EMPAT
FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA JURANG DALAM KALANGAN PELAJAR
Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan
berlakunya jurang pencapaian matematik dalam kalangan pelajar. Faktor- faktor
yang dibincangkan dimana boleh mempengaruhi kejayaan atau kegagalan dalam
proses pengajaran dalam pembelajaran adalah minat pelajar itu sendiri terhadap
matematik, sosio ekonomi, faktor jantina dan faktor lokasi. Kemerosotan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik merupakan suatu masalah yang
sering dibincangkan dari semasa ke semasa sama ada di akhbar, majalah, laman
sosial, televisyen dan sebagainya. Masalah kemerosotan ini serius dilihat pada
keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah
(PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada setiap tahun.
Namun, semua pihak yang cuba mengambil perhatian terhadap masalah ini sering
menunding jari dan menyalahkan pihak lain. Ini kerana mereka cuba mengelakkan
diri sendiri daripada dipertangungjawab dengan permasalahan ini. Permasalahan
ini seharusnya ditangani bersama bersama secara rasional bagi membantu dan
mencari penyelesaian masalah untuk tujuan kebaikan bersama.
Faktor
Minat
Faktor- faktor yang boleh menyebabkan jurang
pencapaian matematik berlaku salah satunya adalah faktor minat. Minat
pula merujuk kepada keinginan, kesukaan atau kecenderungan terhadap sesuatu
(Kamus Dewan, 2007). Manakala Sharifah (1983) mendefinisikan minat sebagai
kecenderungan untuk mendekati sesuatu objek atau aktiviti yang berkaitan dengan
objek tersebut. Faktor
minat terhadap sesuatu perkara terutamanya tehadap matematik boleh
menyumbangkan kepada pencapaian matematik di sekolah rendah mahupun di sekolah
menengah. Sebenarnya minat dalam matematik ini boleh dipupuk sejak kecil lagi
dimana kita boleh mendekatkan kanak-kanak dengan pernomboran. Para pelajar
tidak nampak kepentingan dan hubung kait matematik dengan mata pelajaran lain.
Sekiranya mereka faham konsep matematik ini, maka mereka boleh menggunakan
konsep tersebut dalam mata pelajaran lain malah minat mereka yang tidak
cintakan matematik boleh dipupuk dari situ. Oleh itu, sikap pelajar yang kurang
minat terhadap pelajaran matematik membuatkan mereka kurang membuat latihan dan
keinginan mereka dalam membuat latihan matematik kurang wujud dalam diri
mereka.
Menurut beberapa orang pengkaji, minat boleh membawa
pelbagai maksud seperti yang dikatakan oleh Omardin (1996) bahawa minat merupakan
suatu perkara yang mendorong pelajar untuk bergiat cergas dalam aktiviti
pembelajaran. Sekiranya pelajar kurang minat dan bersikap acuh terhadap mata
pelajaran tersebut, secara tidak langsung akan menjejaskan pretasi mereka dalam
pelajaran dan seterusnya pencapaian akan merosot. Ini kerana minat memberi
impak yang besar dalam diri pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh. Dengan
kata lain, kepuasan mereka akan hanya dapat kita lihat atau kita capai apabila
mempelajari mata pelajaran matematik dan memahaminya.
Manakala
Quek (2006) pula berkata minat pula mempunyai pengaruh yang positif kepada
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik. Hal ini kita dapat lihat
sekiranya mereka mempunyai kesungguhan dan usaha yang lebih dan akan
menghasilkan keuntungan kepada mereka. Abu
Bakar (1994) pula menyatakan seseorang yang berminat dalam perkara yang
dipelajari lazimnya akan menunjukkan kesungguhan dan pencapaian yang tinggi.
Oleh itu minat perlu ditanamkan dalam diri pelajar. Keseronokan belajar akan
meningkatkan minat dan ia boleh dipertingkatkan lagi dengan penyertaan dan
dorongan ibubapa, guru, dan rakan-rakan di dalam proses pembelajaran.
