alam teknologi. Guru dan ibu bapa perlulah memantau setiap aktiviti pelajar  bagi mengelakkan mereka lalai dalam dunia siber. Guru juga dihantar berkursus tentang penggunaan teknologi dalam bilik darjah.

3.     3. Sukatan dalam buku teks

Penggunaan buku teks merupakan salah satu sumber yang penting dalam membantu pengajaran guru. Perubahan sukatan dalam buku teks mestilah mengikut keadaan semasa. Contohya,isi kandungan dalam buku teks mestilah lebih ceria berbanding pada zaman teknologi belum diperkenalkan, wujudkan nota-nota ringkas bagi memudahkan pelajar mengulangkaji dan latihan yang lebih kepada berbentuk pengetahuan am.

4.Meningkatkan produktiviti guru

Untuk meningkatkan kualiti pencapaian pelajar dalam matematik, sistem penyampaian oleh guru sangat penting. Maka penguasaan guru terhadap kemahiran menyoal, menilai pelajar,penggunaan alat dan bahan mengajar mesti dititik beratkan. Guru haruslah mengetahui setiap kelemahan pelajar agar tidak ketinggalan dalam pelajaran.

5. Pentaksiran Tingkatan 3(PT3)

Cadangan tersebut boleh dilaksanakan sekiranya pelajar dan guru didedahkan lebih awal tentang tentang PT3. Perlaksanaan PT3 mestilah dijalankan tiga tahun akan datang bagi memboleh pelajar tingkatan satu sekarang mempelajari sukatan dalam PT3 dan guru perlu dihantar kursus untuk membezakan format PMR dan PT3. Sekaligus pelajar tersebut sudah mengetahui format PT3 dan dianggap telah bersedia menghadapi peperiksaan PT3 pada tiga tahun akan datang. Hal ini tidak akan membebankan guru dan pelajar dengan perubahan yang kita sudah sedia maklum dari awal lagi. Pemansuhan format PMR secara tiba-tiba membolehkan pelajar hilang fokus dalam pelajaran yang sedia ada.

6. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


Pada pendapat saya, kewujudan KSSR ini merupakan perubahan yang amat baik kerana menekankan elemen kemahiran yang lebih tinggi dan memberi pelajar berfikir secara kreatif dan kritis. Sehubungan itu, pelajar yang akan datang dapat menjadi pelapis negara dan tidak ketinggalan dalam arus kemodenan dunia. Hal ini dapat memenuhi harapan negara dan aspirasi negara ke arah negara maju.

No comments:

Post a Comment