Saturday, 14 November 2015

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

KSSR Buletin Utama TV3
Published on Apr 29, 2012
Berita KSSR di Buletin Utama TV3 pada 27 Disember 2010






MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUHKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS(MBMMBI)

MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUHKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS(MBMMBI)

KENYATAAN AKHBAR Y.BHG. TAN SRI DATO’ ALIMUDDIN HJ. MOHD DOM, KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK
BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
students

Kenyataan akhbar ini bertujuan menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme “soft landing” untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Mekanisme “soft landing” adalah seperti berikut:

(i) P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah. Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris bagi SJK(C) dan SJK(T).

(ii) Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. 
Walau bagaimanapun mekanisme “soft landing” akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut:

(a)  Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
(b)  Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.
(c)  Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016.
(d)  Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013.
(e)  Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
(f)  Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.
PENTAKSIRAN

(a)  Peperiksaan UPSR bagi matepelajaran Sains dan Metematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.

(b)  Peperiksaan PMR bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehinggan tahun 2013.
(c)  Peperiksaan SPM bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2015.
Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016. Walau bagaimanapun pengajaran Sains dan Matematik bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris.

Jadual Pelaksanaan MBMMBI dan mekanisme “soft landing” adalah seperti yang dilampirkan.

Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita.
Kementerian Pelajaran sedang melakukan persiapan untuk melaksanakan dasar ini dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam proses transisi pada tahun 2012 nanti. 
Satu pendekatan soft-landing akan diambil untuk memastikan pencapaian pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di bawah dasar PPSMI tidak akan terjejas.

Pihak Kementerian juga telah membentuk enam Jawatankuasa Kecil sebagai persiapan untuk melaksanakan dasar baru ini. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memperincikan aspek latihan guru, kurikulum, penyediaan buku teks, lojistik, personel dan penerangan. Melalui kefahaman, sokongan dan usaha berterusan seluruh warga pendidik dalam menjayakan dasar baru ini, kita akan dapat mencapai matlamat menambahbaik kualiti pendidikan di negara kita secara berterusan demi kepentingan masa depan negara.

Rasional

• Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut.

• Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi semua mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an.

•  Kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu.

Pelaksanaan

• Bermula dengan Tahun Satu, Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Pada masa yang sama Bahasa Cina digunakan di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT

•  Perubahan tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi

•  Perubahan sepenuhnya mengambil masa selama 3 tahun

•  Bermula pada tahun 2012

•  Peperiksaan SPM Sains dan Matematik dalam dwi bahasa sehingga 2015

Strategi Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

• Menyediakan guru BI yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA

• Menyediakan guru BI di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid)

• Menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris

•  Memperkenalkan language arts dalam P&P Bahasa Inggeris
Strategi Memartabatkan Bahasa Malaysia

• P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT

• Menambah waktu P&P Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT

• Menggunakan ICT dalam P&P Bahasa Malaysia

• Menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia

• Memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa Inggeris

Dasar MBMMBI Murid Tahun Satu Mulai 2011
Kerajaan sedang meneliti kemungkinan untuk melaksanakan dasar baru iaitu memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuh bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid tahap satu mulai tahun 2011. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, murid tahun satu yang baru memasuki persekolahan tidak terlibat dengan dasar lama.
Tambah beliau lagi, perkara ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk mata pelajaran sains dan matematik sekiranya ia dapat disiapkan pada akhir tahun 2010, kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.
Menurut beliau, pelaksanaan dasar MBMMBI bagi murid tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat pula akan bermula pada tahun 2012.
Langkah itu, katanya, adalah untuk membolehkan Kementerian Pelajaran membuat persiapan rapi dengan mengambil kira semua keperluan pengajaran dan pembelajaran disediakan secara teratur.
Sementara itu, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran menegaskan, kerajaan komited tidak akan kembali kepada dasar pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana dasar baru iaitu MBMMBI adalah selaras dengan keperluan negara untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Sumber : Kosmo online 21 oktober 2009

MBMMBI Mampu Bela Pelajar Tercicir
Keputusan kerajaan untuk mengkaji mempercepatkan pelaksanaan dasar baru memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012 mampu membela nasib pelajar sekolah rendah yang sebelum ini keciciran berikutan subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.
Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Profesor Datuk Dr Zainal Kling, berkata pelaksanaan dasar baru yang menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) itu tidak boleh dilengahkan lebih lama kerana sejak PPSMI diperkenalkan enam tahun lalu, ia memberi kesan negatif kepada pelajar sekolah rendah terutama di luar bandar.

Akhbar melaporkan keputusan kerajaan mengkaji mempercepatkan pelaksanaan MBMMBI bagi murid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran bagaimanapun berkata, pelaksanaan lebih awal itu bergantung kepada beberapa faktor termasuk bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang perlu disiapkan akhir tahun depan.

Zainal berkata, pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu tidak memberi banyak masalah kerana ia pernah dilaksanakan sebelum PPSMI diperkenalkan.

Sementara itu, Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berkata keputusan kerajaan itu selaras dengan kehendak pertubuhan itu yang mahu pelaksanaan dasar itu dipercepatkan.

Mereka juga ingin menggesa kerajaan supaya dasar itu dilanjutkan pula di peringkat institusi pengajian tinggi selain tidak mengabaikan usaha untuk memperkasakan bahasa Inggeris. Selain itu, ucapan pemimpin negara dan papan tanda juga perlu menggunakan bahasa Melayu.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad turut menyokong dasar baru itu berharap bahasa Melayu akan dijadikan teras utama dalam pembinaan gagasan 1Malaysia.

Sumber : Berita Harian

MBMMBI Perkasakan Bahasa Melayu

MBMMBI Perkasakan Bahasa Melayu


Oleh Azman Ismail

Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran secara rasmi telah memansuhkan pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah pada 8 Julai 2009 dan menggantikannya dengan MBMMBI. Keputusan tersebut dilihat sebagai usaha menyeluruh untuk memastikan seluruh pelajar rendah dan menengah di negara ini mampu menguasai kedua-dua bahasa tersebut pada tahap yang terbaik.

Pelaksanaan dasar baharu tersebut dibuat setelah kerajaan mengambil kira pelbagai pandangan masyarakat, sarjana dan pelbagai pihak. Antara lain, kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak mencapai objektif seperti yang dirancang. Hal ini dikatakan demikian kerana sebahagian besar pelajar, terutamanya dari kawasan pedalaman, sukar memahami mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris hingga menyebabkan mereka mengambil masa yang lama untuk memahami konsep kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Kesukaran tersebut memaksa guru mengajar dalam bahasa Melayu supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran berkenaan. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh itu, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara ini tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan.