Selain
itu juga, guru juga memainkan peranan penting dalam membantu minat pelajar
terhadap sesuatu yang belum diceburi oleh mereka ataupun yang belum dipelajari
oleh mereka. Melalui pengajaran guru juga boleh menarik minat pelajar dan hal
ini seterusnya membantu proses pencapaian objektif pembelajaran. Ini terbukti
dalam kajian Ee (1996) yang mendapati bahawa guru juga dapat meningkatkan minat
pelajar melalui pelbagai ransangan ataupun teknik-tekniknya tersendiri.
Faktor
Sosio Ekonomi
Latar
belakang status sosio ekonomi merangkumi aspek bilangan isi keluarga,
pendapatan ibu bapa, pekerjaan ibubapa dan aspirasi sesebuah keluarga, yang
lazimnya dikaitkan dengan komponen teras sosial dan ekonomi. Ahli-ahli
sosiologi, termasuk Max Weber bersetuju terhadap lima kelas sosial di dalam
masyarakat iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, kelas pertengahan bawah,
kelas pekerja dan golongan bawahan. Kedudukan status sosio ekonomi sedemikian
turut mempengaruhi kanak-kanak yang secara langsung dan tidak langsung belajar
daripada persekitaran fizikal, sosial dan iklim dalam dunia mereka dibesarkan.
Ketinggian status sosio ekonomi sering dikaitkan dengan berinisiatif tinggi,
bermotivasi, dan penyerlahan pelbagai kejayaan. Manakala, status status sosio
ekonomi rendah pula dikolompokkan dalam kepapaan, kemiskinan, pengasingan
daripada arus perdana kemajuan, kegetiran kehidupan, kais pagi makan pagi yang
petang tiada kepastian, dan pelbagai musibah kegagalan kehidupan. Mereka
dilabelkan sebagai sering berputus asa dan sukar menerima kenyataan. Ini
menyebakan mereka sukar merancang masa depan dan sering menjadi mangsa keadaan
sehingga berterusan dalam lingkaran ’putaran ganas kemiskinan’. Kemelut ini
berterusan merebak persis wabak iaitu masyarakat umum melabelkan ibubapa status
sosio ekonomi rendah tidak mempunyai cita-cita yang tinggi terhadap pencapaian
anak-anak mereka di sekolah. Walaupun kanak-kanak ini mempunyai cita-cita untuk
berjaya tetapi gagal mencapai cita-cita tersebut kerana tidak mendapat dorongan
dan sokongan sewajarnya daripada ibubapa sendiri.
Status
sosio ekonomi adalah satu faktor penting yang dapat mempengaruhi pelbagai aspek
kehidupan kita. Peranan yang dimainkan oleh status sosio ekonomi dalam proses
pembelajaran serta pencapaian akademik telah banyak dibincangkan dalam kajian
sosiologi, pendidikan dan ekonomi. Menurut Brembeck
dalam Badariah (1999), pencapaian akademik seseorang dikatakan mempunyai
pertalian yang rapat dengan status sosio ekonomi keluarga. Ini bermaksud lebih
tinggi latar belakang sesebuah keluarga maka lebih tinggi kadar pencapaian
akademik seseorang pelajar itu. Status sosio ekonomi keluarga telah
dianggap sebagai salah satu peramal yang terbaik untuk pencapaian akademik oleh
pengkaji pendidikan, pendidik dan masyarakat umum sejak beberapa dekad yang
lalu (Marzano, 2003). Ini disokong oleh kajian Coleman (1966) Equality of Educatonal Opportunity yang
menyatakan bahawa status sosio ekonomi merupakan peramal yang kuat ke atas
pencapaian akademik pelajar (Kahlenberg, 2006; Thomas & Stockton, 2003).
Maka jelaslah bahawa status sosio ekonomi dapat memberi impak ke atas
pencapaian akademik secara langsung dan tidak langsung. Status sosio ekonomi
dapat memberi impak ke atas pencapaian akademik seeseorang dalam konteks
penyediaan segala keperluan sokongan pembelajaran seperti bahan rujukan, alat
tulis, komputer, keadaan pembelajaran yang kondusif serta menghadiri kelas
tambahan. Pada masa yang sama, status sosio ekonomi juga berkait dengan gaya
keibubapaan dan bimbingan, galakkan serta motivasi yang diberi oleh ibubapa ke
atas anak mereka. Pelajar yang datang dari keluarga yang berstatus sosio
ekonomi tinggi berkecenderungan memperoleh pencapaian akademik yang lebih
memuaskan. Ini adalah kerana aspek status sosio ekonomi dapat mempengaruhi
aspek lain seperti persekitaran pembelajaran dan bahan-bahan sokongan untuk
pembelajaran (Song & Hattie, 1984).
