TAJUK
BUKU: TEORI DAN PERKAEDAHAN PENDIDIKAN MATEMATIK SIRI II
Nama Penulis: Noor Shah Saad
Bilangan Bab: Empat Bab
PENGENALAN
Buku Teori dan Perkaedahan
Pendidikan Matematik merupakan sebuah buku yang bertujuan untuk memberi
pendedahan dan maklumat kepada bakal-bakal guru matematik dan guru terlatih tentang
perkembangan kurikulum matematik seelum dan selepas perang dunia ke 2 dan
perkembangan kurikulum matematik di Malaysia. Selain itu, buku ini menghuraikan
tentang pengajaran dan pembelajaran matematik bagi jangka panjang dan jangka
pendek, serta perancangan pengajaran bagi unit pengajaran dan rancangan
mengajar. Teknik penyoalan berserta contoh pengajaran matematik juga
dibincangkan dalam buku ini. Penggunaan dan aplikasi teknologi dalam pengajaran
dan pembelajaran matematik turut disentuh selaras dengan era teknologi maklumat
dan keperluan pengajaran dan pembelajaran terkini di sekolah menengah.
Penerapan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) turut
dibincangkan berserta contoh penerapan kemahiran berfikir.
BAB
SATU: KURIKULUM MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH
1.
Perubahan
kurikulum matematik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh perubahan kurikulum
matematik yang berlaku di United Kingdom.
2.
Perubahan
kurikulum matematik mulai daripada penubuhan ‘Pejabat Karang Mengarang’, Projek
Khas, Program Matematik Moden, Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi Matematik Moden dan Matematik
Tambahan dan KBSM edisi Sekolah Bestari (1998 & 2000).
3.
Corak
perkembangan kurikulum pendidikan matematik di Malaysia adalah lebih sesuai
sekiranya di lihat perkembangan kurikulum matematik dalam dua era iaitu sebelum
dan selepas Perang Dunia Kedua.
Perkembangan
Kurikulum Matematik Sebelum Perang Dunia Kedua
a) Matematik
Sekolah Rendah
1.
Sebelum
tahun 1965, tidak terdapat sebarang kurikulum matematik yang digazetkan untuk
sekolah rendah.
2.
Penekanan
kandungan matematik adalah kepada kepada kemahiran asas mengira iaitu tambah,
tolak, darab dan bahagi dan kegunaan matematik dalam jual beli, timbang
menimbang, ukur mengukur yang perlu bagi kehidupan harian.
b) Matematik
Sekolah Menengah
1.
Di
sekolah menengah (Inggeris) pengajaran pembelajran matematik meggunakan sukatan
pelajaran matematik Cambridge “Alternative A” yang dibahagikan kepada bidang
aritmetik, aljabar dan geometri diajar secara berasingan.
2.
Pada
tahun 1945, Cambridge melaksanakan sukatan baru yang menyatukan ketiga-tiga
idang matematik dalam satu sukatan yang dikenali sebagai “Alternative B” yang
turut juga digunakan di sekolah menengah di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).
Perkembangan
Kurikulum Matematik Selepas Perang Dunia Kedua
1.
Kerajaan
Pusat Amerika Syarikat telah mengemukakan “National Defence Education Act of
1958”. Antara yang dibentangkan dalam akta tersebut adalah akta pendidikan yang
baru dalam program matematik, sains dan program penilaian di peringkat sekolah
rendah (Taba, 1922).
2.
Antara
program matematik yang dicadangkan ialah “School Mathematics Study Group
(SMSG)”. Program ini telah menghadapi banyak kritikan berhubung isu kandungan
kurikulum berkenaan.
3.
Pada
November 1959, satu seminar matematik diadakan di Rayaumont dan beberapa projek
matematik telah dilaksanakan ekoran seminar tersebut. Antaranya ialah
“Secondary School Mathematics Curricullum Improvement Study (SSMCIS)”
4.
Negara
Britain turut merasai desakan untuk meninggikan mutu-mutu pendidikan matematik
dan sains. Jadi, beberapa projek ditubuhkan bagi menggubal kurikulum matematik
yang baru. Projelk pertama iaitu “School Mathematics Project (SMP)” ditubuhkan
pada tahun 1961.
5.
Terdapat
beberapa projek lain yang mengikut langkah SMP antaranya ialah “Scottish
Mathematics Group (SMG)”, “Nuffield Maths” dan “Midlands Mathematics
Experimant.”
