NUR ASYATULMAILA
BINTI MOHAMAD ASRI
M20151000721
M. Edu.
(MATHEMATICS)
PANDANGAN BERKAITAN
FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA JURANG ANTARA PELAJAR
1. Peranan pelajar itu sendiri merupakan satu eleman yang penting
yang menyebabkan berlakunya jurang dalam pencapaian pelajar bagi matapelajaran
matematik.
Terdapat pelajar yang menganggap matapelajaran matematik adalah
satu matapelajaran yang sukar untuk dikuasai dan dipelajari disebabkan terdapat
pelbagai rumus, teori dan konsep yang perlu difahami. Sewaktu sesi pembelajaran
dan pengajaran berlangsung pula, kebanyakan guru menggunakan bahasa inggeris
sebagai bahasa pengantar untuk mengajar matapelajaran matematik. Jadi, bagi
pelajar yang lemah tahap penguasaan bahasa inggeris, pelajar akan kurang faham
apa yang di ajar serta susah untuk berkomunikasi dengan guru dan kurang
berkeyakinan untuk bertanya kepada guru di dalam kelas. Ini menjadikan sesi
pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan yang menyebabkan pelajar mudah
bosan dan tertekan terhadap matapelajaran matematik, seterusnya menjadikan
mereka mudah hilang minat terhadap matapelajaran tersebut. Jadi, ini akan
menimbulkan jurang yang sangat ketara kepada pelajar yang kurang kurang minat
dengan matapelajaran matematik berbanding pelajar yang minat dengan
matapelajaran tersebut. Ada kalanya, pentadbir, pendidik malahan ibu bapa
mempunyai prasangka dan gambaran stereotaip tertentu terhadap murid-murid yang
gagal dan bermasalah. Sikap negatif begini sukar membantu kita melaksanakan
program pemulihan atau pemantapan dengan jaya.
2. Peranan guru juga amat penting dalam mengurangkan jurang
pencapaian antara pelajar.
Kebanyakan guru hanya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi matapelajaran matematik hanya bergantung sepenuhnya kepada buku teks
sahaja dan kurang mempelbagai gaya pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Selain itu, terdapat sesetengah guru hanya mementingkan pengajaran berasaskan
peperiksaan sahaja. Guru juga tidak mendedahkan pelajar
dengan penggunaan perisian matematik walaupun terdapat beberapa perisian
matematik yang boleh diterokai pelajar untuk membantu dalam memahami sesuatu
konsep matematik. Sesetengah guru lebih cenderung untuk mengajar pelajar
menggunakan cara tradisional sahaja. Jadi pelajar terutamanya pelajar luar
bandar mengalami masalah pemahaman konsep matematik disebabkan pengajaran guru
yang tidak menarik. Tambahan pula, cara pengajaran guru juga hanya berdasarkan pengajaran
satu hala sahaja yang mana pelajar lebih banyak mendengar penerangan guru tanpa
mereka meneroka sendiri konsep matematik tersebut. Ini menjadikan
pembelajaran tersebut tidak menarik dan hambar kerana tiada unsur yang menarik
untuk dijadikan contoh di dalam kelas. Pelajar juga akan mudah bosan dan kurang
berminat untuk belajar matapelajaran tersebut. Kekurangan guru-guru yang
berkemahiran bertugas di luar bandar telah menyebabkan berlakunya masalah
ketidaksepadanan opsyen dalam kalangan guru telah mengakibatkan proses
pengajaran dan pembelajaran terganggu. Sebagai contoh, guru yang bukan opsyen
Matematik terpaksa mengajar Matematik disebabkan guru yang sepatutnya mengajar
Matematik tidak melapor diri di sekolah luar bandar. Akibatnya, pelajar-pelajar
di luar bandar diajar oleh guru-guru yang tidak berpengalaman mengajar dalam
opsyen tertentu.
3.
Sekolah yang kekurangan infrastruktur dan kemudahan asas juga antara punca
berlakunya jurang pencapaian antara pelajar.
Seperti yang kita tahu, pencapaian pelajar sekolah luar bandar
jauh ketinggalan berbanding pencapaian pelajar sekolah bandar.
Faktor prasarana yang
tidak mencukupi telah mengakibatkan jurang pencapaian pelajar bandar dan luar
bandar berlaku. Bagi sekolah yang jauh di pedalaman, masih
terdapat sekolah rendah yang belum mempunyai bekalan elektrik dan kebanyakkan
sekolah di pedalaman masih tidak mempunyai makmal komputer. Selain itu,
janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung
penggunaan ICT di sekolah di samping menghadapi kesukaran mendapatkan diesel. Bagi
kawasan sekolah luar bandar pula, terdapat masalah capaian internet dan
kemudahan ICT. Sekolah di kawasan luar bandar juga kurang mempunyai kemudahan
bahan bantu mengajar (BBM) seperti overhead
projector (OHP), model-model dan alat matematik yang lain. Keadaan bilik darjah
yang tidak kondusif juga telah mengganggu konsentrasi pelajar untuk belajar.
Kekurangan sumber
rujukan di pusat sumber juga telah menyebabkan pelajar-pelajar sukar
memperolehi maklumat tambahan berkaitan pembelajaran mereka. Keadaan
sekolah-sekolah di luar bandar ini sangat berbeza dengan sekolah bandar.