Ciri-ciri
dan struktur keluarga memainkan peranan yang penting dalam aspek pembelajaran
serta kejayaan akademik dan status sosio ekonomi adalah salah satu ciri
keluarga yang penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik (Marzano, 2003).
Status sosio ekonomi keluarga dapat memberi pengaruh yang kuat ke atas peluang
untuk mendapatkan pendidikan serta hasil proses pendidikan (Croli, 2004).
Berdasarkan kajian-kajian lepas, indikator yang paling biasa digunakan untuk
mengukur status sosio ekonomi termasuk pendapatan ibu bapa, tahap pendidikan
ibu bapa serta pekerjaan ibu bapa (Gonzalez, 2001; Bradley & Corwyn, 2002;
Buchner & Gerlitz, 2005). Menurut Croli (2004), banyak kajian untuk melihat
hubungan antara status sosio ekonomi keluarga dan pelbagai aspek pembelajaran
telah dijalankan sejak 1950an. Kebanyakan hasil kajian menunjukkan bahawa
status sosio ekonomi keluarga yang tinggi berkait dengan pencapaian akademik
yang baik. Keputusan kajian Verna, Campbell dan Beasley (1997) melaporkan
bahawa profesion bapa akan mempengaruhi jenis sokongan psikologikal yang
diberikan kepada anak dan seterusnya mempertingkatkan konsep kendiri umum anak
tersebut. Dapatan kajian Enam (2006) melaporkan bahawa murid dari keluarga
sosio ekonomi sederhana mempunyai konsep kendiri yang tertinggi, diikuti oleh
murid dari keluarga sosio ekonomi tinggi dan murid dari keluarga sosio ekonomi
rendah mempunyai konsep kendiri yang paling rendah. Didapati juga murid lelaki
dari keluarga status sosio ekonomi sederhana mempunyai konsep kendiri yang
paling tinggi diikuti oleh murid lelaki dari keluarga sosio ekonomi tinggi dan
mereka yang berasal dari status sosio ekonomi rendah. Bagi murid perempuan,
mereka yang berasal dari keluarga status sosio ekonomi rendah mempunyai konsep
kendiri yang paling tinggi diikuti oleh murid perempuan dari keluarga status
sosio ekonomi tinggi dan mereka dari keluarga status sosio ekonomi sederhana.
Heng
(2000) telah menjalankan satu kajian dengan tujuan untuk meninjau sejauh
manakah faktor status sosio ekonomi keluarga dan sikap pelajar-pelajar dapat
mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Faktor status sosio ekonomi telah
diukur berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa, tingkat pendapatan ibu dan bapa
serta peralatan dan kemudahan yang disediakan di rumah untuk pembelajaran. Mereka
yang berpendapatan tinggi akan dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan
anak-anak mereka. Menurut Suradi (2000) wujud
kepentingan perhubungan antara status keluarga dengan pencapaian akademik
anak-anak. Ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang baik memberangsang
anak-anak untuk berjaya dan mereka lebih prihatin terhadap keperluan pendidikan
anak-anak. Menurut Azrul (2002) faktor kewangan menyebabkan pelajar bumiputera
menghadapi masalah dalam pendidikan. Kebanyakkan masyarakat bumiputera terdiri
daripada golongan yang sederhana dari segi kehidupan. Ini mendorong pelajar
bumiputera merasa tersisih dalam mendapatkan sistem pendidikan yang baik
peringkat awal. Ketidakupayaan ini salah satu punca pelajar bumiputera tidak
cemerlang dalam pelajaran.