Perkembangan
Kurikulum Matematik di Malaysia
1.
Pada
tahun 1964, Jawatankuasa Sains Asas (Advisory Committee on the Teaching of
Basic Sciences) telah ditubuhkan.
2.
Pada
tahun 1965, satu sukatan elajaran matematik yang telah digubal dan digazetkan
yang mengemukakan tiga perkara yang diangga baru iaitu:
i.
Tajuk-tajuk
yang belum pernah diajar sebelum 1965.
ii.
Perkembangan
tajuk-tajuk yang cuba disusun mengikut prinsip-prinsip psikologi kanak-kanak.
iii.
Arahan-arahan
yang meminta guru menggunakan pendekatan atau kaedah-kaedah yang sesuai dengan
perkembangan ilmu pendidikan.
3.
Pada
tahun 1968, Projek Khas telah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan denagn
tujuan meningkatkan mutu pelajaran matematik dan sains di sekolah-sekolah
rendah kebangsaan.
4.
Program
Matematik Moden bermula pada tahun 1970 melalui Projek Khas yang mana tahap
pertama program digubal berasaskan penyesuaian bahan kurikulum projek Scottish
Mathematics Group (SMG) manakala tahap kedua digubal berasaskan penyesuaian
bahan kurikulum projek School Mathematics Projects (SMP).
Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) – Edisi Sekolah Bestari
1.
Pada
tahun 1979, Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah
mengemukakan laporan menyeluruh berkaitan dengan sistem pendidikan Negara dan
kurikulumnya.
2.
Pada
tahun 1989, Kementerian Pendidikan telah menggubal semula kurikulum peringkat
menengah.
3.
Perubahan
berlaku dari Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) kepada KBSM berlaku pada
tahun 1998 adalah seperti:
·
Isi Kandungan
Ø
Isi
kandungan matematik KBSM dibahagikan kepada tiga bidang utama iaitu bidang
nombor dan operasi, bentuk dan ruang, dan perkaitan dan fungsi.
·
Pendekatan Pembelajaran
Ø
Matematik
KBSM menitikberatkan kebolehan penyelesaian masalah, pemikiran logik (kemahiran
berfikir) dan penerapan nilai-nilai murni.
·
Organisasi Kandungan Kurikulum
Ø
Kandungan
kurikulum matematik KBSM dihuraikan komponen iaitu pengetahuan, kemahiran dan
sikap da nilai.
Ø
KBSM
(1998) ini juga memberi penekanan kepada pembentukan sikap seperti tekun,
yakin, berfikiran global, teliti, bersistem dan berfikiran mantik di samping 16
nilai-nilai murni yang universal.
·
Aras Kemahiran Matematik
Ø
Tahap
kemahiran yang perlu dikuasai mengikut aras dalam pendidikan matematik iaitu
aras satu, aras dua dan aras tiga.
Ø
Aras
satu adalah kemahiran asas seperti mengira dan mengukur dan penyelesaian
masalah dan berkomunikasi secara langsung dan mudah.
Ø
Aras
dua adalah penguasaan kemahiran dan proses matematik sehingga peringkat
menghitung dan boleh menterjemahkan konsep matematik dalam bentuk pernyataan
dan penyelesaian masalah rutin sederhana kompleks.
Ø
Aras
tiga ialah penguasaan kemahiran dan proses matematik sehingga penyelesaian
masalah.
BAB
DUA: PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN.
1.
Seseorang
guru yang berkesan perlu memperuntukkan masa untuk membuat persediaan supaya
dapat menyampaikan isi kandungan dalam bentuk yang muda difahami oleh pelajar-pelajarnya.
2.
Kebolehan
guru merancang dengan baik merupakan satu kemahiran penting.
Perancangan
Jangka Panjang
Antara langkah-langkah yang boleh
diikuti adalah:
·
Memerhati Guru Yang Berpengalaman
Seseorang guru permulaan atau
guru pelatih hendaklah mendampingi guru-guru matematik yang berpengalaman di
sekolah dan jika diizinkan mengikuti beberapa sesi pengajaran guru-guru
tersebut.
·
Rancangan Pengajaran
Seseorang guru matematik harus
mahir dan faham tentang isi kandungan kurikulum matematik bagi tingkatan yang
akan diajarnya dan berusaha mendapatkan contoh-contoh rancangan pengajaran dan
aktiviti-aktiviti daripada buku-buku panduan mengajar matematik yang disediakan
oleh pihak-pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian.