Secara tidak langsung, PPSMI tidak sepenuhnya di sebahagian sekolah di negara ini, apabila guru terpaksa menggunakan dwibahasa (bahasa Melayu dan Inggeris) untuk menjelaskan sesuatu topik bagi mata pelajaran Sains dan Matematik, selain terdapat guru yang tidak menguasai istilah dalam bahasa Inggeris bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Berbeza daripada konsep dan dasar MBMMBI, dasar baharu itu memberikan penekanan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bahasa Melayu dan pada masa yang sama, bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih berkesan. Ekoran pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah hendaklah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam P&P bagi mata pelajaran Sains dan Matematik Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)(SKJT) dibenarkan menggunakan bahasa pengantar masing-masing.

Sejajar dengan keputusan baharu tersebut, pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa pengantar masing-masing dalam P&P Sains dan Matematik. Langkah ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin menegaskan bahawa keputusan kerajaan memperkenalkan MBMMBI dan memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak kerana pemansuhan tersebut tidak bererti kerajaan mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris. Sebaliknya, penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar rendah dan menengah akan ditingkatkan dengan beberapa langkah penambahbaikan P&P bahasa Inggeris.
___
Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa, Mac 2012.

Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris

SK Jalan 3, BB Bangi MBMMBI
Uploaded on Sep 21, 2011
Buletin Utama TV3 21 September 2011



Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris

Transformasi kurikulum dan meningkatkan kapasiti guru.

Strategi itu digunakan bagi melaksanakan dasar memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris, MBMMBI.

Pendekatan lebih kreatif, sejak dilaksana Januari lalu itu mula membuahkan hasil bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam kedua-dua bahasa berkenaan.

Belajar bahasa sambil menyanyi atau dikenali 'didik hibur' dalam seni bahasa.

Itu antara transformasi kurikulum bermula di tahun 1.

Dan selaras dasar MBMMBI untuk melahirkan pelajar fasih berbahasa, waktu pembelajaran bahasa ditambah.

Kaedah berinteraksi juga menjadikan pelajar tidak mudah bosan atau mengantuk.

Antaranya, mengasah kemahiran berkomunikasi melalui sajak, puisi dan bercerita..

Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor, misalnya menyediakan pentas khas di kantin bagi membolehkan pelajar membuat persembahan ketika waktu rehat.

Thevisshana R. Kannan, Murid: Mereka berlatih kita dengan cara yang seronok, membawa kita ke sesuatu tempat, berlatih kita di tempat yang private, dan memberi kita tip-tip bagaimana untuk berjaya dan menyuruh kita di rumah berlatih di cermin."

Umairah Safiah Noor Azmi, Murid: "Ia mengajar saya banyak perkara, misalnya perkara yang saya langsung tidak tahu, sekarang saya sedang belajar. Dahulunya, saya tidak tahu bukan semua haiwan boleh dijadikan peliharaan, kerana rumahnya adalah dalam hutan."

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, ICT untuk mempelajari bahasa juga lebih menyeronokkan.

Selain hanya guru yang layak dibenar mengajar bahasa.

Nor Hainei Abu Bakar, Guru Besar SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi: "Guru diberi pendedahan meningkatkan profesionalisme berbahasa, guru-guru mengajar di kelas, terutama KSSR, adalah opsyen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris."

Peranan institut pendidikan guru dikembangkan, untuk melatih guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, di peringkat ijazah berbanding hanya sijil dan diploma, sebelum ini.

PPSMI: What the student say

PPSMI: What the student say
Uploaded on Mar 3, 2009




In 2001, the Federal government changed the medium of instruction for Mathematics and Science to English, prompting an outcry from vernacular educationist groups.

Currently, the Education Ministry is studying the feasibility of maintaining the policy or switching the language of instruction for these two subjects back to Bahasa Malaysia or in the case of vernacular schools, back to their respective languages.
Malaysiakini spoke to students of SM Bukit Bandaraya in Bangsar to get their views on the teaching of Maths and Science in English after 6 years of implementation.

PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA

Pelajar akui hadapi PT3 kurang membebankan





KEPUTUSAN PT3 2014 [22 Dis 2014]




ISU 5: Komen Terhadap Video E-GURU: MATEMATIK Tingkatan 2 - Lokus Dalam 2 Dimensi (4.1 Penglibatan Murid




Komen Terhadap Video E-GURU: MATEMATIK Tingkatan 2 - Lokus Dalam 2 Dimensi (4.1 Penglibatan Murid
Pengajaran guru Matematik di dalam video menggunakan teknik pengajaran di luar kelas. Pengajaran di luar kelas adalah penting kerana selain daripada memberi keseronokan kepada pelajar, pembelajaran di luar kelas juga boleh membuka minda pelajar untuk lebih aktif bergerak ketika melakukan aktiviti. Guru juga melibatkan murid dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Penglibatan murid dalam setiap aktiviti yang melibatkan pengajaran ini boleh memberikan kefahaman yang lebih kerana pelajar boleh memahami penerangan yang diberikan oleh guru dengan mengaplikasikan atau membayangkan aktiviti yang dilakukan semasa sesi pengajaran dengan penerangan yang diberikan oleh guru.

Ketika membuat latihan atau penerangan, guru memanggil beberapa orang pelajar untuk melukis atau membuat latihan yang diberikan berpandukan sesi aktiviti yang dilakukan di hadapan pelajar yang lain dan memuji pelajar tersebut walaupun membuat jawapan yang kurang tepat. Ini merupakan satu tindakan yang amat bagus kerana dengan memberikan kata-kata pujian atau kata-kata dorongan, pelajar akan berasa yakin untuk membuat sesuatu latihan yang diberikan walaupun jawapan yang diberikan adalah tidak tepat. Hal ini kerana,  keseronokan dan keyakinan semasa melakukan aktiviti dalam matapelajaran matematik menjadi keutamaan.

Selain itu, guru juga menggunakan alat bantuan mengajar untuk menerangkan sesuatu rumus atau bentuk bagi memudahkan pemahaman pelajar. Di dalam video ini, guru menggunakan pita pelekap untuk memudahkan pelajar mengaitkan tajuk yang dibincangkan dengan diri mereka. Ini akan menarik minat pelajar untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai topik dalam matapelajaran tersebut. Semasa membuat penerangan menggunakan bahan bantuan mengajar, guru melibatkan pelajar untuk melakukan contoh tersebut. Hal ini akan menjadikan pelajar untuk melibatkan diri dengan lebih aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala bagi pelajar yang lain pula, guru menyarankan agar mereka melukis dan mencatit setiap bentuk yang terhasil daripada contoh yang ditunjukkan oleh rakan mereka. Teknik pengajaran ini merupakan satu teknik yang berkesan kerana guru bukan sahaja melibatkan pelajar untuk memberikan contoh dengan menggunakan bahan pengajaran kepada  rakan pelajar yang lain, malahan melibatkan pelajar yang lain untuk melakukan contoh tersebut dengan melukis atau mencatit di dalam buku catatan mereka. Ini akan melibatkan semua pelajar untuk melakukan tugas masing-masing dan tidak akan ada pelajar yang hanya menunggu dan melihat sahaja. Jadi pelajar tidak akan berasa bosan ketika sesi pembelajaran di dalam kelas kerana masing-masing mempunyai peranan yang perlu dilakukan dalam sesi pembelajaran tersebut.

