ULASAN DAN PENDAPAT OLEH:
NOR SHAHEERA BINTI ISMAIL
M20151000760
ULASAN TENTANG ISU YANG BERKAITAN DENGAN STANDARD PENGAJARAN
PROFESIONAL
1. GURU MENGAJAR BUKAN OPSYEN
Seharusnya sebagai guru yang mendidik anak bangsa, sikap memilih tidak seharusnya wujud
dalam diri seorang pendidik. Seorang guru seharusnya ikhlas dalam mendidik anak bangsa
walaupun bukan subjek yang sepatutnya diajar oleh guru tersebut. Sekiranya guru tersebut
mendapat subjek bukan opsyen, guru tersebut seharusnya berusaha memahami subjek yang akan
diajar agar pelajar tidak berasa kecewa dengan pengajaran guru tersebut. Sikap guru yang
mengajar sambil lewa tidak seharusnya terjadi kerana mereka ini beranggapan subjek tersebut
bukan subjek yang dipelajarinya semasa di universiti. Isu ini biasanya berlaku di sekolah
pedalaman , dimana pengagihan guru yang tidak mengikut opsyen diperlukan di sekolah
tersebut. Hal ini akan menyebabkan pengetahuan guru tentang subjek yang diajar kurang dan
guru tersebut kurang keyakianan dalam mengajar subjek bukan opsyen mereka menyebabkan
profesionalisme tidak akan tercapai.
2. GURU TIDAK MEMBUAT PERSEDIAAN YANG LENGKAP UNTUK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP)
Kesediaan guru dalam PDP penting kerana ini akan memudahkan guru untuk mengikut silibus
yang telah dirangka oleh mereka semasa mengajar. Ketidaksediaan guru ini menyebabkan latihan
yang dibekalkan oleh guru kepada pelajarnya tidak mengikut aras pembelajaran. Hal ini terjadi
kerana latihan diambil terus dari buku latihan tanpa guru tersebut menyemak terlebih dahulu
latihan yang ingin diberikan kepada pelajarnya sesuai atau tidak untuk tahap mereka. Bagi mengelakkan hal ini berlaku, guru perlulah bijak dan kreatif dalam pemilihan latihan untuk
pelajar dan perlu membuat persedian awal bagi mengelakkan pengajaran guru terganggu.
3. TAHAP PEDAGOGI GURU YANG RENDAH
Sesetengah guru tahap penguasaan pedagogi mereka rendah dalam mata pelajaran yang diajar.
Inisiatif guru iru sendiri untuk meningkatkan tahap pengajaran mereka itu kurang kerana mereka
beranggapan mengajar adalah satu kerja mereka dan sifat kecenderungan untuk memperlihatkan
pelbagai teknik dan cara mengajar tidak dipraktikkan.
4. PENGAJAR GURU TIDAK SESUAI DENGAN GAYA PEMBELAJARAN
MURID
Untuk menjadi seorang guru yang professional, sikap prihatin guru terhadap pelajarnya harus
dititik beratkan. Guru perlu tahu tahap pemikiran pelajar dengan peringkat umur mereka untuk
mereka lebih memahami apa yang disampaikan oleh guru dapat diterima dalam diri mereka.
Ramai guru yang menggunakan teknik chalk and talk dan ini akan menyebabkan pelajar cepat
bosan lalu fokus mereka terhadap pembelajaran mereka akan hilang.
5. GURU TIDAK BERSEDIA DENGAN PERUBAHAN SISTEM
Dengan perubahan sistem yang telah ditetapkan oleh kerajaan boleh menyebabkan tugas guru
tersekat dan menyebabkan guru akan berada dalam keadaan tidak bersedia dengan perubahan
sistem yang baru ini. Perubahan sistem pendidikan PPSMI, MBMMBI, KSSR, KSSM
memerlukan kesediaan guru bagi mempersiapkan diri mengaplikasikan sistem baru ini untuk
menjadi lebih mantap. Kurang kesediaan dari guru tersebut boleh menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan kerana pelajar kurang memahami
pengajaran yang diajar oleh guru tersebut. Hal ini menyebabkan keputusan pencapaian pelajar
menurun dengan sikap guru yang tidak bersedia dengan perubahan sistem yang dijalankan oleh
kerajaan
No comments:
Post a Comment