·
Meneliti Buku Teks Dan Rujukan
Buku teks dan buku rujukan
merupakan sumber yang penting bagi mendapatkan idea untuk pengajaran
pembelajaran. Seseorang guru matematik yang berkesan selalunya sedar bahawa
pemilihan aktiviti-aktiviti dan contoh-contoh yang digunakan adalah berasaskan
kepada teori-teori pembelajaran Matematik.
·
Membuat Perancangan Pengajaran
Bagi Sesuatu Topik Atau Unit
Guru matematik perlu membuat
rancangan mengikut unik topik bagi melihat prespektif yang lebih luas terhadap
isi kandungan sesuatu tajuk atau bidang.
·
Latar Belakang Pelajar
Guru matematik perlu mengetahui
peringkat perkembangan kognitif setiap pelajar-pelajarnya. Guru perlu tahu sama
ada pelajar-pelajarnya berada pada peringkat konkrit atau peringkat formal.
·
Bahan Bantu Mengajar
Guru matematik perlu memilih dan
mengenal pasti tajuk-tajuk matematik yang memrlukan bahan bantu mengajar.
Perancangan
Jangka Pendek
Seseorang guru permulaan atau
guru pelatih perlu membuat persediaan mengajar harian, menentukan strategi dan
kaedah pengajaran dan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang sesuai, penilaian
serta penyediaan dan pengunaan bahan bantu mengajar. Antara aspek persediaan
pengajaran harian yang boleh dijadikan panduan oleh guru adalah seperti
berikut:
·
Rancangan Pengajaran Harian
Perancangan pengajaran adalah
perkara-perkara yang guru akan lakukan dan jangkaan tentang kemampuan pelajar
–pelajar dapat lakukan sepanjang pengajaran berlangsung. Berikut adalah
perancangan harian dalam pengajaran pembelajaran matematik:
a.
Matlamat
Dan Objektif
Matlamat
dan objektif sesuatu tajuk atau kemahiran selalunya dinyatakan dengan jelas
dalam huraian sukatan pelajaran. Matlamat merupakan hasrat untuk dicapai oleh
pelajar bagi sesuatu pengajaran, kursus atau program. Objektif pula merupakan
satu pernyataan yang lebih spesifik tentang apa yang pelajar boleh rasakan,
mengetahui, atau boleh lakukan.
b.
Pengkelasan
Objektif
Para
penyelidik selalunya membuat pengkelasan objektif pengajaran kepada tiga
kategori iaitu afektif, kognitif dan psikomotor.
i.
Objektif
afektif
Merujuk
kepada sikap atau perasaan
ii.
Objektif
kognitif
Merujuk
kepada kemahiran refleks dan konsep yang pelajar harus fahami
iii.
Objektif
psikomotor
Merujuk
kepada perkara-perkarayang pelajar lakukan secara fizikal.
c.
Perancangan
unit pengajaran
Unit
merupakan perancangan yang rapi mengandungi pengalaman pembelajaran untuk
mencapai beberapa matlamatdan objektif pembelajaran. Sesuatu unit pengajaran
boleh mengambil beberapa siri kelas atau pengajaran atau beberapa minggu
pengajaran pembelajaran untuk melengkapkannya.
Rancangan
Mengajar
1.
Bagi
memindahkan pengetahuan daripada guru kepada pelajar, persediaan bahan
pengajaran perlu interpretasikan dan dianalisis dengan teliti supaya
pengetahuan boleh disampaikan melalui demostrasi, contoh harian, penerangan dan
sebagainya.
2.
Seterusnya,
guru perlu memilih cara persembahan atau kaedah dan strategi yang bermakna,
aktiviti berpusatkan pelajar seperti kerja kumpulan, penyoalan, inkuiri
penemuan dan suasana bilik darjah yang sesuai.
3.
Bagi
aspek penilaian, kefahaman pelajar dinilai semasa dan selepas proses pengajaran
pembelajaran dan juga pada akhir pelajaran.
Penyoalan
dalam Matematik
1.
Seseorang
guru mestilah secara berterusan mempertingkatkan kemahiran penyoalannya yang
mana boleh memperkemaskan lagi keberkesanan pengajarannya.
2.
