Wednesday, 23 December 2015

ISU 5: PANDANGAN MENGENAI ISU KAEDAH PENGAJARAN GURU

PANDANGAN OLEH:

FATHIAH BINTI ABDUL RASHID

1) Guru masih lagi mengajar menggunakan kaedah tradisional

Guru pada masa kini kurang mahir dalam kemahiran teknologi, tidak dapat berinteraksi dengan baik di dalam kelas, di samping mempunyai sikap yang tidak baik yang boleh memberikan kesan negatif kepada pelajar. Kebanyakkan guru-guru pada masa kini dikatakan tidak kreatif untuk menggunakan kaedah yang sesuai untuk menarik minat pelajar ke sekolah. Walaupun terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang boleh di aplikasikan di dalam bilik darjah, tetapi mereka masih lagi cenderung untuk menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan buku teks dan papan hitam dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

2) Guru langsung tiada persediaan sebelum mengajar

Selain itu, isu guru kurang ilmu pengetahuan ini timbul apabila guru langsung tiada persediaan sebelum mengajar. Guru seakan-akan ambil mudah tentang tanggungjawab yang dipikul dan mengajar pelajar mereka dengan sambil lewa. Sepatutnya dengan melakukan aktiviti di dalam kelas, masa pengajaran dapat dijimatkan dan pengendalian aktiviti akan lebih kemas dan teratur. Walau bagaimanapun ianya perlu dirancang dengan teliti supaya pelaksanaannya tidak menimbulkan rasa bosan dan mengalih perhatian pelajar daripada bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan. Penggunaannya perlu tepat dengan masa dan keadaan.

3) Guru kurang ilmu pengetahuan

Selain daripada memiliki sijil kelayakan kemahiran pendidikan yang diikhtiraf, guru juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek, bukan sahaja mata pelajaran yang diajarnya. Malangnya kebanyakan guru pada masa kini, bukan hanya kurang mantap dalam penguasaan isi kandungan mata pelajaran  malah tidak langsung mengikuti perkembangan semasa. Perkara ini berlaku kerana kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran dalam bidang tersebut. Hal ini terjadi kerana, kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang.

4) Menggalakkan penglibatan aktif di kalangan pelajar sama ada semasa pengembangan konsep atau dalam aktiviti penyelesaian masalah

Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap matematik. Ianya dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu, khusus semasa menyelesaikan pelbagai masalah matematik. Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip 'bermain sambil belajar'. Penyelesaian bagi beberapa masalah dalam matematik boleh ditunjukkan melalui aktiviti permainan dan simulasi, khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan seharian. Simulasi juga sering digunakan untuk menerangkan jawapan atau penyelesaian dalam rekreasi matematik.

No comments:

Post a Comment