Selain itu, guru juga menggunakan bahan pengajaran yang dekat dengan alat atau bahan yang pelajar gunakan pada setiap hari. Pengajaran ini bukan sahaja memudahkan pelajar untuk memahami topik yang dibincangkan dengan mendalam, malahan pelajar dapat mengaitkan sesi pembelajaran yang di ajar oleh guru dengan alat atau bahan yang mereka gunakan setiap hari dan akan mengaplikasikan pemahaman mereka itu melalui penceritaan semula kepada rakan mereka mengenai pembelajaran mereka yang boleh dikaitkan dengan aktiviti harian mereka.


Penglibatan guru bersama pelajar ketika melakukan aktiviti yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran menjadikan pelajar lebih bersemangat untuk berusaha di dalam kelas. Hal ini kerana, semangat dorongan daripada guru dalam melakukan aktiviti yang sama dengan pelajar lakukan menjadikan pelajar lebih berkeyakinan dan seronok dalam melakukan aktiviti mereka. Hal ini secara langsung menjadikan komunikasi antara guru dan pelajar semakin dekat dan guru mampu memahami sebarang aktiviti atau pemikiran pelajar samada aktiviti yang dilakukan itu sukar atau senang untuk dilakukan.

ISU 4: PANDANGAN DAN CADANGAN BAGI ISU BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

PANDANGAN DAN CADANGAN OLEH:

NOR SHAHEERA BINTI ISMAIL
M20151000760

1. PENCEMARAN BAHASA MASYARAKAT KINI

Percemaran bahasa kebanyakkan diguna oleh golongan masyarakat berumur lingkungan 40-an. Ini mungkin terpengaruh dengan rakan sebaya, peredaran masa, persekitaran dan sebagainya. Sikap tidak mengambil kisah tentang bahasa ini boleh menyebabkan penggunaan Bahasa Melayu yang salah ini juga memberi kesan kepada remaja sekarang yang sering terikut dengan percakapan yang terlalu ringkas yang boleh menyebabkan kesan kepada kertas Bahasa Melayu terutamanya dalam penulisan karangan.

2. BAHASA IBUNDA

Bahasa ibunda ini juga dikenali sebagai bahasa percakapan harian yang digunakan oleh sesebuah bangsa, contohnya masyarakat Melayu menggunakan Bahasa Melayu, masayarakat Cina menggunakan Bahasa Cina, masyarakat Iban menggunakan Bahasa Iban dan sebagainya. Bahasa ibunda merupakan bahasa yang mudah difahami oleh sesebuah masyarakat. Oleh sebab itu, pelaksanaan dasar PPSMI pada mulanya di tentang oleh Domg Jiao Zong dan pertubuhan Cina agak kerajaan membenarkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) terus menggunakan bahasa Cina untuk mengajar Sains dan Matematik (Keong, 2010). Bagi mereka P&P dalam Bahasa Cina lagi mudah bagi mereka berbanding penggunaan Bahasa Inggeris.

3. PANDANGAN POSITIF TENTANG PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

Pada pandangan saya tentang PPSMI dari sudut positif dimana dengan adanya pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris ini sedikit sebanyak kita dapat menambahkan lagi pembendaharaan kata kita dalam Bahasa Inggeris dimana kita akan mencari maksud Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu sekiranya kita tidak faham dalam menyelesaikan soalan matematik. Ini dapat meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris kita terutamanya pelajar luar Bandar. Ini dapat dibuktikan dalam satu kajian Keong (2010) pula menyatakan pada 9 Julai 2008, mantan Menteri Pendidikan Dato‟Seri Hishamuddin pula mengatakan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari tahun 2005 hingga 2007 menunjukkan pelaksanaan dasar PPSMI di Sekolah Menengah tidak mempengaruhi keputusan pencapaian Sains dan Matematik. Dalam subjek matematik, peratusan yang lulus telah meningkat daripada 84.1% pada 2005 kepada 87% pada tahun 2007. Maka disini kita dapat lihat tiada alasan yang boleh menyatakan PPSMI boleh merosotkan pencapaian akademik pelajar.

4. MEMPERLUASKAN BAHASA MATEMATIK

Bahasa matematik ini boleh dikatakan bahasa kedua oleh seseorang individu. Pemahaman konsep matematik ini penting bagi seseorang murid untuk menyelesaikan soalan matematik. Pada pandangan saya, guru mestilah menyampaikan Bahasa Matematik yang mudah difaham oleh murid dalam menyelesaikan masalah matematik. selain guru, bahasa pelajar dan bahasa buku teks juga mempengaruhi penguasaan Bahasa Matematik.

5. KOMUNIKASI BERKESAN DALAM BILIK DARJAH

Komunikasi ini boleh dibahagikan kepada komunikasi pelajar sesama pelajar atau komunikasi guru dengan pelajar. Komunikasi pelajar dengan pelajar , biasanya menggunakan bahasa yang mudah mereka faham dan sering digunakan dalam pergaulan mereka da boleh dikatakan percakapan yang tidak formal antara mereka. Manakala komunikasi dengan guru perlulah menggunakan bahasa yang beradab menunjukkan pelajar menghormati guru mereka. Komunikasi melalui isyarat tangan merupakan satu bahasa yang digunakan oleh orang bisu.

6. PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

Penggunaan bahasa dalam P&P penting untuk lebih memahami apa yang disampaikan oleh guru. Guru merupakan tonggak utama untuk memberi pemahaman kepada pelajar apa yang diajar oleh mereka. Dalam proses P&P, guru mestilah menggunakan bahasa yang sesuai bagi mengelakkan pelajar tertekan dengan kata-kata guru seperti mengeluarkan kata-kata yang negatif yang tidak sepatutnya dikeluarkan dari mulut seorang pendidik. Selain penggunaan bahasa, suara guru mestilah lantang dan jelas dalam proses P&P dijalankan. Disamping itu, penggunaa bahasa juga dipengaruhi oleh dielek negeri bagi memudahkan proses P&P tetapi tidak digalakkan kerana ini akan mempengaruhi pelajar terutamanya dalam penulisan mereka dalam karangan.