Antara
cara yang boleh diamalkan oleh seseorang guru matematik dalam mempertingkatkan
kemahiran penyoalan adalah:
Ø
Bahasa
yang mudah dan ringkas
Ø
Maksud
yang jelas dan tepat
Ø
Urutan
logik
Ø
Soalan
yang meransang usaha (motivasi)
Ø
Memelihara
minat pelajar
Sepuluh
Jenis Soalan Yang Harus Dielakkan
Jenis soalan yang harus dielakkan
oleh guru adalah:
1.
Soalan
berlapis
2.
Soalan
pelbagai
3.
Soalan
‘Elliptical’ (tak jelas)
4.
Soalan
fakta
5.
Soalan
ya-tidak (tekaan)
6.
Soalan
terarah
7.
Soalan
respon beramai-ramai
8.
Soalan
tidak dirancang
9.
Soalan
berpusatkan guru
10. Soalan kabur (ambiguous)
BAB
3: INTEGRASI TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN MATEMATIK
1.
Kementerian
Pendidikan Malaysia berhasrat menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai
‘sekolah bestari’.
2.
Justeru
itu, penggunaan teknologi sebagai alat untuk meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran dalam bidang sains, matematik teknologi dan teknologi dengan
mengambil kira keupayaan dan kebolehan semua pelajar serta memungkinkan
pembelajaran berlaku secara terarah dan akses kendiri mengikut kadar sendiri.
Sekolah
bestari
1.
Sekolah
bestari mengubah paradigma pengajaran pembelajaran serta kurikulum
2.
Sistem
pengurusan sekolah, system pentaksiran dan penilaian serta lain-lain komponen
pengurusan diubah supaya sesuai dengan arus perkembangan teknologi maklumat.
Komponen
Pengajaran Pembelajaran Sekolah Bestari
Tiga komponen utama telah dikenal
pasti dalam pelaksanaan sekolah bestari iaitu:
·
Pedagogi
Dalam aspek pedagogi, tumpuan
adalah untu mengoptimumkan potensi pelajar dan meningkatkan proses pembelajaran
dengan bimbingan guru dan bantuan teknologi.
·
Kurikulum
Pengintegrasian ilmu pengetahuan,
kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang tepat merentasi kurikulum diberi
penekanan.
·
Penilaian
Aspek penilaian diberi penekanan
yang lebih komprehensif iaitu melibatkan penilaian secara holistik, berdasarkan
unsur, merujuk kepada kriteria, berpusatkan pelajar, ‘on-line’, pelbagai
bentuk, pelbagai pendekatan, alat dan penilaian secara berterusan.
·
Bahan
Penggunaan bahan pengajaran
pembelajaran mengambil kira keperluan kurikulum dan pengajaran serta dapat
mencabar pemikiran.
Integrasi
Alat Teknologi Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik
1) Kalkulator
1.
Kalkulator
elektronik berkemampuan untuk melakukan penyelesaian matematik melibatkan
proses asas, fungsi memori, punca kua dua dan peratus.
2.
Antara
tujuan penggunaan kalkulator dalam pengajaran pembelajaran matematik adalah:
Ø
Alat
untuk memahami konsep matematik
Ø
Alat
untuk meneguhkan konsep matematik
Ø
Alat
pembelajaran penyelesaian masalah
Ø
Membuat
penyelesaian masalah matematik lebih realistic
Ø
Alat
bantuan dalam kursus matematik lanjutan
2) Kalkulator
Saintifik
1.
Kalkulator
saintifik didapati mempunyai kemampuan melakukan penyeesaian matematik tambahan
yang lebih kompleks seperti fungsi trigonometri, logaritma, sstatistik dan
kebarangkalian.
3) Kalkulator
grafik
1. Kalkulator grafik berkemampuan untuk melakukan
semua aspek yang boleh dilakukan oleh kalkulator saintifik serta mempunyai
kelebihan tambahan iaitu boleh memaparkan bentuk graf bagi fungsi-fungsi
aljabar, fungsi trigonometri, fingsi selanjar dan tidak selanjar dalam bentuk
koordinat segi empat atau parametrik.
4) Komputer
1. Kebolehan untuk menyimpan dan mendapatkan
kembali maklumat dan himpunan-himpunan data yang besar dengan cepat menjadikan
komputer sebagai satu alat yang penting dalam aktiviti harian.
Integrasi
Komputer Dalam Pndidikan Matematik
·
Penggunaan
computer bukanlah bertujuan untuk mengambil alih peranan guru dalam bilik
darjah.
