ULASAN DAN PENDAPAT OLEH:
NAMA: FATHIAH BINTI ABDUL RASHID
NO. MATRIK: M20151000754
ULASAN MENGENAI ISU STANDARD PENGAJARAN PROFESIONAL
MASALAH DISIPLIN DI KALANGAN GURU
Masalah disiplin dalam kalangan guru yang biasa berlaku di sekolah ialah guru masuk lewat ke
dalam kelas. Perkara ini tidak boleh dianggap remeh kerana ianya boleh mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, sesetengah guru yang tidak menjaga etika dan tidak
mampu mengawal emosi cenderung menjadi contoh yang tidak baik kepada para pelajar.
Penampilan guru itu sendiri sudah memberi impresi pertama kepada orang yang melihatnya.
Guru juga perlu ada kawalan emosi yang baik supaya tidak melepaskan kemarahan terhadap
pelajar sesuka hati.
PROFESSION GURU DIPANDANG RENDAH
Masyarakat juga menganggap individu itu boleh menjadi guru sandaran atau guru sementara
tanpa ada latihan asas. Kekosongan jawatan guru sama ada di sekolah rendah mahupun
menengah biasanya diisi oleh guru sandaran yang tidak mendapat latihan formal sama ada di
maktab perguruan ataupun universiti. Situasi ini akan membuatkan pandangan masyarakat
terhadap profession ini akan menjadi lebih pudar lagi apabila sesetengah pihak yang
menganggap individu masih boleh menjadi guru tanpa mengikuti latihan perguruan di tempattempat
yang sepatutnya.
KURANG BERMINAT DALAM KERJAYA SEBAGAI GURU
Sekiranya profession ini adalah pilihan terakhir bagi guru, minat utama terhadap kerjaya ini
sebenarnya hanya sedikit sahaja. Akibatnya, selepas dua atau tiga tahun menjadi guru, kebosanan
terhadap tugas akan berlaku. Guru yang seringkali menghadapi masalah ini adalah guru yang
kurang berminat sejak dari awal lagi dalam bidang yang diceburi. Ini akan menyebabkan pelajar kurang bermotivasi semasa belajar dan mereka akan hilang fokus. Seterusnya akan menyebabkan
prestasi akademik mereka menurun. Dalam jangka masa yang panjang, bukan sahaja pelajar,
prestasi sekolah turut merosot. Disebabkan prestasi pelajar merosot, ibu bapa yang
berkemampuan dari aspek kewangan menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen.
PERANAN GURU DI SEKOLAH DIANGGAP TIDAK BERKESAN
Kebanyakan ibu bapa sekarang mempunyai kerjaya jadi mereka kadang-kadang tidak
mempunyai masa untuk memeriksa serta memantau kerja sekolah anak-anak. Jadi sebagai solusi,
mereka menghantar ke pusat tuisyen dengan harapan anak mereka lebih bersedia ke dewan
peperiksaan. Ramai berpendapat mereka menghantar anak-anak ke pusat tuisyen disebabkan
pengajaran guru di sekolah kurang mencukupi. Dalam jangka masa yang panjang, peranan guru
di sekolah dianggap kurang penting. Jika dahulu, pusat tuisyen berfungsi sebagai sumber
tambahan dan kelas persediaan sebelum ke kelas, kini pusat tuisyen berperanan sebagai sekolah.
Peranan guru terus dipandang sepi jika tenaga pengajar di pusat tuisyen bukan seorang guru.
GURU TIDAK BERSEDIA DENGAN PERUBAHAN SISTEM
Sistem pendidikan yang berubah-ubah ini memerlukan kesediaan guru yang cukup bagi
mempersiapkan diri untuk mengaplikasikan sistem baru tersebut. Antara sistem yang telah
terlaksana ialah PPSMI yang sebelum ini gagal dilaksanakan dengan baik kerana guru-guru bagi
mata pelajaran Sains dan Matematik belum bersedia untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam
pengajaran mereka. Para pelajar juga tidak bersedia kerana bahasa Inggeris mereka yang
sememangnya menjadi subjek yang lemah, terutamanya bagi pelajar di luar bandar. Jika
perlaksanaan sistem tidak berjaya kerana guru tidak bersedia, maka guru sukar untuk mencapai
tahap profesionalisme seperti yang diinginkan.
No comments:
Post a Comment