Suasana
tempat tinggal yang lengkap dan keadaan persekitaran turut memberikan impak
kepada jurang pendidikan. Beberapa kajian mendapati bahawa beberapa ciri
persekitaran keluarga mempengaruhi pencapaian akademik murid sekolah. Status
sosio ekonomi keluarga (Phillips 1987, Abdullah et. al. 1988, Alvarez 1989),
latarbelakang budaya (Stigler et. al. 1982) merupakan antara pembolehubah yang
mempengaruhi pencapaian. Suasana yang kondusif amat penting di dalam proses
pembelajaran. Akan tetapi suasana seperti ini tidak dapat dirasakan oleh
pelajar daripada keluarga golongan bawahan. Kebanyakan daripada mereka tinggal
di rumah yang sempit dan ada juga pelajar yang tinggal di rumah yang tidak
mempunyai kemudahan asas seperti air dan elektrik. Apabila musim kemarau pula,
pelajar–pelajar ini berasa tidak selesa akibat terlalu panas yang menyebabkan
mereka sentiasa mengantuk. Keadaan sebegini mengganggu proses pembelajaran dan
penumpuan para pelajar. Menurut Salihan (1994)
pelajar bumiputera lemah dalam mata pelajaran matematik kerana faktor sikap ibu
bapa, kaedah pembelajaran di rumah dan suasana persekitaran yang kurang
menggalakkan. Abdul Fatah (1994) pula menyatakan lazimnya keluarga Melayu di
kampung tidak mengambil berat terhadap faktor pemakanan dan faktor pendedahan
mental anak-anak disebabkan status sosio ekonomi yang rendah. Faktor
sekitar juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perlakuan seseorang.
Anak-kanak lebih mudah mengikuti apa yang berlaku di sekitar mereka tanpa
mengetahui baik dan buruknya. Struktur keluarga yang mempunyai jumlah ahli
keluarga yang kecil atau besar, kes penceraian, tahap pendidikan ibu bapa,
pengaruh luar yang terdiri daripada masyarakat dan rakan sebaya juga memainkan
peranan terhadap pembentukan kelas sosial dalam masyarakat. Menurut Teori
Ekologikal Bronfenbrenner (1979, 1989, 1995), faktor biologi dan faktor
persekitaran banyak mempengaruh proses perkembangan seseorang dari pelbagai
aspek. Teori ini menjelaskan bahawa perkembangan individu dipengaruhi oleh satu
siri sistem persekitaran bermula dari keluarga terdekat sehingga ke konteks
sosial yang lebih luas, secara formal atau tidak formal yang sentiasa berubah,
yang berinteraksi antara satu sama lain dan juga berinteraksi dengan individu
tersebut sepanjang hayat. Untuk itu, faktor biologi seperti jantina dan agen
sosialisasi seperti ibu bapa dan para guru serta status sosioekonomi dan lokasi
sekolah sepatutnya dapat menjana impak ke atas pencapaian akademik pelajar sama
ada secara langsung atau secara tidak langsung melalui mediator.
Faktor
Jantina
Perbezaan pencapaian
jantina mula diberi perhatian pada 1970-an apabila pencapaian rendah pelajar
perempuan diketengahkan manakala sejak pertengahan 1990-an pencapaian rendah
pelajar lelaki mula diperkatakan. Di sinilah wujudnya jurang perbezaan
pencapaian matematik antara jantina. Beberapa kajian telah dibuat untuk
mengetahui pelajar lelaki atau perempuan yang mana lebih cemerlang. Menurut
Wahid Hashim (2005) dalam akhbar baru utusan yang bertajuk “Matematik- Senario
aneh di Malaysia”, beliau berpendapat pelajar perempuan lebih cemerlang
berbanding pelajar lelaki dalam matematik berdasarkan statistik pencapaian
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Matematik teras tahun 2004.
Profesor Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Zalizan Mohd Jelas
menyuarakan pendapatnya dalam petikan Berita Harian (Disember 2009) yang
ditulis oleh Rosniza Mohd Taha tentang jurang akademik dalam kalangan pelajar
lelaki dan pelajar perempuan. Menurut beliau, keputusan peperiksaan awam
peringkat kebangsaan 1996 hinga 2007 jelas menunjukkan pelajar perempuan
mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir
semua mata pelajaran.