·
Komputer
boleh membimbing pelajar melalui perkembangan tajuk-tajuk matematik.
·
Penggunaan
komputer secara lebih berkesan dalam pengajaran pembelajaran di sekolah dibuat
melalui lima mod iaitu:
ü
Mod
tutorial
ü
Mod
sokongan
ü
Mod
resos
ü
Mod
penemuan dan kawalan
ü
Mod
perhubungan
ü
Aplikasi
Perisian Geometer’s Sketchpad Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik
·
Geometer’s
sketchpad adalah dinamik dalam persekitaran geometri.
·
Dengan
sketchpad kita boleh menkonstruk pelbagai bentuk yang mengkagumkan.
Aplikasi
Perisian Microsoft Excel Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik (Disumbang
Oleh En. Sulaiman Sarkawi)
·
Microsoft
Excel adalah perisian yang menggunakan tetingkat (window) untuk membantu
hamparan elektronik dengan adanya tambahan antaramuka grafik dan keupayaan
penerbitan hamparan kerja.
·
Ini
adalah kerana Microsoft Excel boleh dijadikan mesin pengira seperti penambahan,
penolakan, pendaraban, penolakan dan pembahagian serta banyak formula yang
tersedia di dalamnya untuk topik-topik tertentu selain daripada mampu untuk
memanipulasikan teks yang dimasukkan.
Penggunaan
Internet Dan World Wide Web (www) Atau Ruang Siber Dalam Pengajaran
Pembelajaran Matematik
·
Ruang
siber atau World Wild Web (www) merupakan medan manusia saling berhubung
melalui computer dan sistem telekomunikasi tanpa mengira sempadan geografi.
·
Ruang
siber atau www telah digunakan secara meluas dalam berbagai bidang seperti
pendidikan, perdagangan, pelancongan, perkhidmatan dan lain-lain lagi.
·
Antara
ciri-ciri yang perlu ada dalam pedagogi pengajaran pembelajaran yang
menggunakan www adalah:
ü
Bahan
pengajaran
ü
Interaksi
ü
Mahir
menggunakan teknologi computer
ü
Penilaian
BAB
4: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATEMATIK
Bab ini membincangkan tentang
penerapan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran
pembelajaran matematik. Beberapa contoh dan aktiviti penerapan KBKK dalam
pengajaran pembelajaran ditunjukkan secara jelas sebagai panduan kepada
guru-guru dalam usaha menerapkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
(KBKK).
Definisi
Berfikir
·
Som
& Mohd Dahalan (1997) merumuskan berfikir sebagai proses menggunakan minda
untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai
kemungkinan dan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan
metakognitif terhadap proses yang dilalui.
Mengapa
Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif
Antara sebab-sebab KBKK perlu
diajar di sekolah secara eksplisit adalah:
·
Mengelakkan
kesilapan berfikir
·
Memupuk
pemikiran yang baik dan berkesan
·
Penekanan
KBSM – sekolah Bestari
Kemahiran
Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif
·
Kemahiran
berfikir boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu kemahiran berfikir
secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif.
·
Kedua-dua
kemahiran berfikir ini melalui dua proses berfikir iaitu membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.
Strategi
Pengajaran Pembelajaran KBKK
·
Terdapat
dua strategi pengajaran pembelajaran KBKK dalam bilik darjah iaitu secara
terpisah dan secara penyebatian
Ø
Secara
terpisah
Pengajaran
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif secara terpisah diajar secara
bersendirian dan isi kandungan mata pelajaran tidak dibincangkan sama sekali.
Ø
Secara
penyebatian
§
Strategi
pengajaran ini melibatkan pengajaran KBKK dibuat bersama-sama dengan isi
kandungan mata pelajaran.
§
Penyebatian
KBKK dan isi kandungan disampaikan dengan dua cara iaitu penyebatian penuh dan
penyebatian separa.
Contoh
Dan Aktiviti Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dalam Matematik
Terdapat beberapa contoh atau
aktiviti bagi kemahiran berfikir secara kritis yang dicadangkan oleh penulis
yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran pembelajaran matematik antaranya:
Ø
Membanding Dan Membaca
§
Membanding
dan membeza merupakan kemahiran berfikir yang memerlukan kita mengenal pasti persamaan
dan perbezaan antara dua objek, peristiwa, organisma, idea-idea, situasi yang
berdsarkan kepada aspek-aspek tertentu.