Ketidakseimbangan bekalan komputer juga berlaku di antara sekolah luar bandar
dan bandar. Kemudahan-kemudahan asas seperti ini perlu disediakan dengan lebih
banyak di sekolah luar bandar kerana pelajar di sekolah luar bandar lebih
memerlukan bantuan seperti ini.
Oleh
itu, jika dibandingkan dengan kawasan sekolah di bandar, guru-guru di sekolah
kawasan bandar lebih mendedahkan pelajarnya dengan peralatan teknologi atau
perisian matematik. Maka, pelajar di bandar lebih mempunyai pengetahuan dan
pemahaman konsep matematik dengan lebih mendalam.
4. tahap kesedaran ibu bapa terhadap
pentingnya pendidikan kepada anak-anak juga menyebabkan terjadinya jurang
antara pelajar.
Jurang antara pelajar dalam
matapelajaran matematik juga terjadi disebabkan anak-anak tidak mendapat
sokongan moral daripada ibu bapa mereka. Pencapaian pelajar dalam sesuatu
subjek turut disumbangkan oleh peranan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan
dan kekuatan untuk membina keyakinan diri pelajar untuk belajar dengan lebih
bersungguh-sungguh. Cara keluarga menunjukkan minat kepada
pelajaran pelajar akan memberi rangsangan secara positif kepada pembelajaran
pelajar. Anak-anak tidak akan memberi
tumpuan terhadap apa yang dipelajari jika ibu bapa kurang terlibat dalam
pendidikan anak-anak di rumah. Anak-anak akan merasa diri mereka diabaikan
sekiranya perhatian ibu bapa terhadap anak-anak mereka tidak diberikan dengan
secukupnya. Kadang-kala, anak-anak sengaja menggagalkan diri mereka dalam
subjek tersebut bagi meraih perhatian ibu bapa mereka. Sekiranya
ibu bapa dapat menunjukkan minat seperti sering berbincang dengan anak-anak
mereka tentang pelajaran walaupun tidak secara khususnya harus memberi tunjuk
ajar kepada anak mereka dalam isi kandungan mata pelajaran, pelajar akan
merasakan pelajarannya diambil perhatian oleh ibu bapa. Secara langsung dan
tidak langsung, ibu bapa memindahkan nilai-nilai kehidupan mereka seperti
mementingkan pembelajaran dan ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka. Ibu
bapa merupakan orang-orang signifikan kepada pelajar yang diidentifikasikan
oleh pelajar remaja pada masa perkembangan mereka dalam mencari identiti
mereka.
5. Peranan bahasa juga memainkan peranan penting yang mneyebabkan
terjadinya jurang antara pelajar
Bagi sesetengah sekolah, mereka masih lagi melakukan pembelajaran
dan pengajaran subjek matematik dalam bahasa inggeris yang menyebabkan
berlakunya beberapa masalah yang timbul antaranya ialah tahap penguasaan bahasa
inggeris yang lemah dalam kalangan pelajar. Penggunaan bahasa inggeris dalam
matapelajaran matematik menyebabkan sesetengah pelajar yang mempunyai tahap
penguasaan bahasa inggeris yang lemah berbanding pelajar yang mahir bahasa
inggeris menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan matematik tersebut. Hal
ini kerana pelajar tidak memahami soalan yang diberikan terutamanya bagi soalan
matematik yang berbentuk penyelesaian masalah. Kebanyakan pelajar tidak mampu
menjawab dengan betul disebabkan mereka tidak memahami soalan yang diberikan
yang ditulis dalam bahasa inggeris. Ini akan menjejaskan pencapaian pelajar
dalam matapelajaran matematik bagi pelajar yang lemah tahap penguasaan bahasa
inggeris seterusnya menyebabkan terjadinya jurang antara pelajar yang lemah
penguasaan bahasa inggeris berbanding dengan pelajar yang mempunyai tahap
penguasaan bahasa inggeris yang baik.
6. Peranan pihak pentadbiran sekolah juga memainkan penting yang
meyebabkan berlakunya jurang antara pelajar.
Pihak sekolah selalunya akan mengasingkan pelajar mengikut tahap
pembelajaran pelajar yang mana bagi pelajar yang mentapat pencapaian yang tinggi
dalam matapelajaran matematik akan dan subjek-subjek lain akan diletakkan di
dalam satu kelas yang teratas. Para pelajar ini akan diberikan sepenuh tumpuan
dari segi pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, pihak sekolah akan
mengadakan pelbagai program bagi meningkatkan tahap pencapaian kepada pelajar
yang berada di dalam kelas yang cemerlang ini. Manakala, bagi pelajar yang
mendapat pencapaian yang kurang cemerlang akan diletakkan dalam satu kelas yang
lain. Kebanyakan pelajar di dalam kelas ini kurang menjadi tumpuan dalam sesi
pengajaran da pembelajaran dalam kalangan guru dan pihak sekolah. Jadi ini
menyebabkan pelajar-pelajar yang berada di kelas yang kurang cemerlang ini akan
mudah berasa bosan kerana kebanyakannya tidak memahami apa yang di ajar oleh
guru di dalam kelas. Hasilnya, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian di
dalam kelas dan tidak berminat untuk belajar matapelajaran yang di ajar.
No comments:
Post a Comment