ISU 4: PANDANGAN DAN CADANGAN BAGI ISU BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

PANDANGAN DAN CADANGAN OLEH:

NUR ASYATULMAILA BINTI MOHAMAD ASRI
M20151000721
M. Edu (Mathematics)

1. Penggunaan bahasa ibunda sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran bagi sekolah di Sabah dan Sarawak.

Sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak terutama bagi sekolah di kawasan pedalaman, lebih mengutamakan penggunaan bahasa kaum mereka sendiri berbanding bahasa standard disebabkan pelajar di kawasan tersebut kurang memahami bahasa standard yang digunakan sewaktu sesi pembelajaran iaitu bahasa melayu dan bahasa inggeris. Jadi ini akan menimbulkan masalah kepada guru yang ditugaskan di kawasan pedalaman tersebut terutamanya kepada guru yang baru bertugas dan tidak mempunyai pengalaman. Mereka akan mengalami kesukaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran disebabkan pelajar kurang memahami bahasa penyampaian yang digunakan oleh guru tersebut. Isu ini bukan sahaja membawa kepada kemerosotan sesi pembelajaran dan pengajaran, malahan pelajar juga akan berasa segan dan malu untuk bertanya dengan guru sekiranya mereka tidak memahami mengenai topik yang dibincangkan oleh kerana penggunaan bahasa yang tidak sama dan tidak mampu difahami.

2. Perubahan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kepada dasar Memperkasakan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Bagi pelajar yang sebelum ini telah menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran dalam bahasa inggeris dalam subjek sains dan matematik, mereka sebenarnya mengalami kesukaran mengenai dasar MBMMBI yang baru diperkenalkan. Hal ini kerana, jika sebelum ini pelajar sudah terbiasa dengan istilah yang digunakan dalam bahasa inggeris bagi sesuatu perkataan dan formula dalam subjek sains dan matematik, mereka akan menghadapi kekeliruan dalam mengingati atau memahami istilah tersebut dalam bahasa melayu pula. Jikalau dilihat dari segi istilah, perkataan bahasa inggeris lebih singkat dan mempunyai satu patah perkataan sahaja bagi sesuatu istilah dan berlainan dengan bahasa melayu yang kebanyakannya mempunyai dua atau tiga patah perkataan untuk mewakili sesuatu istilah tersebut. Guru juga akan mengalami kesukaran untuk menerangkan sesuatu perkataan demi perkataan untuk mamahamkan pelajar.

3. Penggunaan dialek bahasa yang digunakan oleh pelajar kadang kala berbeza dengan bahasa yang digunakan oleh guru.

Isu ini dapat dilihat dari segi penggunaan istilah yang pelbagai dari pelajar untuk memahami sesuatu konsep dalam pembelajaran matematik dan berbeza dengan pengajaran yang di berikan oleh guru di dalam kelas. Terdapat sesetengah pelajar menggunakan bahasa istilah atau bahsa pengajaran yang berbeza dengan bahasa pengajaran guru disebabkan mereka lebih suka menggunaka bahasa yang mereka mudah faham berbanding menggunakan istilah bahasa yang telah diajaroleh guru. Hal ini kerana, setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza untuk memahami sesuatu perkara. Jadi sebagai guru, haruslah mempelbagaikan gaya pembelajaran dengan menggunakan bahasa yang berbeza untuk menerangkan sesuatu istilah atau konsep.

4. Berlaku juga pencemaran bahasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di sekolah.

Ini dapat dilihat dari segi pelajar yang suka menggunakan percakapan yang bercampur-aduk, terutamanya dalam penggunaan bahasa rojak iaitu percakapan yang mnggunakan percampuran antara bahasa melayu dan bahasa inggeris. Kadang kala, isu penggunakan bahasa rojak ini juga terjadi dalam sesi pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan pelajar berinteraksi dengan guru mereka atau sebaliknya. Dari segi pelajar, mereka dilihat lebih suka mnggunakan percakapan bercampur aduk ini di dalam kelas sewaktu menerangkan atau menghuraikan soalan kepada guru, kadang kala terjadi juga dalam kalangan guru yang menerangkan sesuatu topik dalam sesi pengajaran dengan menggunakan bahasa rojak ini. Penggunaan bahasa rojak ini dianggap sebagai satu pencemaran bahasa terhadap bahasa melayu mahupun bahasa inggeris. Penggunaan bahasa rojak kadang kala menyebabkan sesetengah pelajar kurang faham penggunaan istilah bahasa yang digunakan oleh guru mereka disebabkan bercampur aduk.

5. Penggunaan bahasa pengajaran bagi sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil yang lebih mengutamakan bahasa ibunda masing-masing.

Bagi sekolah jenis kebangsaan cina dan india, mereka lebih mengutamakan pembelajaran bagi subjek sains dan matematik dalam bahasa ibunda masing-masing. Contohnya, setiap sebutan bagi nombor dalam bahasa cina hanya melibatkan satu perkataan sahaja. Ini akan menyebabkan pelajar dapat mengingat formula dan rumus yang diberikan dengan mudah dan cepat. Pelaksanaan PPSMI yang telah dilakukan sebelum ini telah menimbulkan masalah kepada pelajar cina dan india. Bukan itu sahaja, guru sekolah tersebut juga menghadapi masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana terpaksa menerangkan sesuatu istilah menggunakan teknik pengajaran yang berbeza. Hal ini kerana, guru dan pelajar di sekolah cina dan india lebih cenderung untuk belajar subjek sains dan matematik mengikut teknik yang biasa mereka gunakan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

6. Kelemahan pelajar dalam memahami bahasa matematik juga merupakan antara masalah yang timbul dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Penguasaan bahasa matematik adalah amat perlu bagi setiap pelajar untuk memudahkan pelajar memahami setiap konsep dan formula yang terlibat dalam subjek matematik. Penguasaan bahasa matematik ini dapat dilihat melalui tahap perbendaharaan kata pelajar bagi subjek matematik. Kebanyakan pelajar yang lemah tahap penguasaan perbendaharaann kata dalam subjek matematik menyebabkan pelajar sukar menukar soalan yang di beri dalam ayat bahasa melayu kepada bahasa matematik. Jadi, kebanyakan pelajar akan meninggalkan kosong jawapan bagi soalan yang berbentuk ayat disebabkan mereka kurang memahami ayat tersebut dan tidak dapat menukarkan ayat soalan kepada bentuk ayat atau formula matematik. Jadi, guru harus memainkan peranan yang penting untuk meningkat tahap penguasaan perbendaharaan kata pelajar dalam bahasa matematik.