Ø
Membuat Kategori
§
Kemahiran
membuat kategori merupakan kemahiran berfikir yang membolehkan kita
mengelompokkan maklumat atau objek ke dalam kumpulan atau kelas tertentu
mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan.
Ø
Membuat Inferens (Pentakbiran)
§
Kemahiran
berfkir membuat inferens adalah kemampuan menggunakan minda unuk membuat
kesimpulan berdasarkan maklumat, bukti, petanda-petanda dan pola-pola tertentu.
Ø
Meneliti Bahagian-Bahagian Kecil
Dan Keseluruhan
§
Kemahiran
berfikir ini adalah keupayaan melihat dan memahami perhubungan, perkaitan,
kepentingan dan pertalian antara bahagian-bahagian kecil dengan keseluruhan sesuatu
objek, perkara atau masalah dengan lebih jelas.
Ø
Membuat Urutan
§
Kemahiran
berfikir ni melibatkan penyusunan satu set nilai mengikut kriteria yang
ditetapkan. Dalam matematik, nilai-nilai yang disusun merupakan nilai berangka
yang menunjukkan sesuatu magnitud.
Contoh
Atau Aktiviti Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Alam Matematik
Ø
Mencipta Analogi
§
Kemahiran
berfikir ini merupakan kenyataan yang dicipta daripada perbandingan antara satu
sama lain berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan untuk menyatakan maksud
tertentu.
Ø
Menjana Pelbagai Kemungkinan
§
Kemahiran
berfikir ini merupakan satu kemahiran menghasilkan idea-idea baru yang dapat
digunakan untuk menghasilkan ciptaan atau menyelesaikan sesuatu masalah.
ULASAN
KESELURUHAN BAB SECARA RINGKAS
Keseluruhannya, Teori dan
Perkaedahan Pendidikan Matematik Siri 2 ini bermatlamat dalam memberi
pendedahan kepada bakal-bakal guru matematik dan guru-guru terlatih tentang:
Ø
Perkembangan Kurikulum Matematik
Sebelum Dan Selepas Perang Dunia Kedua.
Perubahan-perubahan yang berlaku
dalam kurikulum di Malaysia kebanyakannya dipengaruhi oleh perubahan kurikulum
di England. Perkembangan kurikulum matematik sebelum perang dunia kedua bagi
matematik sekolah rendah hanya di ajar menggunakan risalah-risalah panduan yang
dikeluarkan oleh ‘Pejabat Karang Mengarang, Jabatan Pelajaran Persekutuan Tanah
Melayu, Kuala Lumpur’, dan kemudiannya dicetak dalam bentuk buku panduan untuk
guru. Bagi matematik sekolah menengah di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), sukatan pelajaran berasaskan
sukatan ‘Alternative B’ yang diasaskan oleh Cambridge telah digunakan.
Ø
Perkembangan Kurikulum Matematik
Di Malaysia.
Segala perubahan yang berlaku di
luar negara seperti di Amerika Syarikat, Britain dan Eropah turut dirasai di Malaysia.
Pelbagai langkah positif telah diatur bagi merombak semula kurikulum matematik
dan sains di sekolah-sekolah supaya sesuai dengan keadaan semasa. Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperakui dengan pengukuhan pendidikan asas
bermula dari kurikulum sekolah rendah dan pendidikan umum lebih sesuai kepada
murid-murid yang akan bekerja dan menyambung pengajian peringkat yang lebih
tinggi.
Ø
Perancangan Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik Bagi Jangka Panjang Dan Jangka Pendek.
Pengajaran merupakan satu seni
yang yang sukar diterjemahkan di atas kertas secara jelas. Setiap hari guru
membuat keputusan tentang bagaimana untuk menyampaikan pengajarannya.
Perancangan yang baik mengambil kira aktiviti-aktiviti yang dijangkakan akan
berlaku dalam bilik darjah, pemantauan dan refleksi tentang pengajaran dan
pembelajaran. Perancangan jangka panjang boleh diaplikasikan oleh guru
permulaan dan guru pelatih untuk mengajar pada sesuatu semester atau semasa
menjalani praktikum. Manakala perancangan jangka pendek doleh dilakyukan oleh
guru pelatih dalam membuat persediaan mengajar harian.
Ø
Perancangan Pengajaran Bagi Unit
Pengajaran dan Rancangan Mengajar.
