NUR ASYATULMAILA BINTI MOHAMAD
ASRI
M20151000721
M. Edu (Mathematics)
PERBINCANGAN/ PANDANGAN MENGENAI
ISU KAEDAH PENGAJARAN GURU
1. Penggunaan
bahan bantuan mengajar.
Bahan
bantuan mengajar perlu disediakan awal oleh guru sebelum sesi pembelajaran dan
pengajaran dijalankan. Bahan bantuan ini perlulah menggunakan bahan yang boleh
menarik minat pelajar untuk lebih fokus semasa sesi pembelajaran dan pengajaran
berlangsung. Sebagai contoh, penggunaan kertas yang berwarna-warni dan
mempunyai pelbagai bentuk untuk dijadikan contoh dalam topik geometri.
2. Pembelajaran
berpusatkan murid.
Melalui
strategi ini, guru hendaklah memastikan murid belajar dan menimba pengetahuan
mereka sendiri melalui aktiviti yang dilakukan. Melalui kaedah ini, penglibatan
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan. Selain itu,
kaedah ini juga boleh meningkatkan kemahiran berfikir, menambahkan keyakinan
diri, menggalakan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat berdasarkan
topik yang dibincangkan. Namun begitu, terdapat juga kekangan dalam
mempraktikkan kaedah ini, antaranya ialah guru akan berhadapan dengan pelajar
yang suka bercerita dan menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran kurang
berkesan. Disini, guru memainkan peranan untuk mengawal pelajar agar sesi
pembelajaran tidak didominasi oleh segelintir pelajar sahaja.
3. Pengajaran
melalui perbincangan secara berkumpulan.
Perbincangan
secara berkumpulan boleh dilakukan untuk menjawab latihan yang diberikan oleh
guru semasa berada di dalam kelas. Perbincangan secara berkumpulan ini harus
menggabungkan pelajar yang lemah dan pelajar yang mahir. Ini untuk memastikan
pelajar yang lemah tidak ketinggalan dalam sesi perbincangan yang mana
sekiranya mereka tidak memahami sesuatu soalan yang sedang dibincangkan,
pelajar yang lemah tersebut boleh terus bertanya kepada rakan mereka yang lebih
mahir. Hal ini kerana, pelajar kadang-kala malu untuk bertanya dengan guru,
malahan mereka lebih selesa untuk bertanya kepada rakan mereka sahaja. Melalui
perbincangan ini juga, kita akan dapat lihat idea-idea kreatif pelajar yang
mengikut imaginasi kefahaman mereka terhadap sesuatu tajuk tersebut.
4. Pengajaran
secara penggunaan bahan atau peralatan yang dekat dengan pelajar.
Penggunaan
alatan atau bahan yang dekat dengan pelajar yang mana barang yang selalu
pelajar gunakan atau lihat dalam aktiviti harian mereka untuk menerangkan
sesuatu topik akan menjadikan pelajar lebih memahami perkara yang dibincangkan
oleh guru di dalam kelas. Hal ini kerana, pembelajaran yang dikaitkan dengan
aktiviti harian akan memudahkan pelajar untuk
membayangkan sesuatu konsep atau perkara yang dibincangkan oleh guru di
dalam kelas dan mengetahui bagaimana perkara tersebut berlaku. Kadang-kala,
pelajar akan bercerita semula kepada rakan-rakan atau ibu bapa mereka mengenai
topik tersebut dan mengaitkannya dengan contoh yang diberikan oleh guru ketika
sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
5. Pembelajaran
di luar bilik darjah
Kadang-kala,
pelajar akan mudah berasa bosan sekiranya mereka hanya melakukan sesi
pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah sahaja. Jadi, untuk
memastikan minda pelajar mengenal benda baharu, sesi pembelajaran yang
selalunya berlangsung di dalam kelas boleh di ubah ke luar kelas. Dengan ini
sesi pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan memudahkan pelajar untuk bebas
bergerak ketika sesi aktiviti yang memerlukan pergerakan yang banyak dilakukan.
Guru pula harus memainkan peranan yang penting dalam mengawal pelajar agar
tumpuan mereka tidak tergnggu dengan unsur-unsur atau kejadiam-kejadian luar
selain sesi pembelajaran mengenai sesuatu topik dengan cara sentiasa melibatkan
pelajar dalam aktiviti pembelajaran yang dilakukan.
6. Pembelajaran
melalui penilaian secara lisan dan membuat rumusan mengenai sesi pembelajaran.
Pembelajaran
secara lisan boleh dilakukan semasa sesi awal pengajaran dan pembelajaran
berlangsung yang mana guru boleh memanggil pelajar untuk memberikan pendapat
awal mengenai apa yang mereka faham terhadap sesuatu topik yang akan
dibincangkan secara mata kasar. Melalui pendapat pelajar ini, guru boleh
menambahkan pendapat mereka dengan mengaitkan topik yang akan di ajar. Sebelum
tamat sesi pembelajaran dan pengajaran pula, guru boleh bertanyakan kepada
pelajar mengenai apa yang mereka faham terhadap topik yang dibincangkan. ini
boleh membantu pelajar mengingat semula aktiviti yang dilakukan semasa sesi
pembelajaran berlangsung dan dapat menterjemahkan aktiviti tersebut mengikut
kefahaman mereka.
No comments:
Post a Comment