Antara faktor yang
boleh kita lihat ialah pelajar itu sendiri, guru yang mendidik dan pergaulan
mereka dengan rakan sebaya. Perbezaan gaya pembelajaran mereka kita boleh lihat
seperti di bawah :
GAYA
PEMBELAJARAN
|
|
Lelaki
|
Perempuan
|
Tidak menentu
|
Pelbagai
|
Tidak bersedia
|
Pelbagai
|
Concrete
random
|
Concrete
sequential
|
Guru juga memainkan
peranan dalam menentukan kejayaan pelajar itu sendiri. Gaya pengajaran guru
yang tidak menarik akan menyebabkan pelajar kurang berminat untuk belajar. Guru
yang menggunakan kaedah pengajaran tradisional akan menyebabkan pelajar menjadi
bosan untuk mengikuti proses pembelajaran. Ada juga segelintir guru yang malas
untuk mewujudkan kreativiti dalam bilik darjah. Sikap guru juga penting supaya
tidak menunjukkan sikap berat sebelah terhadap pelajar. Ada guru yang kurang
positif terhadap pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan. Sikap guru yang
kurang memberi perhatian terhadap pelajar lelaki akan menyebabkan pelajar
lelaki tidak memberi tumpuan semasa belajar. Guru selalunya mengabaikan pelajar
lelaki yang sering menimbulkan masalah. Cara pergaulan pelajar lelaki dengan
pelajar perempuan juga berbeza. Sila rujuk jadual di bawah
LELAKI
|
PEREMPUAN
|
Berkawan
dengan semua orang.
|
Berkawan
dengan orang sekeliling sahaja.
|
Memilih
rakan untuk berseronok.
|
Memilih
rakan yang mementingkan pelajaran.
|
Mengutamakan
masa berseronok dan bersosial bersama.
|
Suka
belajar bersama dan berkongsi idea.
|
Mudah
mengikuti tingkah laku rakan sebaya.
|
Tidak
mudah mengikuti tingkah laku yang tidak baik.
|
Faktor Lokasi
Salah satu faktor adalah
dari segi lokasi. Lokasi boleh dibahagi kepada dua iaitu kawasan bandar atau
kota dan luar bandar atau kampung. Menurut Melvin ,Marcus & Thomas (1985),
bandar merupakan suatu unit politik atau suatu petempatan yang besar. Bandar
juga merupakan satu gabungan antara tempat dengan penghuninya. Selalunya bandar
dikenali kerana fungsinya yang mempunyai banyak kemudahan yang tiada batasnya.
Mereka juga menyatakan luar bandar ialah kawasan desa dan kawasan penempatan
yang meliputi semua jenis kampung. Kawasan luar banda rmerupakan penempatan
kecil yang mempunyai kurang dari 10,000 orang penduduk dan kawasan pertanian
serta kawasan sumber alam semulajadi.
Jurang pencapaian
pelajar sekolah bandar dan luar bandar dalam matematik juga antara isu yang
timbul dek kerana penggunaan Bahasa Inggeris dalam Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P) di sekolah. Seperti yang kita tahu, pencapaian pelajar sekolah luar
bandar jauh ketinggalan berbanding pencapaian pelajar sekolah bandar. Pada
pandangan mereka, matematik adalah mata pelajaran yang sukar. Keadaan bertambah
buruk lagi apabila terpaksa akur dengan saranan kerajaan yang mencadangkan
Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris sejak tahun 2003. Keadaan ini
telah menimbulkan pelbagai masalah yang meningkatkan jurang pencapaian pelajar
luar bandar dan bandar dalam mata pelajaran matematik khususnya.
Hal ini juga disebabkan oleh kekurangan
guru-guru yang berkemahiran bertugas di luar bandar. Masalah ketidaksepadanan
opsyen dalam kalangan guru telah mengakibatkan proses P&P terganggu.
