IBU BAPA
MULA LEBIH MEMAHAMI KONSEP PT3 – MAHDZIR
Bernama | Disember 14, 2015 13:18 MYT
Sumber: Astro AWANI
CYBERJAYA: Ibu bapa mula memahami dengan lebih baik konsep
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diperkenalkan sejak tahun lepas, kata
Menteri Pendidikan DatukSeri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata PT3 iaitu satu daripada empat komponen di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dianalisis oleh pihak sekolah dan bukan dilakukan secara berpusat.
Beliau berkata PT3 iaitu satu daripada empat komponen di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dianalisis oleh pihak sekolah dan bukan dilakukan secara berpusat.
Selain PT3, katanya, yang turut diambil kira ialah Pentaksiran Sekolah (PS); Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
Mahdzir berkata memandangkan sistem pendidikan negara telah lama mengamalkan peperiksaan berpusat bermula dari darjah 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5, sistem PBS berkenaan masih dalam proses penerimaan para pelajar dan ibu bapa mereka.
"Namun,
setelah dua kali PT3 dilakukan kita lihat ada peningkatan dari segi pemahaman
ibu bapa mengenai keputusan peperiksaan anak-anak mereka dan kita lihat
masyarakat mula menerima sistem baharu ini," katanya kepada pemberita
ketika ditanya mengenai perkembangan PT3. Keputusan PT3 2015 dikeluarkan hari
ini.
Beliau
sebelum itu menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU)
antara Multimedia Development Corporation (MDeC) dan International Society for
Technology in Education (ISTE) bagi pembangunan persekitaran teknologi
pendidikan mapan.
Mahdzir
berkata sistem pentaksiran itu turut diaplikasi di negara-negara maju iaitu
sekolah rendah dan menengah rendah tidak mempunyai peperiksaan berpusat dan
peperiksaan hanya dibuat di peringkat sekolah.
No comments:
Post a Comment