ISU 4: PANDANGAN DAN CADANGAN BAGI ISU BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

PANDANGAN DAN CADANGAN OLEH:

NAMA : FATHIAH BINTI ABDUL RASHID
NO.MATRIK : M20151000754

1) MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI KALANGAN PELAJAR LUAR BANDAR

- Kesukaran pelajar dalam menguasai Matematik telah menyebabkan mata pelajaran ini seringkali menimbulkan kebimbangan bukan sahaja kepada pelajar bahkan guru-guru dan ibu bapa. Kebimbangan ini menjadi semakin serius apabila mata pelajaran tersebut diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Malah kebanyakan guru dan pelajar Melayu, terutama di sekolah luar bandar tidak bersemangat dan malas untuk mengajar dan belajar mata pelajaran terbabit dalam bahasa Inggeris. Kegagalan yang berlaku bukan disebabkan mereka tidak mempunyai kebolehan untuk belajar Sains dan Matematik dalam bahasa mereka, tetapi kerana mereka gagal dalam bahasa Inggeris dan kelemahan kaedah pengajaran. Sebahagian besar pelajar gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik, khususnya pelajar-pelajar melayu luar bandar. Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor bahasa penghantar, pengajaran guru dalam Bahasa Inggeris, tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar adalah masalah dengan sebutan dan pemahaman istilah Matematik dalam bahasa Inggeris serta masalah dalam menstrukturkan ayat. Ini menyebabkan pelajar jarang bertanya soalan kerana kesukaran untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Bagi murid luar bandar, mereka menggunakan dialek seharian yang jauh bezanya dengan bahasa Inggeris. Pendedahan terhadap bahasa Inggeris amat kurang dan penggunaannya hanyalah terbatas untuk digunakan di sekolah sahaja. Di dalam kelas Matematik, penggunaan bahasa Inggeris telah digunakan secara meluas namun demikian, masih ramai lagi murid yang lemah di dalam bahasa Inggeris dan tidak dapat menggunakan bahasa Inggeris lagi. Hanya sebahagian kecil sahaja yang mahir berkemungkinan daripada kedudukan rumah yang berdekatan dengan bandar dan terdapat kemudahan-kemudahan lain yang membantu memahirkan bahasa Inggeris di rumah seperti internet, televisyen, surat khabar bahasa Inggeris, pusat tuisyen dan sebagainya.

2) SEJAUHMANAKAH PELAKSANAAN MBMMBI DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN

- Dasar bahasa Melayu melalui sistem pendidikan jelas terlihat dalam pelaksanaan dasar bahasa di sekolah, maktab dan universiti. Cabaran besar bahasa Melayu pada hari ini ialah kemampuan untuk memupuk perpaduan antara pelajar pelbagai kaum. Bagi mencapai matlamat mewujudkan perpaduan antara kaum, Oleh itu, kita perlu akur dengan kewujudan sekolah jenis kebangsaan (SJK) yang telah sekian lama mewarnai sistem pendidikan negara. Isu kegagalan pelajar lepasan sekolah aliran ini menguasai bahasa kebangsaan yang dibangkitkan. Persoalannya, sejauh manakah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK diambil perhatian selama ini oleh masyarakat? Bukankah tidak adil jika murid di SJK, baik Melayu atau bukan Melayu dibiarkan terkapai-kapai tanpa sebarang bantuan dalam persekitaran yang kurang kondusif untuk mereka menguasai bahasa kebangsaan? Pihak kementerian telah pun mengambil pendekatan awal yang agak berani dengan mencadangkan peningkatan waktu pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK ketika melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Dalam keghairahan sesetengah pihak mengemukakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam masyarakat, kita seharusnya sedar bahawa selama ini ada sesuatu yang kita terlepas pandang, iaitu daya usaha yang telah dilaksanakan selama ini untuk memperkasakan bahasa kebangsaan di SJK. Ingatlah bahawa dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan tempang seandainya tindakan yang signifikan tidak direncanakan bagi mengupayakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, seterusnya bahasa yang mampu mengungkapkan pelbagai ranah disiplin ilmu. Semoga kedatangan Tahun Baharu 2015 akan memberikan sinar yang meyakinkan kepada sistem pendidikan negara demi manfaat anak bangsa.

3) PENCEMARAN BAHASA SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

- Masalah pencemaran bahasa semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat pada masa ini. Keadaan ini menyukarkan hasrat kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Satu langkah untuk membendung masalah pencemaran bahasa ialah peranan pihak sekolah. Di peringkatg sekolah, para pelajar sering didedahkan dengan pelbagai kesalahan bahasa oleh guru-guru. Apabila para pelajar melakukan kesalahan dalam berbahasa, guru hendaklah menegur dan membetulkan kesalahan mereka. Biarkan mereka belajar daripada kesalahan mereka sendiri agar kesalahan tersebut tidak akan diulang lagi, Selain itu, pihak sekolah juga perlu menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahasa. Di samping itu, peranan ibu bapa juga penting dalam memperkasakan usaha mengatasi masalah pencemaran bahasa. Ibu bapa perlu membudayakan anak-anak mereka dengan budaya membaca sejak mereka kecil lagi. Hal ini akan mempengaruhi minat dan cara anak-anak menulis ayat dan bercakap.

4) SETIAP DASAR PENDIDIKAN YANG DIUBAH ADALAH UNTUK PENAMBAIKAN SISTEM PELAJARAN

- Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, setiap dasar yang dibuat atau diubah adalah untuk penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan negara kita. Sebagai contoh Dasar PPSMI diambil kerana kerajaan menyedari bahawa penguasaan ilmu Sains dan Matematik serta bahasa Inggeris bertambah penting dalam era globalisasi dan teknologi maklumat. Penggunaan yang kerap di sekolah sudah pasti akan membantu pelajar terutamanya pelajar bumiputera memahirkan diri dalam penggunaan bahasa Inggeris. Cadangan penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dibuat untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan bahasa itu di samping memantapkan kefahaman kedua-dua mata pelajaran tersebut. Ini adalah alasan yang baik untuk berubah. Ia perlu bagi menyediakan masyarakat Malaysia yang mampu menguasai bahasa Inggeris dan bersedia menghadapi era globalisasi dengan penuh keyakinan.

5) KEPENTINGAN PERANAN GURU DALAM PENGGUNAAN BAHASA SETIAP PELAJAR

- Guru merupakan aspek penting di dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan lancar. Guru juga merupakan faktor utama menyumbang kepada kecemerlangan pelajar dalam akademik. Kecekapan dan keberkesanan seseorang guru memainkan peranan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia akan mempengaruhi pelajar untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik. Faktor pengajaran guru sangat memberikan kesan kepada corak pembelajaran dan penglibatan pelajar dalam Matematik. Di samping itu, daya tarikan sesuatu pelajaran amat bergantung kepada kemahiran mengajar dan pengajaran. Sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan memerlukan guru yang pandai dan berkebolehan mempelbagaikan kaedah, teknik dan aktiviti yang dijalankan dalam pengajarannya.

