Saturday, 14 November 2015

Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris

SK Jalan 3, BB Bangi MBMMBI
Uploaded on Sep 21, 2011
Buletin Utama TV3 21 September 2011



Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris

Transformasi kurikulum dan meningkatkan kapasiti guru.

Strategi itu digunakan bagi melaksanakan dasar memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris, MBMMBI.

Pendekatan lebih kreatif, sejak dilaksana Januari lalu itu mula membuahkan hasil bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam kedua-dua bahasa berkenaan.

Belajar bahasa sambil menyanyi atau dikenali 'didik hibur' dalam seni bahasa.

Itu antara transformasi kurikulum bermula di tahun 1.

Dan selaras dasar MBMMBI untuk melahirkan pelajar fasih berbahasa, waktu pembelajaran bahasa ditambah.

Kaedah berinteraksi juga menjadikan pelajar tidak mudah bosan atau mengantuk.

Antaranya, mengasah kemahiran berkomunikasi melalui sajak, puisi dan bercerita..

Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor, misalnya menyediakan pentas khas di kantin bagi membolehkan pelajar membuat persembahan ketika waktu rehat.

Thevisshana R. Kannan, Murid: Mereka berlatih kita dengan cara yang seronok, membawa kita ke sesuatu tempat, berlatih kita di tempat yang private, dan memberi kita tip-tip bagaimana untuk berjaya dan menyuruh kita di rumah berlatih di cermin."

Umairah Safiah Noor Azmi, Murid: "Ia mengajar saya banyak perkara, misalnya perkara yang saya langsung tidak tahu, sekarang saya sedang belajar. Dahulunya, saya tidak tahu bukan semua haiwan boleh dijadikan peliharaan, kerana rumahnya adalah dalam hutan."

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, ICT untuk mempelajari bahasa juga lebih menyeronokkan.

Selain hanya guru yang layak dibenar mengajar bahasa.

Nor Hainei Abu Bakar, Guru Besar SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi: "Guru diberi pendedahan meningkatkan profesionalisme berbahasa, guru-guru mengajar di kelas, terutama KSSR, adalah opsyen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris."

Peranan institut pendidikan guru dikembangkan, untuk melatih guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, di peringkat ijazah berbanding hanya sijil dan diploma, sebelum ini.

No comments:

Post a Comment