Saturday, 14 November 2015

ISU 4: PANDANGAN DAN CADANGAN BAGI ISU BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

PANDANGAN DAN CADANGAN OLEH:

NOR SHAHEERA BINTI ISMAIL
M20151000760

1. PENCEMARAN BAHASA MASYARAKAT KINI

Percemaran bahasa kebanyakkan diguna oleh golongan masyarakat berumur lingkungan 40-an. Ini mungkin terpengaruh dengan rakan sebaya, peredaran masa, persekitaran dan sebagainya. Sikap tidak mengambil kisah tentang bahasa ini boleh menyebabkan penggunaan Bahasa Melayu yang salah ini juga memberi kesan kepada remaja sekarang yang sering terikut dengan percakapan yang terlalu ringkas yang boleh menyebabkan kesan kepada kertas Bahasa Melayu terutamanya dalam penulisan karangan.

2. BAHASA IBUNDA

Bahasa ibunda ini juga dikenali sebagai bahasa percakapan harian yang digunakan oleh sesebuah bangsa, contohnya masyarakat Melayu menggunakan Bahasa Melayu, masayarakat Cina menggunakan Bahasa Cina, masyarakat Iban menggunakan Bahasa Iban dan sebagainya. Bahasa ibunda merupakan bahasa yang mudah difahami oleh sesebuah masyarakat. Oleh sebab itu, pelaksanaan dasar PPSMI pada mulanya di tentang oleh Domg Jiao Zong dan pertubuhan Cina agak kerajaan membenarkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) terus menggunakan bahasa Cina untuk mengajar Sains dan Matematik (Keong, 2010). Bagi mereka P&P dalam Bahasa Cina lagi mudah bagi mereka berbanding penggunaan Bahasa Inggeris.

3. PANDANGAN POSITIF TENTANG PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

Pada pandangan saya tentang PPSMI dari sudut positif dimana dengan adanya pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris ini sedikit sebanyak kita dapat menambahkan lagi pembendaharaan kata kita dalam Bahasa Inggeris dimana kita akan mencari maksud Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu sekiranya kita tidak faham dalam menyelesaikan soalan matematik. Ini dapat meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris kita terutamanya pelajar luar Bandar. Ini dapat dibuktikan dalam satu kajian Keong (2010) pula menyatakan pada 9 Julai 2008, mantan Menteri Pendidikan Dato‟Seri Hishamuddin pula mengatakan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari tahun 2005 hingga 2007 menunjukkan pelaksanaan dasar PPSMI di Sekolah Menengah tidak mempengaruhi keputusan pencapaian Sains dan Matematik. Dalam subjek matematik, peratusan yang lulus telah meningkat daripada 84.1% pada 2005 kepada 87% pada tahun 2007. Maka disini kita dapat lihat tiada alasan yang boleh menyatakan PPSMI boleh merosotkan pencapaian akademik pelajar.

4. MEMPERLUASKAN BAHASA MATEMATIK

Bahasa matematik ini boleh dikatakan bahasa kedua oleh seseorang individu. Pemahaman konsep matematik ini penting bagi seseorang murid untuk menyelesaikan soalan matematik. Pada pandangan saya, guru mestilah menyampaikan Bahasa Matematik yang mudah difaham oleh murid dalam menyelesaikan masalah matematik. selain guru, bahasa pelajar dan bahasa buku teks juga mempengaruhi penguasaan Bahasa Matematik.

5. KOMUNIKASI BERKESAN DALAM BILIK DARJAH

Komunikasi ini boleh dibahagikan kepada komunikasi pelajar sesama pelajar atau komunikasi guru dengan pelajar. Komunikasi pelajar dengan pelajar , biasanya menggunakan bahasa yang mudah mereka faham dan sering digunakan dalam pergaulan mereka da boleh dikatakan percakapan yang tidak formal antara mereka. Manakala komunikasi dengan guru perlulah menggunakan bahasa yang beradab menunjukkan pelajar menghormati guru mereka. Komunikasi melalui isyarat tangan merupakan satu bahasa yang digunakan oleh orang bisu.

6. PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

Penggunaan bahasa dalam P&P penting untuk lebih memahami apa yang disampaikan oleh guru. Guru merupakan tonggak utama untuk memberi pemahaman kepada pelajar apa yang diajar oleh mereka. Dalam proses P&P, guru mestilah menggunakan bahasa yang sesuai bagi mengelakkan pelajar tertekan dengan kata-kata guru seperti mengeluarkan kata-kata yang negatif yang tidak sepatutnya dikeluarkan dari mulut seorang pendidik. Selain penggunaan bahasa, suara guru mestilah lantang dan jelas dalam proses P&P dijalankan. Disamping itu, penggunaa bahasa juga dipengaruhi oleh dielek negeri bagi memudahkan proses P&P tetapi tidak digalakkan kerana ini akan mempengaruhi pelajar terutamanya dalam penulisan mereka dalam karangan.

No comments:

Post a Comment