Wednesday, 23 December 2015

ISU 5: ULASAN ATAU PANDANGAN TENTANG VIDEO “TEACHING APPROCH”

ULASAN DAN PANDANGAN OLEH :

NOR SHAHEERA BINTI ISMAIL
M20151000760
ULASAN ATAU PANDANGAN TENTANG VIDEO “TEACHING APPROCH”

(1) Teknik pengajaran guru yang berkesan

Melalui pandangan video yang telah dilihat, setiap guru mempunyai gaya, teknik serta kebolehan yang berbeza-beza bergantung kepada personaliti, pengalaman dan latihan yang diterima. Pengajaran yang sempurna menghasilkan pembelajaran yang bermakna seperti mana yang diharapkan oleh pihak sekolah. Satu kelemahan guru matematik adalah kurang memberi perhatian dan bimbingan kepada individu kerana bilangan pelajar didalam kelas terlalu ramai ataupun faktor-faktor lain. Keberkesanan guru yang mengajar akan menarik minat pelajar untuk mencintai mata pelajaran matematik.

(2) Komunikasi pelajar antara pelajar.

Pelajar boleh bertukar-tukar pandangan dan pendapat mereka tentang sesuatu perkara melalui sesi perbincangan dan perbualan bagi menghasilkan banyak peluang untuk menghurai, membuat justifikasi serta berkongsi cara dan idea antara satu sama lain. Melalui pertukaran pandangan ini, setiap pelajar akan memberi pandangan mereka sendiri mengikut tahap perkembangan kognitif pelajar yang mereka lalui sebelum ini. Di samping itu juga, cara ini juga dapat melatih pelajar supaya yakin dalam setiap hujah yang disampaikan.

(3) Penglibatan aktif pelajar

Soal jawab yang mencabar merupakan cara yang berkesan untuk merangsang pemikiran dan perbincangan dan membolehkan pelajar terlibat dalam komunikasi di dalam kelas. Hal ini  akan membuatkan pelajar sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Setiap aktiviti yang dianjurkan oleh guru akan melibatkan semua pelajar yang telah dibahagikan tugas-tugas oleh ketua seperti mencatat, merekod, mengambil bahan dan sebagainya. Pemindahan dan penerimaan maklumat hanya akan berlaku melalui penglibatan pelajar yang aktif. Selain itu juga, penglibatan pelajar ini juga mengelakkan pelajar berasa mengantuk dalam kelas. Kegiatan-kegiatan di bilik darjah mempunyai matlamat yang jelas untuk membangunkan potensi kreativiti pelajar-pelajar. Suasana dan pendekatan kreatif akan membentuk pelajar-pelajar menjadi kreatif dan inovatif. Kebolehan bagi menghasilkan pembelajaran yang bermutu tinggi wujud daripada penglibatan aktif dan daya kretiviti yang mendapat tempat yang utama dalam perkembangan pelajar.

 (4) Penggunaan alat bantu mengajar (ABM)

Penggunaan alat bantu mengajar merupakan daripada usaha guru bagi menjamin pemeolehan pengetahuan dan kemahiran oleh pelajar. Ini merupakan tambahan kepada penyampaian isi pengajaran secara lisan oleh guru, penggunaan alat bantu mengajar juga memberi peluang kepada pelajar memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria seperti deria penglihatan (carta, foto, OHP), deria sentuh (specimen, model) dan deria penglihatan serta pendengaran (televisyen, radio, pita rakaman, komputer). Fungsi utama ABM adalah untuk memudahkan lagi kefahaman pelajar dalam isi pengajaran dan boleh mengaplikasikan dalam kehidupan harian. Pemilihan ABM adalah penting kerana sejauh mana alat berkenaan dapat  memberi manfaat kepada guru dan pelajar.

(5) Penilaian Proses Pengajaran  dan Pembelajaran

Penilaian merupakan komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan utama penilaian ini adalah untuk memastikan tercapainya semua objektif pengajaran yang dirancang. Penilaian ini akan melibatkan dua pihak iaitu (1) guru yang menyampaikan pengetahuan dan kemahiran  dan (2) pelajar yang menerima pengetahuan dan kemahiran daripada penyampaian guru tersebut. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran oleh pelajar bergantung kepada kecekapan guru melaksanakan proses pengajaran termasuk mengamalkan teknik- teknik penilaian yang betul dan berkesan.

(6) Pertuturan dan Gestur yang berkesan

Suara adalah aset penting yang dimiliki oleh guru dan haruslah digunakan secara bijaksana bagi mencapai kesan paling optimum. Guru mestilah memastikan suaranya cukup kuat dalam proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Hal ini kerana, sekiranya guru mempunyai suara perlahan ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar mengikut pelajaran terutama pelajar-pelajar dibahagian belakang kelas. Sebaliknya suara yang terlalu kuat menjadi gangguan pula kepada pelajar-pelajar di bahagian hadapan kelas dan secara tidak langsung akan mengganggu perjalanan kelas-kelas lain yang berhampiran. Selain pertuturan yang berkesan, mimic muka serta gestur iaitu pergerakan bahagia-bahagian tertentu badan guru dapat memperkukuhkan mesej yang disampaikan oleh guru. Namun begitu, perubahan mimic muka dan penggunaan gestur tidaklah boleh dilakukan secara keterlaluan kerana tindakan sedemikian menyebabkan guru menjadi bahan ketawa atau ejekan pelajar.

No comments:

Post a Comment