ISU 4: EMPAT ISU BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

EMPAT ISU BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

PENGENALAN

Bahasa ialah suatu sistem lambang bunyi suara yang arbitrari yang digunakan oleh anggota sesuatu kelompok manusia untuk berhubungan. Bunyi suara ini disebut bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa dilahirkan manusia dengan dengan alat-alat pertuturannya dan digabungkan untuk membentukkan kata. Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi dan menyampaikan pemikiran manusia dalam bentuk visual. Bahasa pengantar ialah alat yang paling penting dalam pendidikan yang membolehkan guru menyampaikan pengetahuan kepada pelajar. Bahasa pengantar yang digunakan di sekolah Malaysia terdiri daripada Bahasa Tamil, Bahasa Cina dan Bahasa Malaysia. Antara isu-isu yang wujud dalam bahasa pengantar di sekolah ialah :

i. Penggunaan Bahasa Ibunda Di Sekolah
ii. Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
iii. Memartabatkan Bahasa Melayu Dan Memperkukuhkan Bahasa Ingeris (MBMMBI)
iv. Penggunaan Bahasa Matematik

1.0 PENGGUNAAN BAHASA IBUNDA DI SEKOLAH

Pengenalan

Bahasa ibunda merupakan bahasa sendiri yang dipakai sejak kecil. Bahasa ibunda adalah penting dalam meningkatkan komunikasi sesama kaum dan merapatkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan. Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan bahasa ibunda dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Memaksimakan komunikasi dalam bilik darjah dan membolehkan pelajar lebih banyak berfikir. Di Malaysia terdapat tiga kaum yang majoriti iaitu Melayu, Cina dan India. Terdapat tiga jenis aliran sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

1.1 Kesan Positif Penggunaan Bahasa Ibunda dalam Pengajaran

Guru lebih yakin dalam pengajaran dengan bahasa ibunda. Penyampaian konten menjadi lebih berkesan. Komunikasi antara guru dengan pelajar dapat dimaksimakan dan berlaku dengan berkesan. Pelajar juga lebih mudah memahami proses pembelajaran dan lebih berani menanyakan soalan. Justeru itu, keputusan pelajar dapat dipertingkatkan. Menurut Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova di Paris pada 12 Mei 2011, kanakkanak akan lebih cemerlang jika didedahkan dengan pelajaran yang menggunakan bahasa ibunda khususnya di peringkat rendah. Beliau turut menyatakan bahawa terdapat bahawa terdapat bukti menunjukkan kanak-kanak di seluruh dunia seperti di Mexico dan Peru yang mendapat pendidikan peringkat rendah dalam bahasa ibunda akan cemerlang di bilik darjah. (Laman Utusan Malaysia Online 12 Mei 2011)

1.2 Kesan Negatif Penggunaan Bahasa Ibunda dalam Pengajaran

Salah satu kesukaran dalam melaksanakan pengajaran dalam Bahasa Ibunda ialah kesukaran guru, guru juga perlu menguasai Bahasa Ibunda dengan baik supaya dapat menyampaikan pengajaran dengan berkesannya. Oleh kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, maka perkahwinan campur merupakan satu perkara yang biasa. Pelajar daripada keluarga yang mana ibu dan bapa daripada etnik yang berbeza akan mengalami kekeliruan memilih Bahasa Ibunda. Bahan rujukan yang digunakan di Malaysia kebanyakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, ini akan menyebabkan guru menggunakan bahasa campur / rojak dalam pengajaran. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar kurang menguasai bahasa sekunder seperti Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Peringkat kolej dan universiti menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pelajar yang belajar dalam Bahasa Ibunda akan mengalami kesukaran memahami pengajaran dalam bahasa yang kurang biasa digunakan.

1.3 Langkah Penyelesaian

Sekolah mewakili setiap kaum iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ditubuhkan. Penubuhan tiga jenis aliran sekolah membolehkan Pengajaran lebih berkesan tetapi menjejaskan pencapaian perpaduan. Oleh itu, cara penyelesaian yang paling baik ialah menubuhkan satu jenis sekolah sahaja di peringkat rendah dan menengah yang terdiri daripada berbilang kaum bagi menyelaraskan bahasa pengantar dalam pengajaran sains dan matematik. Ini dapat mewujudkan perpaduan antara kaum dan menyeragamkan bahasa yang digunakan dalam pengajaran sains dan matematik iaitu Bahasa Malaysia. Tetapi dengan menubuhkan satu jenis sekolah sahaja, pelajar bukan Melayu sukar memahami isi pengajaran. Bangsa Cina dan Tamil juga akan rasa tergugat. Mantan Perdana Menteri yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohd telah mencadangkan penubuhan sekolah wawasan pada tahun 1997. Sekolah wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Dalam konsep ini, dua atau tiga buah sekolah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan berhubung. Tujuan dan matlamat sekolah wawasan adalah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar yang berbagai bangsa dan latar belakang. Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran. Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah Negara yang bersatu padu. Mengalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah.

2.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang lebih dikenali sebagai PPSMI telah dilaksanakan pada tahun 2003 setelah mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Muhamad membuat pengumuman pada 10 Mei 2002. Tujuan pelaksanaan PPSMI adalah dengan matlamat supaya murid dapat menguasai ilmu Sains dan Matematik yang cepat berkembang dan kebanyakkanya adalah dalam Bahasa Inggeris. Dasar ini adalah persediaan murid untuk berdaya saing dengan negara lain pada masa hadapan yang penuh dengan cabaran. Namun, pelaksanaan ini di tentang oleh Domg Jiao Zong dan pertubuhan Cina agak kerajaan membenarkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) terus menggunakan bahasa Cina untuk mengajar Sains dan Matematik (Keong, 2010). Lantaran itu, permohonan mereka diluluskan dengan menggunakan bahasa Cina dan Inggeris untuk mengajar dengan merangkakan formula PPSMI dwibahasa untuk pelajar tahap pertama. Sesetengah pelajar menganggapkan bahawa mata pelajaran matematik merupakan salah satu matapelajaran yang sukar kerana terdapat pelbagai rumus dan konsep yang perlu difahami. Tambahan pula, apabila sesi pembelajaran dan pengajaran dilakukan dalam Bahasa Inggeris dan lebih menyukarkan lagi bagi mereka. Akhirnya, dasar ini dimansuhkan sepenuhnya pada
tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Julai 2009 dan digantikan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

