NOR SHAHEERA BINTI ISMAIL
M20151000760
ULASAN TENTANG PENGGUNAAN
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pembekalan keperluan ICT yang tidak berkualiti.
Keperluan ICT perlulah mengikut standard Kementerian
Pendidikan Malaysia bagi mengelakkan masalah-masalah yang tidak diingini
berlaku. Pihak KPM harus berhati-hati dalam pemilihan pembekal untuk keperluan
ICT di sekolah. Mutu peralatan ICT yang rendah boleh mengganggu proses
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaupun pihak KPM telah
melantik juruteknik komputer di setiap daerah, namun masalah ini masih tidak
dapat diselesaikan. Selain itu, komputer hendaklah diletakkan ditempat yang
sesuai dan boleh digunakan oleh semua orang termasuk guru dan pelajar-pelajar
sekolah.
Bilangan komputer di sekolah jauh lebih rendah
daripada bilangan pelajar.
Sesetengah sekolah kita dapati bahawa bilangan pelajar
lebih ramai berbanding dengan bilangan komputer yang dibekalkan oleh KPM yang
menyebabkan pelajar terpaksa berkongsi dalam menggunakan komputer. Justeru itu,
kebiasaannya penggunaan ICT dalam pengajaran hanya terfokus kepada sesuatu mata
pelajaran sahaja dalam masa-masa tertentu sahaja. Walaupun hampir semua sekolah
sudah dibekalkan dengan komputer secara menyeluruh, namun pelajar tidak dapat
akses kepada komputer secara menyeluruh terutamanya di sekolah pedalaman yang
mempunyai masalah pengaksesan.
Persepsi guru terhadap kepentingan komputer
Walaupun ramai guru sudah bersedian dengan perubahan
yang disarankan oleh kerajaan tentang penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran, namun ramai guru masih menggunakan kaedah konvensional relevan
dengan sistem peperiksaan. Guru ini lebih suka memfokuskan kepada isi kandungan
dan kemahiran yang akan dinilai di dalam peperiksaan. Pelajar dilatih untuk
mengingati model soalan dan jawapan dalam peperiksaan. Guru ini akan memberikan
latihan secara berterusan sehinggan mengabaikan kaedah pengajaran dengan
menggunakan ICT.
Peranan dan sikap pengetua di sekolah.
Kita sudah sedia maklum bahawa pengetua merupakan
ketua dalam sesuatu organisasi di sekolah yang menjadi panduan setiap warga
yang berada di sekolah tersebut. Pengetua atau pentadbiran adalah penggerak
yang boleh memotivasikan setiap guru supaya mempunyai misi dan objektif yang
sama dalam meningkatkan kualiti pendidikan sekolah. Ketidak prihatinan mereka
inilah yang boleh menyebabkan organisasi pendidikan ketinggalan.
Penyalahgunaan makmal komputer dan internet percuma.
Di alam era globalisasi kini, kita tidak terlepas
dengan medan sosial seperti muka buku,
twiter, Myspace dan sebagainya. Guru-guru dan pelajar didapati menyalahgunakan
kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dengan melayari laman-laman web yang
tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran mereka. Hal ini boleh
menyebabkan peningkatan jenayah internet yang sukar untuk dikawal. Memandangkan
internet merupakan keperluan utama, amatlah tidak wajar untuk melarang mereka
untuk menggunakannya tetapi mestilah dipantau oleh guru-guru yang bertugas
memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran banyak melibatkan penggunaan
internet dalam mencari bahan-bahan yang diperlukan. Selain itu, nilai-nilai
murni haruslah diterapkan dalam minda pelajar bagi mengelakkan masalah ini
daripada bertambah teruk.
No comments:
Post a Comment