Unit pengajaran ialah perancangan
rapi yang mengandungi pengalaman pembelajaran untuk mencapai beberapa matlamat
dan objektif pembelajaran. Satu unit pengajaran mengandungi beberapa rancangan
pengajaran harian yang disusun berturutan bagi mencapai matlamat dan objektif
unit. Dalam usaha mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran matematik,
berbagai cadangan disyorkan oleh pendidik dan penyelidik pendidikan matematik
di seluruh dunia. Antara syor tersebut adalah penggunaan model-model pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai seperti Model Shulman.
Ø
Teknik Penyoalan Dalam Matematik
Kemahiran seseorang guru dalam
mengemukakan penyoalan yang baik semasa pengajaran dan pembelajaran dapat
menggalakkan pembelajaran aktif dalam kalangan pelajar. Dalam pengajaran, enam
jenis penyoalan (Bloom’s Taxanomy) dititikberatkan iaitu pengetahuan,
pemahaman, aplikasi, analisis, sentisis dan penilaian. Keenam-enam jenis soalan
ini tidak mempunyai kepentingan atau kekerapan penggunaan yang sama dalam
pengajaran. Guru Matematik didapati sering membuat kesilapan semasa membuat
perbincangan dalam penyelesaian masalah matematik. Guru seharusnya memberi
banyak peluang kepada kepada pelajar mengemukakan soalan dan gunakan soalan
yang diajukan oleh pelajar-pelajrnya untuk memperkembangkan idea-idea tertentu
yang bersesuaian.
Ø
Penggunaan Dan Aplikasi Teknologi
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik
Dalam konteks Malaysia,
pendidikan interaktif dapat dijayakan dengan wujudnya Koridor Raya Multimedia
(MSC). MSC merupakan asas utama kepada perkembangan teknologi maklumat
negara. Dengan kemajuan dalam bidang
teknologi, kurikulum sekolah telah disusun semula serta amalan pengajaran dan
pembelajaran disesuaikan serta diperkemaskan lagi dengan mengambil kira
keupayaan pelajar yang pelbagai. Penggunaan komputer bukanlah bertujuan untuk
mengambil alih peranan guru dalam bilik darjah, tetapi digunakan sebagai
bimbingan kepada pelajar terhadap pekembangan tajuk-tajuk matematik. Guru-guru
hendaklah berkemampuan untuk memilih mod-mod penggunaan komputer yang sesuai
dalam pengajaran dan pembelajarannya. Antara mod yang berkesan dalam pengajaran
dan pembelajaran di sekolah dengan menggunakan komputer adalah mod tutorial,
mod sokongan, mod resos, mod penemuan dan kawalan dan mod perhubungan.
Ø
Penerapan Kemahiran Berfikir
Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK)
Bagi mencapai hasrat yang
tercatat dalam Wawasan 2020 dan aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia (MSC),
sistem pendidikan di Malaysia tidak hanya menekankan kepada 3M (membaca,
menulis dan mengira) sahaja malah turut diberi penguasaan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif (KBKK), kemahiran saintif dan kemahiran teknologi.
Pemikiran yang baik bergantung kepada pemikiran pengurusan pemikiran yang baik.
Bagi mencapai hasrat tersebut, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
perlu dipupuk melalui pendidikan di sekolah. KBKK hendaklah diterapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran dengan strategi yang tertentu supaya dapat
menggalakkan pelajar berfikir serta menguasai isi kandungan pelajaran yang
hendak disampaikan.
Secara keseluruhannya, buku ini
memberi keterangan yang jelas kepada para bakal guru matematik dan guru
terlatih dalam memahami dengan lebih mnedalam mengenai kurikulum matematik dan
teori atau kaedah sesuai digunapakai sewaktu pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Cara atau kaedah perancangan pengajaran yang rapi dan tersusun turut
dikupas di dalam buku ini. Penekanan terhadap strategi pengajaran jangka pendek
dan strategi pengajaran jangka panjang turut ulas di dalam buku ini yang mana
amat berguna kepada para bakal guru matematik dan guru pelatih.