2.1 Kesan PPSMI

Pelbagai kesan yang kita dapati daripada pelaksanaan PPSMI sama ada dari sudut positif dan negatif. Namun, pelaksanaan ini mendapat tentangan hebat daripada masyarakat kerana boleh merosotkan keputusan pelajar dalam mata pelajaran matematik sekiranya diajar dalam bahasa Inggeris. Hasil kajian mendapati bahawa pencapaian matematik UPSR pada tahun 2009 untuk murid bandar telah merosot daripada 84.8% kepada 80.9% manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9% kepada 77 % (Malaysiakini, 8 Julai 2009). Masalah-masalah yang dihadapi pelajar adalah dengan sebutan dan pemahaman istilah matematik dalam bahasa Inggeris dalam menstrukturkan ayat. Ini menyebabkan pelajar jarang bertanya soalan kerana kesukara mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Perubahan ini menyebabkan pelajar perlu mengambil masa untuk memahami perkataan- perkataan baru, konsep, simbol matematik yang terdapat dalam soalan. Laporan Trends in Mathematics Science Study (TIMSS) 2007 menunjukkan pencapaian murid Malaysia telah merosot dari tempat ke 10 pada tahun 2003 ke 20 bagi matematik dan bagi mata pelajaran sains dari tempat ke 20 pada tahun 2003 ke-21 pada tahun 2007. Hasil daripada kajian itu menunjukkan bahawa pelajar luar Bandar lebih sukar untuk memahami pembelajaran dan pengajaran dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya kita lihat dari sudut pandangan positif dengan pelaksanaan PPSMI adalah penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dapat ditingkat terutamanya pelajar luar bandar yang kebanyakkan lemah dalam Bahasa Inggeris. Mungkin pada permulaan pembelajaran agar susah bagi mereka untuk menerima perkataan Bahasa Inggeris, tetapi akan memberi satu kesan yang mendalam kepada mereka. Sebagai satu contoh kita akan berusaha untuk mencari maksud perkataan bahasa Inggeris dalam bahasa melayu sekaligus akan menambahkan lagi vocab kita . Tetapi, sekiranya kita belajar dalam Bahasa Melayu untuk kemungkinan kita untuk mencari dalam bahasa Inggeris agar tipis. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom, beliau berkata seramai 178,751 pelajar yang mengambil kertas matematik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 89.1% daripadanya menjawab dalam Bahasa Inggeris berbanding 4.7% dalam Bahasa Melayu. Ini bermakna
keyakinan mereka dalam menjawab soalan dalam Bahasa Inggeris semakin meningkat.(Berita Harian, 2009). Dalam kajian Keong pula (2010) menyatakan pada 9 Julai 2008, mantan Menteri Pendidikan Dato‟Seri Hishamuddin pula mengatakan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari tahun 2005 hingga 2007 menunjukkan pelaksanaan PPSMI di Sekolah Menengah tidak mempengaruhi keputusan pencapaian Sains dan Matematik. Dalam subjek matematik, peratusan yang lulus telah meningkat daripada 84.1% pada 2005 kepada 87% pada tahun 2007.

3.0 MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DAN MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGERIS (MBMMBI)

Setelah pemansuhan PPSMI secara soft landing maka kedua-dua mata pelajaran tersebut diajar dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan menengah sebelum Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilaksanakan pada tahun 2011. Tujuan MBMMBI adalah untuk memastikan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah rendah dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. Memartabatkan Bahasa Melayu adalah meletakkan Bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya yang sesuai dengan kedudukan sebagai bahasa kebangsan yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Manakala memperkukuhkan Bahasa Inggeris adalah memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. Selain itu, adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan dengan penerokaan di peringkat antarabangsa.

3.1 Antara Strategi MBMMBI Yang Dilakukan Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

1) Memartabatkan Bahasa Melayu

Pelbagai usaha kerajaan dalam memperkukuhkan Bahasa Melayu dengan penguasaan asas kemahiran berbahasa dengan melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik dimana melului modul P&P dengan penerapan elemen dalam seni bunyi diperkukuhkan dalam asas berbahasa (Back to Basics) seperti pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis. Di samping itu, guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen Bahasa Melayu untuk memastikan kualiti dari segi pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dan luar negara. 

2) Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

Bagi memperkukuhkan Bahasa Inggeris, transformasi kurikulum Bahasa Inggeris sekolah rendah menitikberatkan penguasaan literasi asas dan pengukuhan Bahasa Inggeris melalui pendekatan modular. Manakala asas berbahasa (Back to Basic) memberi penekanan kepada Phonics di samping menerapankan elemen pembelajaran yang menyeronokkan dalam modul Language Arts. Selain itu, Model Standard British English digunakan sebagai panduan supaya setiap guru dapat merujuk kepada standard yang sama dari segi sebutan, penulisan dan tatabahasa. 

4.0 BAHASA MATEMATIK

Perkembangan matematik sentiasa selari dengan perkembangan tamadun manusia itu sendiri. Matematik bukan sahaja penting dalam kehidupan seharian, malah ia sering dihayati sebagai satu kesenian dan keindahan serta sebagai alat komunikasi. Dalam matematik, perhubungan idea-idea adalah melalui bahasa istimewa dan khusus. Kebanyakan orang beranggapan bahawa matematik itu terdiri daripada nombor, tanda dan simbol sahaja, yang disusun dalam bentuk persamaan. Mereka juga beranggapan bahawa matematik bersifat kuantitatif yang tiada unsur-unsur kualitatif dan bahasa dalamnya (Sufean, 1992). Bidang matematik mempunyai bahasanya tersendiri yang perlu dikembangkan dan diberi perhatian, khususnya oleh pendidik matematik. Persoalan utama dalam pendidikan matematik adakah para pendidik memahami akan apa yang dimaksudkan dengan matematik. Kalau ditanya, rata-rata pendidik mengatakan bahawa matematik adalah satu cabang ilmu yang berkait rapat dengan nombor. Pemahaman sedemikian rupa adalah sangat sempit. Matematik bukanlah sekadar berinteraksi dengan nombor semata-mata. Ianya mencakupi skop yang jauh lebih luas daripada itu. Matematik sebenarnya adalah bahasa universal yang unik yang menjangkau batasan sosial, budaya dan bahasa menggunakan simbol dan sintaksis yang diterima secara global. Menurut Inder (1982), Matematik adalah bahasa yang merupakan satu cara untuk menggambarkan, rakaman dalam ayat matematik dan menginterpretasi simbol yang digunakan untuk perhubungan. Matematik sebagai satu bentuk bahasa kerana matematik melibatkan komunikasi antara konsep dan simbol. Matematik boleh dikatakan sebagai bahasa kedua bagi seseorang individu selepas bahasa ibundanya seperti Kantonis, Tamil, Melayu dan Inggeris. Matematik dianggap sebagai bahasa segajat kerana penggunannya yang melibatkan pelbagai aplikasi dalam kehidupan seharian, samada mengira perbelanjaan harian di rumah, di tempat kerja ataudi kedai. Jadi boleh dikatakan bahawa bahasa Matematik adalah sangat unik. Beberapa perkara bagi memahami pembinaan bahasa Matematik dibincangkan secara terperinci dari segi idea matematik yang mempunyai tiga komponen utama iaitu linguistik, konsep dan prosedur.

