Sunday, 18 October 2015

ISU 1: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP KURIKULUM

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP KURIKULUM

Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan sepanjang perubahan kurikulum negara ialah dengan memperkenalkan matapelajaran bahasa asing seperti bahasa Mandarin, bahasa Jepun dan bahasa Perancis bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Dengan ini penguasaan bahasa asing pelajar dapat dipertingkatkan dengan lebih tinggi berhubung dengan pendedahan awal pelajar terhadap bahasa tersebut. Pengenalan matapelajaran bahasa asing ini harus diperkenalkan terhadap semua sekolah tidak kira samada sekolah bandar mahupun sekolah luar bandar yang mana jika sebelum ini pengenalan kepada pembelajaran bahasa asing dijalankan di sekolah-sekolah terpilih sahaja. Pelaksanaan ini boleh dilakukan dengan mewajibkan pelajar menguasai sekurang-kurangnya dua matapelajaran bahasa asing yang diperkenalkan tidak termasuk bahasa Inggeris. Ini adalah bertujuan untuk mempersiapkan pelajar dengan era globalisasi dan kemajuan negara yang memerlukan pelajar  untuk bersaing dengan masyarakat luar.

Selain itu, penggunaan bahasa Inggeris juga harus ada penambahbaikan dengan mewajibkan pelajar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah setiap hari bagi semua sekolah tidak kira samada sekolah bandar mahupun luar bandar.  Penggunaan bahasa Inggeris ini bukan sahaja melibatkan interaksi antara pelajar dengan guru sahaja, malah harus digunakan oleh pelajar setiap masa walaupun hanya untuk bercakap dengan rakan mereka sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Penerapan amalan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar akan secara terus mampu menarik minat pelajar untuk terus mempelajari bahasa tersebut dan berkeyakinan dalam  melontarkan pendapat secara terbuka .

Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris  (PPSMI) harus diperkenalkan semula. Pemansuhan pengajian sains dan matematik dalam bahasa Inggeris adalah tidak wajar dijalankan kerana kebanyakan maklumat dan teknologi pada masa sekarang kebanyakannya berpandukan kepada kajian dan teknologi luar negara yang lebih pesat membangun terutamanya dalam bidang sains dan matematik. Ini akan memudahkan pelajar untuk mendapatkan maklumat dan ilmu pengajian sains dan matematik dengan ini tepat dan pantas. Pelaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris  (PPSMI) ini juga harus dititikberatkan bermula dari peringkat sekolah rendah lagi terutamanya kepada pelajar luar bandar melalui cara memperkenalkan matapelajaran sains dan matematik dengan lebih menarik dan lebih berkait dengan pengajian aplikasi berbanding teori melalui mendedahkan pelajar terhadap kerja lapangan yang melibatkan sains dan matematik berbanding pembelajaran di dalam kelas.

Penambahbaikan dan pembaharuan terhadap student centered learning method harus dijalankan dalam setiap pembelajaran di sekolah bermula dari peringkat sekolah rendah lagi tidak kira samada di sekolah luar bandar mahupun sekolah bandar. Kaedah ini bukan sahaja mampu meningkatkan keyakinan pelajar dalam melontarkan pendapat malahan mampu menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan thingking aloud method bagi setiap pembelajaran yang dijalankan. Para guru juga harus memainkan peranan aktif dalam menerapkan kaedah ini sewaktu sesi pembelajaran dengan menggunakan kaedah yang lebih menarik dan seronok kepada pelajar dan bukan hanya belajar berpandukan buku sahaja. Kaedah ini bukan sahaja mampu memberi pendedahan awal kepada pelajar sebelum memulakan sesi pembelajaran malahan pelajar mampu mengetahui sesuatu maklumat berkaitan pembelajaran dengan lebih mendalam lagi perpandukan kajian dan maklumat yang dicari sendiri.

Projek Sekolah Bestari harus dijalankan semula terhadap semua sekolah dan bukan hanya tertumpu kepada sekolah-sekolah terpilih sahaja. Ini bertujuan untuk merapatkan jurang pendidikan yang berlaku dalam kalangan pelajar terutamanya bagi pelajar di sekolah luar bandar dan sekolah Bandar. Hal ini adalah kerana kebanyakan pelajar luar bandar sedikit ketinggalan berbanding pelajar bandar. Seperti yang diketahui, Projek Sekolah Bestari adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan corak pengajaran dan pembelajaran yang baru berpandukan teknologi maklumat dan bersesuaian dengan peredaran zaman teknologi masa kini. Jadi, pemilihan sekolah-sekolah yang berkemampuan sahaja untuk menjalankan projek bestari ini adalah tidak wajar.Manakala, pihak-pihak yang terlibat harus peka dengan perkembangan pelajar dari segi pembelajaran dan peningkatan tahap prestasi pelajar terutama sekali bagi pelajar sekolah luar bandar.


Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah digunakan secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada sesetengah matapelajaran sahaja. Pengguaan e-pembelajaran juga harus ada penambahbaikan dengan menyediakan ruang untuk pelajar berinteraksi dengan guru bukan hanya melalui pengahantaran email sahaja, tetapi pelajar mampu berinteraksi dengan guru mereka secara bersemuka dengan menggunakan kaedah web kamera terumanya untuk pelajar berinteraksi dengan guru ketika di luar kelas. Penggunaan teknologi maklumat ini akan memudahkan guru untuk memantau setiap gerakan dan aktiviti pelajar di dalam kelas. Manakala guru pula mampu mengenalpasti pelajar mana yang menghadapi masalah ketika pembelajaran di dalam kelas dijalankan.

No comments:

Post a Comment