Komen Terhadap Video E-GURU: MATEMATIK
Tingkatan 2 - Lokus Dalam 2 Dimensi (4.1 Penglibatan Murid
Pengajaran guru Matematik di
dalam video menggunakan teknik pengajaran di luar kelas. Pengajaran di luar
kelas adalah penting kerana selain daripada memberi keseronokan kepada pelajar,
pembelajaran di luar kelas juga boleh membuka minda pelajar untuk lebih aktif
bergerak ketika melakukan aktiviti. Guru juga melibatkan murid dalam setiap
aktiviti yang dilakukan. Penglibatan murid dalam setiap aktiviti yang
melibatkan pengajaran ini boleh memberikan kefahaman yang lebih kerana pelajar
boleh memahami penerangan yang diberikan oleh guru dengan mengaplikasikan atau
membayangkan aktiviti yang dilakukan semasa sesi pengajaran dengan penerangan
yang diberikan oleh guru.
Ketika membuat latihan atau penerangan, guru
memanggil beberapa orang pelajar untuk melukis atau membuat latihan yang
diberikan berpandukan sesi aktiviti yang dilakukan di hadapan pelajar yang lain
dan memuji pelajar tersebut walaupun membuat jawapan yang kurang tepat. Ini merupakan
satu tindakan yang amat bagus kerana dengan memberikan kata-kata pujian atau
kata-kata dorongan, pelajar akan berasa yakin untuk membuat sesuatu latihan
yang diberikan walaupun jawapan yang diberikan adalah tidak tepat. Hal ini
kerana, keseronokan dan keyakinan semasa
melakukan aktiviti dalam matapelajaran matematik menjadi keutamaan.
Selain itu, guru juga menggunakan
alat bantuan mengajar untuk menerangkan sesuatu rumus atau bentuk bagi
memudahkan pemahaman pelajar. Di dalam video ini, guru menggunakan pita pelekap
untuk memudahkan pelajar mengaitkan tajuk yang dibincangkan dengan diri mereka.
Ini akan menarik minat pelajar untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai
topik dalam matapelajaran tersebut. Semasa membuat penerangan menggunakan bahan
bantuan mengajar, guru melibatkan pelajar untuk melakukan contoh tersebut. Hal
ini akan menjadikan pelajar untuk melibatkan diri dengan lebih aktif semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala bagi pelajar yang lain
pula, guru menyarankan agar mereka melukis dan mencatit setiap bentuk yang
terhasil daripada contoh yang ditunjukkan oleh rakan mereka. Teknik pengajaran
ini merupakan satu teknik yang berkesan kerana guru bukan sahaja melibatkan pelajar
untuk memberikan contoh dengan menggunakan bahan pengajaran kepada rakan pelajar yang lain, malahan melibatkan
pelajar yang lain untuk melakukan contoh tersebut dengan melukis atau mencatit
di dalam buku catatan mereka. Ini akan melibatkan semua pelajar untuk melakukan
tugas masing-masing dan tidak akan ada pelajar yang hanya menunggu dan melihat
sahaja. Jadi pelajar tidak akan berasa bosan ketika sesi pembelajaran di dalam
kelas kerana masing-masing mempunyai peranan yang perlu dilakukan dalam sesi
pembelajaran tersebut.
Selain itu, guru juga menggunakan
bahan pengajaran yang dekat dengan alat atau bahan yang pelajar gunakan pada
setiap hari. Pengajaran ini bukan sahaja memudahkan pelajar untuk memahami
topik yang dibincangkan dengan mendalam, malahan pelajar dapat mengaitkan sesi
pembelajaran yang di ajar oleh guru dengan alat atau bahan yang mereka gunakan
setiap hari dan akan mengaplikasikan pemahaman mereka itu melalui penceritaan
semula kepada rakan mereka mengenai pembelajaran mereka yang boleh dikaitkan
dengan aktiviti harian mereka.
Penglibatan guru bersama pelajar ketika
melakukan aktiviti yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran menjadikan
pelajar lebih bersemangat untuk berusaha di dalam kelas. Hal ini kerana,
semangat dorongan daripada guru dalam melakukan aktiviti yang sama dengan
pelajar lakukan menjadikan pelajar lebih berkeyakinan dan seronok dalam
melakukan aktiviti mereka. Hal ini secara langsung menjadikan komunikasi antara
guru dan pelajar semakin dekat dan guru mampu memahami sebarang aktiviti atau
pemikiran pelajar samada aktiviti yang dilakukan itu sukar atau senang untuk
dilakukan.
No comments:
Post a Comment