1. Komponen Linguistik (bahasa Matematik)

Bahasa Matematik ialah bahasa kedua kepada seseorang individu ang mana bahasa matematik ini melibatkan komunikasi konsep melalui simbol. Konsep-konsep yang terdapat dalam bahasa Matematik adalah seperti klasifikasi, kuantiti, saiz, susunan, perhubungan, ruang, jarak, masa dan lain-lain. Menurut Ibrahim Md Noh (1994), apabila seseorang pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah bercerita, punca masalah bukan daripada kelemahan dalam aritmetik sahaja, tetapi mungkin disebabkan oleh kelemahan penguasaan bahasa matematik. Bahasa matematik terdiri daripada tiga iaitu perbendaharaan kata matematik, sntaksis dan terjemahan dua hala.

a) Perbendaharaan Kata Matematik

Penguasaan perbendaharaan kata matematik pelajar bergantung kepada:

 Pengalaman sehariannya dengan kawan, keluarga dan persekitaran

 Perbendaharaan kata yang digunakan oleh guru sewaktu proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas.

 Tahap bahasa matematik yang digunakan oleh buku teks

b) Sintaksis

Sintaksis merupakan refleks kepada tatabahasa yang berhubungan antara perkataan dan ayat, ia menjadi formula kepada transformasi terhadap ayat bahasa melayu seperti ayat aktif, pasif atau ayat nyata. Secara analoginya, ia adalah sama formulanya dengan sesetengah transformasi dalam matematik. Dalam algebra, boleh dilihat bagaimana simbol dimanipulasi mengikut formula bahasa, tatabahasa bagi perwakilan simbol. Jadi, untuk meningkatkan penguasaan bahasa matematik pelajar guru perlu menngunakan pelbagai bentuk ayat yang mempunyai maksud yang sama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. 

Contohnya:

Soalan 20 - 8 = ?, boleh ditanya dalam beberapa cara seperti

 Cari beza antara 20 dengan 8

 Cari selisih antara 20 dengan 8

 Tolak 8 daripada 20

 Ambil 8 daripada 20

 20 dikurangkan 8 sama dengan berapa?

Sekiranya guru hanya menggunakan satu bentuk ayat sahaja (misalnya 20 tolak 8 sama dengan berapa?) pelajar akan mendapat masalah dalam peperiksaan di mana soalan mungkin ditanya dalam pelbagai entuk yang tidak pernah dijumpai oleh pelajar

c) Terjemahan Dua Hala

Antara kesulitan besar yang dialami oleh pelajar semasa menyelesaikan masalah bercerita ialah pelajar tidak dapat menukarkan maklumat yang terkandung dalam soalan (bahasa Melayu) kepada ayat matematik (bahasa matematik). Jadi, untuk menguasai kemahiran penyelesaian masalah pelajar perlu ada kemahiran dalam menterjemahkan masalah bercerita (dalam bahasa Melayu) kepada bahasa matematik dan sebaliknya. Guru juga perlu melatih pelajar supaya mereka dapat berfikir dalam bahasa matematik. Guru matematik juga perlu memberi soalan berbentuk soalan masalah bercerita berdasarkan ayat matematik (bahasa matematik ke bahasa melayu) selain daripada soalan penyelesaian masalah.

Tujuan utama memahami konsep asas bahasa ialah untuk mengenal pasti sesetengah komponen untuk berkomunikasi dengan bahasa matematik. Menurut Pimm (1987), di dalam kelas matematik, terdapat tiga dasar yang perlu diberi penekanan dalam subjek matematik iaitu makna, simbol atau cara perwakilan dan sintaksis.

2. Komponen Konsep

Dalam matematik, konsep merupakan satu perkara yang amat penting. Melalui pemahaman konsep, pelajar dapat menghurai dan mengetahui bagaimana, kenapa sesuatu simbol dan sesuatu tatacara (aritmetik) itu sedemikian. Pemahaman konsep membolehkan pelajar menerangkan dan mengesan tentang logik ilmu matematik. Pelajar boleh merujuk kepada konsep untuk mengetahui permasalahan dan memperbaikinya apabila ada sesuatu masalah yang timbul. Konsep dalam matematik diajar dan dikembangkan mengikut perkembangan kognitif pelajar. Jadi, konsep dalam matematik berubah-ubah mengikut situasi dan kondisi yang tertentu.

KESIMPULAN

Bahasa merupakan alat yang digunakan untuk berkomunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Melalui kemahiran berbahasa, komunikasi dalam pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar. Penggunaan bahasa yang beul di dalam kelas menjadikan pelajar itu dapat memahami matematik dan dapat menyelesaikan masalah dengan mudah. Di samping itu juga, penggunaan bahasa yang betul di dalam kelas membolehkan pelajar memperbetulkan salah faham mereka terhadap konsep istilah matematik yang digunakan di dalam kelas. Guru sepatutnya perlu tahu cara untuk berkomunikasi dengan pelajar dan seterusnya menggunakan pelbagai perkataan dan perbendaharaan kata bagi sesuatu istilah. Proses pembelajaran yang berkesan ialah pembelajaran yang melibatkan perhubungan dan perkongsian idea antara pelajar dan guru yang boleh dilihat melalui penggunaan bahasa oleh guru semasa berkomunikasi dengan pelajar.

Rujukan:

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2000). Komunikasi Untuk Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications&Distributors Sdn Bhd.

Goldhaber, G.M. (1990). Komunikasi dalam organisasi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harian Metro, Jumaat 13 Mac 2009

Ibrahim Md. Noh, 1994. “Reformasi Pendidikan Matematik: Keperluan -keperluanya” dalam Jurnal Matematik dan Sains. Bahagian Pendidikan Guru. Jilid I

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Soalan Lazim MBMMBI. Dimuat Turun pada 25 Oktober 2015 http://www.moe.gov.my/my/soalan-lazim?cat=28

Keong., C.Y.(2010).Impak Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ke atas Pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. 1:2(2010) 21-28

Laman Utusan Malaysia Online 12 Mei 2011

Malaysiakini , 8 Julai 2009

Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal & Aziz Omar (2006). “Isu-Isu Dalam Pendidikan Matematik”, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Trends in Mathematics and Science Study 2003 (TIMSS) International Press release. http://nces.ed.gov/timss/results03.asp