Sebagai contoh, guru yang bukan opsyen Matematik terpaksa mengajar matematik
disebabkan guru yang sepatutnya mengajar Matematik tidak melapor diri di
sekolah luar bandar. Hal ini disebabkan bilangan guru yang berjaya mendapat
penempatan kerja hampir 61.8% adalah guru wanita. Statistik ini diambil oleh
Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) pada tahun 2000. Menurut KPM, kesukaran menempatkan guru-guru
wanita ke luar bandar telah mengakibatkan ketidakseimbangan opsyen berlaku di
sekolah luar bandar. Akibatnya, pelajar-pelajar di luar bandar diajar oleh
guru-guru yang tidak berpengalaman mengajar dalam opsyen tertentu.
Selain itu, faktor prasarana yang tidak
mencukupi juga telah mengakibatkan jurang pencapaian pelajar bandar dan luar
bandar berlaku. Keadaan bilik darjah yang tidak kondusif telah mengganggu
konsentrasi pelajar untuk belajar. Bilangan kerusi dan meja yang tidak
mencukupi telah mengakibatkan para pelajar tidak berminat untuk belajar.
Kekurangan sumber rujukan berbahasa Inggeris di pusat sumber juga telah
menyebabkan pelajar-pelajar sukar memperolehi maklumat tambahan berkaitan
pembelajaran mereka. Keadaan sekolah-sekolah di luar bandar ini sangat berbeza
dengan sekolah bandar. Ketidakseimbangan bekalan komputer juga berlaku di
antara sekolah luar bandar dan bandar. Kemudahan-kemudahan asas seperti ini
perlu disediakan dengan lebih banyak di sekolah luar bandar kerana pelajar di
sekolah luar bandar lebih memerlukan bantuan seperti ini.
Jurang pencapaian pelajar sekolah bandar dan
luar bandar dalam matematik juga berlaku disebabkan para pelajar tidak mendapat
sokongan moral daripada ibu bapa mereka. Hal ini kerana, kebanyakan ibubapa
yang berada di luar bandar mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Ibubapa di
luar bandar kebanyakannya tidak menyedari akan kepentingan anak-anak mereka
mendapat pendidikan di sekolah lebih-lebih lagi kepentingan mempelajari Bahasa
Inggeris. Apabila keadaan ini berlaku, anak-anak akan kurang minatnya terhadap
pendidikan. Selain itu, faktor sosio ekonomi yang rendah juga telah menyebabkan
keciciran berlaku di kawasan luar bandar dan pedalaman. Kajian Razali (1985)
menyatakan bahawa keluarga yang berada selalu dikategorikan dengan mempunyai
sikap yang optimis, harapan yang tinggi, kurang kebimbangan dan berfikiran
terbuka. Sementara keluarga yang berpendapatan rendah pula dicirikan sebagai
mempunyai sikap yang pesimis, harapan yang rendah, tidak berfikiran terbuka.
Selain itu, pelajar-pelajar yang kurang berjaya tidak menerima sokongan dari
ibubapa mereka untuk memberi mereka inspirasi dan kekuatan untuk membina
keyakinan diri untuk berjaya. Jadi, peranan ibubapa sangat mempengaruhi
pencapaian anak-anak mereka.
Keseluruhannya,
sistem pendidikan negara mengalami perubahan yang lebih bertepatan dengan
keperluan setempat. Perubahan ini memberi kesan langsung terhadap
perkembangan pendidikan yang selaras dengan era globalisasi
yang melibatkan semua peringkat sekolah seperti sekolah rendah,
menengah dan juga institusi tinggi. Apa yang pasti, jurang pendidikan masih
berlaku dan akan dapat dikurangkan dengan penyediaan asas secara berterusan
dari masa ke sesama. Kementerian perlu merancang untuk melonjak sistem
pendidikan ketahap yang lebih tinggi supaya masalah ini dapat diatasi. Hal ini
demikan kerana kemajuan sesebuah negara sama ada dari segi teknologi ataupun
ekonomi bergantung kepada generasi muda yang mempunyai keseimbangan dari aspek
intelek, jasmani, rohani dan emosi. Jadi, halangan-halangan melahirkan modal
insan yang berdaya maju perlu dikenalpasti supaya pendekatan yang betul dapat
dilaksanakann. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia perlu merapatkan
jurang pendidikan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi
pelaksanaan. Bantuan persekolahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajar
Malaysia mampu memenuhi matlamat dalam memastikan semua sekolah dan murid
mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk mencapai kecemerlangan dalam
bidang kurikulum dan aktiviti kokurikulum. Di samping itu, kejayaan dalam
merapatkan jurang pendidikan boleh dicapai melalui usaha dan komitmen
berterusan daripada semua pihak, terutamanya pegawai pelaksana, ibu bapa, badan
bukan kerajaan, kumpulan masyarakat, dan penderma. Tambahan pula, semua pihak
pelaksana haruslah mengambil perhatian dan komitmen yang tinggi bukan sahaja
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid, tetapi juga dalam
aspek kebajikan dan keperluan sosial murid terutamanya di kawasan pedalaman.
