Apakah itu matematik.? Matematik merupakan dua unsur
yang mengandungi simbol seperti nombor, titik garisan, bentuk dan bahasa
matematik manakala unsur kedua pula merangkumi prinsip, hukum, teorem dan
peraturan – peraturan matematik bagi menjalankan operasi. Selain itu, matematik
juga boleh diertikan sebagai cara yang sistematik yang boleh mengetahui kuantiti
dan nilai seperti saiz, laju, dan benda- benda dibumi atau alam semesta.
Terdapat
empat peringkat sejarah perkembangan matematik mengikut tamadun manusia iaitu
peringkat pertama (-400 SM) dimana sebelum sistem teori matematik pertama
ditemui oleh tokoh – tokoh matematik Yunani, mereka mengunakan tanda atau
simbol untuk mengira sesuatu. Manakala pada peringkat kedua (400SM- 1700 TM)
merupakan tahap yang lebih mantap bagi sesuatu sistem untuk menjadi lebih
sempurna dengan adanya perkembangan aritmetrik, geometri, algebra dan
trigometri. Selanjutnya seperti geometri koordinat, kalkulus, rumus-rumus kalkulus
merupakan antara bidang – bidang yang ditemui pada tahun 1700 TM sehingga 1900
TM. Di negara barat terutamanya tokoh matematik telah menemui banyak bidang
teori dan hukum baru. Pada peringkat keempat (1900 TM) adalah merupakan peringkat
moden iaitu daripada konkrik kepada abstrak. Di samping itu juga, terdapat
pelbagai teori – teori baru ditemui antaranya ialah keberangkalian, teori set,
teori nombor, penakulan mantik dan sebagainya. Kebiasaanya teori – teori ini
digunakan dalam bidang sains, teknologi, ekonomi dan sosiologi.
Sejarah
perkembangan matematik bermula dari pengiraan bilangan yang mana orang purba
akan menggunakan tumbuh-tumbuhan seperti ranting – ranting dan batang pokok
bagi merekod dalam pengiraan mereka. Kemudian matematik dikembangkan oleh
tokoh-tokoh matematik dan ahli falsafah sehingga menghasilkan berbagai – bagai
teorem geometri bagi mengaitkan atau menerangkan fenomena-fenomena kejadian
alam sekeliling. Ini menjadi cabaran kepada ahli-ahli falsafah pada zaman
Tamadun Yunani dengan memandang matematik merupakan ilmu pengetahuan yang
mengandungi unsur fakta dan kebenaran dan sehingga kini matematik berkembang ke
tahap yang lebih kompleks dan mempunyai pelbagai taksiran.
Terdapat
sebilangan sumbangan tokoh – tokoh matematik dipelosok dunia seperti pada zaman
Tamadun Yunani, Negara Eropah, China Timur Tengah dan India. Sumbangan mereka
dalam matematik adalah berdasarkan kepakaran dalam kajian mereka. Antara sumbangan
tokoh – tokoh matematik pada zaman Tamadun Yunani disekitar pada tahun 200 SM -
600 SM adalah Pythagoras yang telah menemui nombor bukan nisbah dan mewujudkan
satu Teorem Pythagoras, manakala Archimedes telah menemui rumus luas dan
isipadu dan Prinsip Archimedes. Di Negara Eropah pula melahirkan tokoh – tokoh
matematik yang tidak kurang hebatnya seperti penggunaan idea eksponen untuk
menunjukkan kuasa dan memperkenalkan sistem nombor perpuluhan oleh Simon
Stevin.
Selain
itu, Carl Friedrin Gauss telah menyembangkan bidang matematik dengan
menerbitkan beberapa buah buku matematik
antaranya Fundamental Theorems of
Algebra and Arithmetic, Theoretical Astronomy dan Differential Geometry. Di Timur Tengah, Al Khowarizmi merupakan
salah seorang tokoh matematik tersohor dan beliau juga dikenali sebagai bapa
Algebra. Selain itu, beliau juga mengubahsuai angka Hindu kepada sistem angka
sekarang. Negara China pula, Guan Zhong telah memberi sumbangannya dengan
menghasilakan buku yang mengandungi sifir darab 9 dan Cheng Dawei telah
menghasilkan buku berjudul Sistem Pengiraan Dengan Abakus yang menjadi buku
teks tunggal sehingga Dinasti Qing.
No comments:
Post a Comment