PANDANGAN
SECARA RINGKAS MENGENAI BUKU
1. Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menegah (KBSM)
Selaras
dengan perakuan-perakuan Jawatankuasa Kabinet dan pembentukan Falsafah
Pendidikan Negara yang digubal pada tahun 1987 yang bertujuan untuk memantapkan
hala tuju serta matlamat pendidikan negara dalam melahirkan bangsa yang maju,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal semula kurikulum peringkat
sekolah menengah terutamanya dalam bidang sains dan matematik. Kurikulum KBSM
yang digubal menitikberatkan kebolehan penyelesaian masalah, pemikiran logik
dan penerapan nilai-nilai murni. Disebabkan buku ini diterbitkan pada tahun
2001, penulis telah menekankan mengenai kurikulum KBSM dengan terperinci. Namun
begitu, KBSM telah digubal semula selaras dengan perkembangan terkini dan KSSM
telah digunapakai dalam kurikulum sekolah menengah.
2. Perancangan
Untuk Pengajaran
Seseorang
guru terutamanya guru permulaan atau guru pelatih Matematik hendaklah membuat
perancangan rapi bagi menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bentuk yang
mudah difahami oleh pelajar. Perancangan yang boleh dibuat oleh guru pelatih
atau guru permulaaan adalah perancangan jangka panjang dan perancangan jangka
pendek. Perancangan jangka panjang merupakan perancangan susunan kerja untuk
satu semester atau semasa menjalani praktikal dan tahunan. Manakala,
perancangan jangka pendek melibatkan persedian mengajar harian dan mingguan.
Melalui perancangan untuk pengajaran ini, seseorang guru dapat menyampaikan
pengajarannya dengan berkesan.
3. Rancangan
Mengajar Matematik
Buku
ini membincangkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran Model Shulman yang
mana mengikut model ini, pengajaran melibatkan enam peringkat iaitu peringkat
kefahaman sedia ada, transformasi, pengajaran, penilaian, renungan dan
kefahaman baru. Mengikut model Shulman, guru permulaan dan guru pelatih tidak
sepatutnya diarah mengajar mengikut cara-cara tertentu tetapi mereka perlu
dilatih untuk menaakul dan menguasai pemindahan pengetahuan serta kefahaman
tentang isi kandungan pengajaran kepada pelbagai bentuk yang membolehkan
pelajar belajar dengan berkesan. Namun begitu, terdapat pelbagai model
pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunapakai oleh para guru pelatih dan
guru permulaan yang mana mempunyai pelbagai peringkat yang boleh diterapkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah Model Pengajaran Sim
dan Model Assure.
4. Sekolah
Bestari
Berikutan
kemajuan dalam bidang teknologi, kurikulum sekolah telah disusun semula serta
amalan pengajaran dan pembelajaran disesuaikan berdasarkan keupayaan pelajar
yang pelbagai. Buku ini telah memfokuskan kepada sekolah bestari yang mengubah
paradigma pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum. Sekolah bestari
merupakan salah satu aplikasi perdana yang penting. Antara lain kurikulum
sekolah ini mengambil kira kebolehan setiap pelajar di mana pelajar yang
cemerlang boleh mengikuti kandungan sukatan pelajaran yang lebih tinggi dan
kompleks sementara pelajar yang lemah akan meneruskan segala aktiviti
pembelajaran hingga mereka bersedia untuk mempelajari kandungan yang lebih
tinggi. Kurikulum sekolah bestari ini merupakan satu kurikulum yang boleh
meningkatkan keupayaan pelajar terhadap kemajuan teknologi yang sedang
meningkat kini.
5. Integrasi
Komputer Dalam Pendidikan Matematik
Penggunaan
komputer sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran boleh membimbing pelajar
mendalami tajuk-tajuk di dalam mata pelajaran Matematik. Pemilihan penggunaan
bahan ini dalam kurikulum sekolah hendaklah diawasi keberkesanannya di mana
ianya hendaklah digunakan sebagai pelengkap kepada pengajaran guru dan
bukannnya untuk menggantikan guru semasa pengajaran. Buku ini menerangkan
dengan lebih terperinci penggunaan perisian komputer dalam mata pelajaran
matematik. Antara perisian yang digunakan adalah perisian Geometer’s Sketchpad
iaitu perisian untuk meneroka geometri secara dinamik. Selain itu, buku ini
juga menerangkan dengan lebih terperinci mengenai aplikasi perisian Microsoft
Excel bagi memproses data yang melibatkan operasi aritmatik.
RUJUKAN
Noor Shah Saad (2001). Teori Dan Perkaedahan Pendidikan Matematik.
Petaling Jaya, Selangor. Prentice Hall.