RUJUKAN
Ahmad, S., Tengku
zainal, T., & Omar, A. (2006). Isu-isu dalam pendidikan matematik
(2nd ed., pp. 115- 127).
Kuala Lumpur: utusan publication & distribution sdn.bhd
Coleman, G. (2001). Issues in education:
View from the other side of the room. USA: Bergin Garvey/ Greenwood
Coleman, J. S. (1966). Equality of
educational opportunity. Washington, DC: National Center
for Educational Statistics. (Report
No. OE-3800)
Coleman, J. S.
(1959). Academic achievement and the structure of competition. Harvard
Educational Review, 29(4),
330-351
Croli, P.
(2004). Families, social capital and education outcomes. British Journal of
Educational
Studies, 52, 390-416
Enam, S. (2006).
Factors influencing the development of self-concept in preadolescent boys
and
girls. Journal of Life Earth Science, 1(2), 55-59. Ee Ah Meng. (1996). Psikologi Pendidikan
Dalam Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Heng, G. W.
(2000). Pengaruh status sosioekonomi keluarga dan sikap pelajar terhadap
pencapaian akademik: Satu kajian di
Melaka. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan,
Universiti Malaya
Jurang Pencapaian Matematik Murid
Sekolah Rendah Atau Sekolah Menengah Dari Segi Sosial. Diperoleh pada Oktober
10, 2015 daripada http://www.slideshare.net/nurulatiyah/jurang-pencapaian-matematik-sosial
Kahlenberg, R.
D. (2006). No child left behind’s importance on the academic gap. Dapat
pada
Oktober
8, 2015, dari http://www.tcf.org/
Kamus Dewan. (2007). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Marzano, R. J.
(2003). What works in schools: Translating research into action.Association
for
Supervision and Curriculum
Development, USA
Omardin. A. (1996). Kaedah Pengajaran Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications
and Distributors
Quek,
M.L. (2006). Pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan
pelajar tingkatan
4 di daerah Batu Pahat. Tesis Sarjana
Muda. Universiti Teknologi Malaysia
Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki
dan Perempuan. Diperolehi pada Oktober 11, 2015 http://www.slideshare.net/khair26/isu-n-trens-final
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) : www.moe.gov.my/
Ruzina Jusoh.
(2005). Perkaitan antara pencapaian akademik dan gaya keibubapaan pelajar
Tingkatan 3 di sebuah sekolah menengah
di USJ Subang. Tesis sarjana yang tidak
diterbitkan, Universiti Malaya
Song, I, S.,
& Hattie, J. (1984). Home environment, self-concept and academic
achievement: A
causal modeling approach. Journal
of Educational Psychology, 76(6), 1269-1281
Sharifah
Alwiah.A.(1983). Psikologi Pendidikan
DAlam Perspektif Pembangunan Negara. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Thomas, J.,
& Stockton, C. (2003). Socioeconomic status, race, gender, retention:
Impact on
student achievement. Dapat pada Oktober
7, 2015 dari http://www.usca.edu/essays/vol72003/stockton.pdf.
Tiller, A. E.,
Betsy Garrison, M. E., Benchea Block, E., Cramer, K., & Tiller, V. (2003).
The
influence of parenting styles on
children’s cognitive development. Undergraduate
Research Journal for the Human
Science, 2, 1-21.
Zalika, A., Faridah.K dan
Mohamad Johdi. S, 2009, Memperkasakan Pendidikan
Luar Bandar, International Islamic
University Malaysia (IIUM).
No comments:
Post a Comment