Monday, 19 October 2015

ISU 1: PANDANGAN/PENAMBAIKAN BERDASARKAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA

CADANGAN DAN PANDANGAN OLEH:
FATHIAH RASHID

PANDANGAN/PENAMBAIKAN BERDASARKAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA

1) MENGGALAKKAN PELAJAR MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS PADA PERINGKAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK LAGI

- Pada masa ini isu yang sering gagal diselesaikan ialah kemampuan pelajar kita yang tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik. Dilihat sebagai contoh, pada tahun 2003 di mana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan bagi mengekang penurunan tahap bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Dan Ia dihentikan pada tahun 2012 oleh Menteri Pendidikan pada masa itu atas sebab mendapat banyak tentangan dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, para pengajar, masyarakat, ibu bapa, dan pelajar. Ini menunjukkan terdapat kelemahan-kelemahan yang ada pada pelaksanaan dasar PPSMI  tersebut. Pada pandangan saya, dasar PPSMI ini sebenarnya boleh diteruskan jika pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memupuk atau menggalakkan para pelajar menggunakan bahasa Inggeris pada peringkat awal kanak-kanak lagi. Ini disebabkan pembentukan minda kanak-kanak pada peringkat awal senang dibentu dan menjadikan bahasa Inggeris yang diajar oleh guru senang diikuti oleh pelajar. Kementerian Pendidikan wajar menyedari bahawa masa depan negara bergantung kepada kemahiran graduan kita berbahasa Inggeris. Kebolehan menulis dengan baik juga merupakan salah satu kemahiran yang tekankan bagi pelajar melanjutkan pelajaran. Bagi keperluan kerjaya, majikan mahu pekerja memiliki kemahiran menulis bagi menunjukkan tahap pendidikannya. Maka adalah amat penting bagi pelajar dilengkapi kebolehan menulis serta bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, bahasa tersebut tidak wajar kekal sebagai subjek sampingan di sekolah-sekolah kita.

2) PENGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN IAITU BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA PENGANTAR UTAMA UNTUK KESEMUA SUBJEK DI SEKOLAH

- Negara-negara lain dalam dunia sekarang ini, tidak ada yang menggunakan bahasa Inggeris yang berleluasa seperti negara kita sekarang kecuali Negara-negara Inggeris sendiri seperti Britain, Amerika, Australia dan New Zealand. Negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Jerman, Perancis, Rusia dan Itali semuanya menggunakan bahasa ibunda masing-masing termasuklah dalam bidang ilmu. Saya juga bersetuju jika kerajaan mencontohi negara-negara tersebut. Pada pendapat saya penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah tidak akan menjejaskan pelajar bahkan akan meningkatkan lagi mutu dan kefahaman pelajar-pelajar itu sendiri terhadap setiap subjek yang dipelajari mereka. Mereka lebih mudah menerap masuk sesuatu pembelajaran jika bahasa pengantar yang digunakan oleh guru mudah untuk difahami seperti bahasa yang sering digunakan di rumah. Tidak dinafikan bahawa penggunaan bahasa Inggeris penting untuk masa hadapan pelajar, tetapi bahasa Inggeris perlu juga diajar mengikut pengkhususan subjek bahasa Inggeris itu sendiri dan tidak melibatkan subjek-subjek yang perlu diajar menggunakan bahasa Inggeris seperti Sains dan Matematik. Saya bersetuju dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) ini dilaksanakan, ini adalah untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ke semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan para pelajar boleh menguasi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.

3) SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH TIDAK HANYA MENGGUNAKAN KAEDAH TEORI MALAHAN PERLU MENGGUNAKAN KAEDAH PRAKTIKAL

- Setiap pelajar yang mempelajari Matematik di sekolah bukan sahaja perlu belajar teori melalui guru tetapi perlulah belajar melalui pengalaman di luar sekolah, mampu menyelesaikan sendiri masalah dan boleh mengaplikasi pembelajaran Matematik dengan kehidupan seharian. Saya berpendapat kaedah pengajaran guru di sekolah perlu diambil kira. Guru sewajarnya menggalakan pelajar memberi pendapat mereka di dalam kelas serta mengasah kemahiran berfikir di kalangan mereka ketika sesi P&P dijalankan. Namun, guru kerap terikat dengan panduan buku teks dan ini sebenarnya akan menyebabkan pelajar menjadi kurang minat terhadap subjek Matematik. Dari segi lain, perlu ada inisiatif yang baru termasuklah penggunaan Microsoft Excel sebagai permulaan untuk pelajar mempelajari penggunaan komputer menerusi subjek Matematik perlu dicuba diperingkat awal lagi. Dengan menerapkan pelajar dalam perisian komputer boleh meningkatkan minat pelajar terhadap subjek tersebut dan dengan pengalaman yang mereka ada semasa di peringkat sekolah boleh memberi kesan yang positif ketika mereka melangkah ke menara gading.

4) MASALAH KETIDAKSEPADANAN OPSYEN DALAM KALANGAN GURU

Sekolah-sekolah di Malaysia sekarang kekurangan guru-guru yang berkemahiran bertugas di luar bandar. Masalah ketidaksepadanan opsyen dalam kalangan guru telah mengakibatkan proses P&P terganggu. Sebagai contoh, guru yang bukan opsyen Matematik terpaksa mengajar Matematik disebabkan guru yang sepatutnya mengajar Matematik tidak melapor diri di sekolah luar bandar, Kesukaran menempatkan guru-guru ke luar bandar telah mengakibatkan ketidakseimbangan opsyen berlaku di sekolah luar bandar. Akibatnya, pelajar-pelajar di luar bandar diajar oleh guru-guru yang tidak berpengalaman mengajar dalam opsyen tertentu. Sepatutnya pihak Kementerian Malaysia memandang serius permasalahan ini kerana disebabkan ketidaksembangan ini, penempatan guru-guru ditempatkan secara rawak dan tidak mengikut opsyen yang betul.

5) KERJA KURSUS DALAM KUMPULAN DAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA PERLU DITERAP SEMASA PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH LAGI

- Saya cadangkan supaya pelajar perlu aktif di dalam kelas melalui kaedah belajar secara berkumpulan dan sentiasa berhubung dengan guru. Di samping itu, proses pembelajaran ini tidak perlu terlalu bergantung kepada keupayaan mengingat, sebaliknya mengutamakan kefahaman dan kebolehan memanipulasikan pengetahuan yang diperoleh serta kemahiran mengaplikasikannya. Pengubahsuaian dan perubahan strategi pengajaran pendidikan matematik diperlukan untuk mengatasi kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran asas. Matematik perlu diajar menggunakan pendekatan dan medium supaya mudah difahami. Jika dari awal persekolahan lagi pelajar didedahkan dengan kerja dalam kumpulan dan perbentangan sub-sub topik atau latihan-latihan dalam buku teks di dalam kelas, pasti mereka tidak ada masalah apabila sudah menjejak kaki ke peringkat yang lebih tinggi,

6) KEBERKESANAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)


- Pelaksanaan PT3 adalah untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dibuat setelah mendapat pandangan rakyat daripada pelbagai peringkat yang ketika itu rata-rata mahukan sistem pendidikan negara tidak tertumpu dan mementingkan peperiksaan semata-mata. PT3 ini melihatkan ramai antara guru, pelajar mahupun ibu bapa yang tidak bersedia menghadapi kesannya selepas pelaksanaan ini. Mereka tidak diberi pendedahan awal mengenai struktur pelajaran dan pembelajaran semasa menjalankan PT3 ini menyebabkan banyak pihak menjadi keliru dan terasa terbeban dengan pelaksanaan yang baru ini. Pelaksanaan ini mendedahkah pelajar dengan format-format baru PT3 dan belum tentu mereka akan faham dalam masa yang singkat untuk menjawab soalan menggunakan format yang baru ini.

1 comment: