ISU BERKAITAN DENGAN
PENDEKATAN/METOD PENGAJARAN MATEMATIK YANG BERKESAN
PENGENALAN
Belajar adalah satu proses
sesuatu kegiatan dan bukan suatu hasil atau tujuan. Pada dasarnya orang yang
belajar tidak sama keadaannya dengan keadaan sebelum belajar. Menurut Morgan
dalam Ngalim Purwanto (1990:84) berpendapat “belajar adalah setiap perubahan
relative menetap di dalam tingkah laku pengalaman”.Model fizikal merupakan
salah alatan atau kemudahan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Bahan- bahan tambahan untuk
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran metematik yang lebih berkesan dengan
adanya penekanan terhadap pendekatan “penemuan” atau “pendekatan” bagi
mengurangkan penghafalan dengan adanya aktiviti teori. Alatan pengajaran
dipilih dan digunakan dengan sewajarnya dengan memenuhi beberapa objektif
pengajaran bagi memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada pelajar. Secara
ringkasnya, pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang
idea-idea serta memudahkan pembinaan ilmu, menentukan standard dan mengalakkan
kreativiti untuk membantu seseorang
pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi
optimum
1. PEMBELAJARAN DI LUAR KELAS
Pembelajaran
di Luar Bilik Darjah (PLBD) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) pada tahun 2000. Hal ini selaras dengan saranan UNESCO supaya
mengamalkan “Four Pillars Of Education: Learning to Know, Learning to Do
,Learning to Live Together and Learning to Be” iaitu belajar untuk tahu:
untuk menyediakan alat-alat kognitif yang diperlukan untuk lebih memahami dunia
dan kerumitan, dan untuk menyediakan asas yang sesuai dan mencukupi untuk
pembelajaran masa depan.
Belajar untuk melakukan: adalah untuk menyediakan
kemahiran yang akan membolehkan individu untuk turut serta dalam ekonomi global
dan masyarakat manakala belajar untuk menjadi: untuk menyediakan diri kemahiran
analitikal dan sosial bagi membolehkan individu untuk membangunkan diri mereka
sepenuhnya dalam potensi psiko-sosial yang berkesan dan juga fizikal.
Belajar
untuk tinggal bersama-sama: untuk mendedahkan individu kepada nilai yang
tersirat dalam hak asasi manusia, prinsip-prinsip demokrasi, pemahaman antara
budaya dan rasa hormat dan keamanan di semua peringkat masyarakat dan hubungan
manusia bagi membolehkan individu dan masyarakat untuk hidup dengan aman dan
harmoni. Tujuan pelaksanaa PLBD adalah untuk memudahkan murid menerima dan
memahami isi pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Ia merupakan satu program
atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Di samping itu,
aktiviti luar bilik darjah lebih praktikal dan lebih jelas selepas apa yang
dipelajari di dalam kelas secara teori. Hal ini juga membolehkan pelajar
berfikir dan dapat meguasai ilmu pengetahuan melalui aktiviti yang dijalankan
di luar kelas. Selain itu kuja pelajar dapat menambahkan pegalaman, memupuk
minat terhadap mata pelajaran matematik dan juga dapat memupuk sikap pelajar
untuk belajar dengan mengembagan kemahiran mengumpul, memproses dan menganalisi
data serta maklumat yang diperolehi semasa pembelajaran di luar kelas.
Terdapat
tiga model PLBD yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
kepada para guru iaitu Model PLBD 1 yang merupakan pembelajaran di luar bilik
darjah yang meliputi kawasan sekolah seperti makmal komputer, makmal sains dan
taman sekolah.. manakala Model PLBD 2 pula berhampiran dengan kawasan sekolah
taman permainan, kawasan kampung dan dan luar pagar sekolah dan Model 3 yang
merupakan lawatan terancang yang merupakan pembelajaran jauh dari kawasan
sekolah dengan kebenaran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Persekitaran
yang dipilih oleh guru mestilah konduksif yang tidak membahaya pelajar semasa
proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan. Contoh yang terdapat dalam video
yang kumpulan kami bentangkan dimana guru tersebut telah menggunakan tapak
perhimpunan untuk melakukan proses pembelajaran dan pengajaran mereka. Walaupun
tempat tersebut agar panas, bagi mereka tiada halangan untuk merekan untuk
mereka untuk melakukan aktiviti tersebut. Faktor keselesaan bukan salah satu
faktor untuk mereka berjaya malah guru yang memainkan peranan penting dalam
mendidikan anak muidnya untuk memahami setiap pengajaran mereka dengan
melakukan pelbagai teknik yang tidak membahayakan pelajar.
Walaupun
cuaca dipersekitaran aktiviti tersebut panas, namun tugas yang diarahkan oleh
guru dilaksanakan dengan baik oleh pelajar. Mungkin salah satu faktor guru
tersebut memilik tempat tersebut adalah bagi mengelakkan pelajarnya mengantuk
dan melakukan aktiviti bersama-sama walaupun keadaan cuaca yang panas. Ini merupakan
suatu
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
tidak sama dengan di dalam bilik darjah. Pelajar
dapat suasana yang menarik minat mereka, bernafas
udara di luar darjah, memerhati dan membuat
anggaran/ukuran benda-benda yang ada di
luar darjah. Hal ini member kesan kepada pelajar untuk
mengingati apa yang ada dalam pembelajaran
mereka di luar kelas, sebab lain-lain pelajaran
semua diadakan dalam bilik kelas. Mereka
akan senang ingat apa-apa sahaja yang mereka
telah belajari jika dilakukan aktiviti
praktikal ini. Mereka dapat menghargai
peranan matematik dalam kehidupan
mereka. Pembelajaran koperatif ini seronok
dan berfaedah kepada mereka.
2. STRATEGI PENGGUNAAN BAHAN BANTU
MENGAJAR
Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, bahan bantu mengajar lebih membantu merangsangkan dunia pelajar
untuk belajar. Penggunaan bahan bantu mengajar memberi sumbangan yang amat
besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru
dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah
dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman
(Omardin Ashaari, 1999). Antara rasionalnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep. Ini
bermaksud pelajar dapat menyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu
mengajar yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan pengajaran dalam bilik
darjah. Pengajaran guru akan lebih mudah dengan penggunaan bahan bantu
mengajar, lebih–lebih lagi bahan yang digunakan itu bersesuaian dengan tajuk
pelajaran yang disampaikan oleh guru. Antara lain rasionalnya adalah untuk
mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi pengalak dalam
penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana
persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan
dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan
mencetuskan minat pelajar. Pengajaran menjadi lebih baik dan menarik dengan
persediaan awal dari segi perancangan kaedah penyampaian pengajaran dan
penggunaan bahan bantu mengajar yang cukup. Ini secara tidak langsung boleh
membantu pemahaman pelajar.
Menurut Noraziah Abdul Hamid
(1981) bahan bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam
proses pembelajaran. Ia bertujuan menambah kelancaran perhubungan antara guru
dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu mempercepatkan
proses pemahaman mereka. Bahan pengajaran adalah perkara yang berkait rapat
dengan pengajaran seseorang guru. Selain pendekatan, kaedah dan teknik yang
digunakan dalam sesuatu pengajaran, bahan pengajaran mempunyai peranan yang
besar dalam menentukan kelicinan dan keberkesanan pengajaran (Leela Mohd Ali
dan Graham Thurgood, 1991). Ikhsan dan Norila (2005) mendefinisikan bahan bantu
mengajar sebagai bahan yang digunakan oleh guru bagi menggerakkan proses
pengajaran dan pembelajaran ke arah mencapai objektif sesuatu pengajaran dan
pembelajaran. Bagi Musa Sulaiman (2005) pula, bahan bantu mengajar adalah
segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam
menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Semua definisi di atas jelas menekankan
bahawa bahan bantu mengajar (BBM) merupakan benda, alat atau bahan yang
digunakan bagi memudahkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Kamarudin
Hj. Husin (1988) merumuskan BBM penting dalam menyediakan dasar kukuh untuk
perkembangan kefahaman dan corak pemikiran serta mengurangkan gerak balas lisan
yang tidak diperlukan daripada muridmurid. Selain itu, BBM penting untuk
membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka
lebih kekal, menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah
oleh cara-cara lain, dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan
perbendaharaan kata dan mendorong murid-murid untuk mengkaji secara mendalam
dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan pelajar. Oleh itu, bolehlah disimpulkan bahawa BBM
adalah satu alat sokongan guru yang amat penting dalam membantu mereka
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan ianya
melibatkan penggunaan deria penglihatan dan pendengaran seseorang pelajar.
Dalam matapelajaran matematik,
bahan bantu mengajar memainkan peranan penting ke arah memahamkan konsep di
dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik minat pelajar.
Keberkesanan pengajaran guru bukan sahaja mampu mendorong pelajar memperoleh
maklumat, malah pelajar mampu memproses maklumat dan mengaplikasikannya
sehingga mendorong pembinaan tingkah laku yang baru. Dalam proses pengajaran
dan pembelajaran guru tidak dapat tidak mesti berkomunikasi dengan pelajar
kerana melalui komunikasilah guru dapat menyampaikan pengajaran dan didikan.
Dengan erti kata yang lain, pencapaian objektif pengajaran adalah bergantung
kepada sejauh mana keberkesanan komunikasi guru dengan pelajar. Semakin baik
komunikasi berlaku maka semakin banyak objektif pengajaran yang dapat dicapai.
Oleh kerana itu, guru digesa supaya menggunakan bahan-bahan bantu mengajar
terutama bahan-bahan yang menggunakan pelbagai pancaindera seperti bahan-bahan
yang menggunakan warna dan bentuk yang menarik dan juga bahan-bahan yang dapat
didengar dan dirasa. Dengan itu mereka dapat mengaitkan konsep-konsep yang baru
dengan pengalaman-pengalaman yang baru dan seterusnya proses pembelajaran akan
menjadi lebih jelas dan bermakna. Penerangan dan penjelasan guru tentang
sesuatu perkara akan lebih mudah difahami apabila guru dibantu oleh pelbagai
bahan dan peralatan yang mampu menterjemahkan maksud yang jelas berhubung
dengan penerangan guru.
Terdapat beberapa kepentingan
yang utama bahan bantu mengajar seperti berikuT:
- Bahan bantu mengajar dapat membantu para guru dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan.
- Dapat mempelbagaikan pendekatan pengajaraan yang mempunyai pelbagai corak interaksi antara objektif pengajaran, isi pengajaran, guru dan pelajar.
- Guru dapat menyampaikan sesuatu konsep dengan lebih jelas
- Penyampaian dan penerangan maklumat dapat dijalankan dengan lebih terperinci.
- Dapat menarik dan memusatkan perhatian pelajar.
- Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa yang singkat.
- Dapat memberi satu pengalaman baru kepada pelajar.
- Melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar.
- Penyebaran BBM boleh meluas kerana penggunaannya tidak terhad dan boleh digunakan oleh semua pelajar.
- Bahan itu dapat melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun pelajar.
3. STRATEGI BERPUSATKAN PELAJAR
Dewasa ini, strategi pengajaran
berpusatkan murid telah banyak digunakan oleh para guru semasa meyampaikan
proses pengajaran dan pembelajaran bahkan telah menjadi tren utama dalam
inovasi kurikulum seluruh dunia. Noriati (2009) mendefinisikan strategi
pengajaran berpusatkan murid sebagai pengambil alihan tugas atau tanggungjawab
daripada guru oleh murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Strategi ini
melibatkan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan seperti
yang dinyatakan oleh (Orlich et al.,2007) dalam Noriati (2009). Dalam strategi
ini, guru hendaklah memastikan murid-murid belajar sesuatu dan membina
pengetahuan mereka sendiri melalui aktiviti yang dilakukan. Esah (2003)
menyatakan bahawa guru hendaklah mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pembelajaran semasa menyediakan aktiviti untuk mereka. Selain itu, strategi ini
juga dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, meningkatkan kemahiran berfikir, menambahkan keyakinan diri,
menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid
membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama dalam kalangan murid
(Shahabuddin,2007). Strategi pengajaran berpusatkan murid mempunyai ciri-ciri
yang tertentu. Antaranya adalah seperti yang dinyatakan oleh Noriati (2009)
iaitu murid lebih minat dalam pelajaran, melibatkan komunikasi dua hala,
kepimpinan bercorak demokratik, membina kreativiti murid dan pembelajaran
bercorak pengarahan kendiri. Menurut Amaljaya (2009), aktiviti yang dijalankan
mengikut strategi pemusatan murid menjadikan murid lebih member fokus dalam
proses pembelajaran. Strategi ini adalah lebih sesuai apabila maklumat tidak
dapat disampaikan dengan berkesan melalui strategi pemusatan guru dan apabila
matlamat pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dan kritikal (Noriati,2009).
Strategi berpusatkan pelajar
merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang mana pelajar memainkan
peranan penting dan penglibatan aktif dalam proses pembelajaran. Pensyarah
menjadi pemimpin yang membimbing pelajar-pelajar dan memperuntukkan lebih
banyak masa untuk menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara
berkumpulan atau individu. Strategi berpusatkan pelajar antaranya mempunyai
ciri-ciri seperti yang dinyatakan dibawah :
a)
Di
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar memainkan peranan penting
manakala pensyarah bertindak sebagai pemimpin atau fasilitator yang membimbing
pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka.
b)
Komunikasi
dua hala akan terhasil diantara mereka Pensyarah menggunakan teknik penyoalan
untuk membiarkan pelajar berfikir dan member tindak balas terhadap soalan.
c)
Pensyarah
memimpin kelas atau pelajar secara demokrasi. Pelajar sentiasa diberi galakan
untuk memberi pandangan dan pendapat. Pensyarah sebenarnya banyak melakukan
perbincangan dengan pelajar.
d)
Strategi
pengajaran dan pembelajaran lebih fokus kepada pencapaian objektif pelajar.
e)
Perkembangan pelajar adalah secara menyeluruh
dari segi keseimbangan intelektual, rohaniah serta sosial dan fizikalnya.
f)
Kaedah
pengujianan formatif digunakan, dan keputusan ujian digunakan untuk mengenal
pasti pejalar yang lemah.
g)
Pensyarah
menyampaikan isi pelajaran dengan memfokuskan pengajaran bermakna, dengan ini
pelajar boleh memahami fakta yang disampaikan dan mampu untuk membuat
kesimpulan untuk satu-satu topik.
h)
Terdapat
banyak ruang dan peluang untuk pelajar berinteraksi, dan juga nilai-nilai
sosial dapat diperolehi seperti tolong menolong, bekerjasama dan tolak ansur
antara satu sama lain dapat di bina.
i)
Strategi
ini juga terarah kepada kaedah pengurusan kumpalan pelajar yang berkesan, ini
kerana pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan dan minat perlu diberi
perhatian.
j)
Strategi
ini juga menjadikan pelajar kreatif dan berinovatif.
4. ISU KOMUNIKASI
Isu komunikasi juga
memainkan peranan yang penting kepada seorang guru kerana tanpa komunikasi yang
berkesan, ilmu tidak dapat di sampaikan dengan baik dan sempurna. Komunikasi
merupakan satu proses penyampaian mesej, sama ada lisan atau bertulis. Sekiranya
mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka
komunikasi berkesan telah pun berlaku. Suara merupakan elemen penting kepada
guru kerana jika guru tidak mampu berinteraksi dengan baik semasa mengajar,
maka ia akan membuatkan suasana di dalam bilik darjah mahupun aktiviti di luar
bilik darjah tidak harmoni dan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat
berlangsung dengan sistematik.
Senario guru kita pada dewasa ini, mereka masih tidak
mampu untuk berinteraksi dengan pelajar mereka. Walaupun telah mengikuti kursus
pendidikan selama beberapa tahun, mereka masih lagi tidak mempunyai keyakinan
diri sebagai seorang pendidik. Masih ramai lagi guru yang mempunyai suara yang
perlahan ketika mengajar, sehinggakan pelajar yang berada di meja belakang
tidak dapat mendengar apa yang dikatakan oleh guru mereka. Secara logiknya,
jika kita tidak dapat mendengar apa yang di kata-kata oleh guru, maka kita
tidak mungkin akan faham apa yang guru itu sedang ajarkan. Pakar dalam bidang komunikasi
percaya bahawa komunikasi yang lemah merupakan punca kepada kebanyakan masalah
dalam pembelajaran.
Flanders (1970) dalam (Edward dan Westergate, 1987) dalam
kajiannya terhadap interaksi bilik darjah telah merumuskan bahawa dalam sesuatu
proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru bercakap dua
pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Di sini kita dapat simpulkan
bahawa, guru masih lagi mengamalkan komunikasi sehala ketika proses P&P
berlangsung, di mana hanya guru yang bercakap dan pelajar bertindak sebagai
pendengar sahaja. Pelajar seolah-olah tidak berpeluang untuk mengemukakan
soalan atau pun sekadar ingin berkongsi pendapat tentang perkara tertentu.
Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid
Mohd Norsin berkata, secara umumnya 95% proses pengajaran dan pembelajaran
sekarang masih berpusat kepada guru dan hanya 5% membabitkan interaksi dengan
pelajar. Sepatutnya kelemahan ini tidak sewajarnya berlaku dalam bidang
pendidikan yang kegiatan utamanya memerlukan aspek kemahian berfikir serta
mengembangkan minda selain penekanan yang diberikan kepadanya di dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi komunikasi yang
berkesan di antara guru dan pelajar, gurulah yang perlu memainkan peranan yang
penting dalam menjayakan usaha ini. Di mana guru perlu bijaksana dalam menyusun
strategi agar suasana berinteraksi di antara pelajar dengan guru dan juga
pelajar dengan pelajar berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta
hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan.
Tambahan pula guru boleh menggunakan “direct” dan “spontaneous communication”
iaitu menerangkan dengan jelas apa yang hendak di sampaikan oleh guru dan cuba
menerima pendapat pelajar terutamanya di dalam menyelesaikan masalah dan
merancang aktiviti di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.
Guru juga perlu membuat aktiviti yang mana dapat
menggalakkan pelajar berinteraksi secara teratur di antara satu sama lain,
supaya mereka berpeluang untuk memberi pendapat masing-masing tentang sesuatu
perkara dan seterusnya dapat mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan
gaya mereka tersendiri. Ini dapat membuatkan pelajar melibatkan diri secara
aktif dalam proses P&P di samping dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar
itu sendiri. Pakar motivasi ada menyatakan bahawa salah satu cara untuk
meningkatkan keyakinan diri adalah dengan berani bersuara dan mengutarakan
pendapat walaupun kadang kala tidak semua orang bersetuju dengan apa yang kita
cuba sampaikan. Apabila pelajar dapat memberikan pendapat yang bernas atau
dapat menjawab soalan dengan betul, guru di galakkan untuk memberikan
pengukuhan positif seperti member pujian supaya pelajar itu berasa di hargai
dan bersemangat untuk menjawab soalan yang lain.
Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan
bahawa pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan
apabila perhubungan atau komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan.
Perhubungan atau komunikasi boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi
guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar terjadi dalam suasana yang
ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati, sabar, berdisplin
dan sistematik. Melalui komunikasi juga guru dapat menarik minat pelajar untuk
mengikuti pelajaran yang di ajari di samping dapat menyelitkan sedikit jenaka
yang boleh menghiburkan pelajar ketika pelajar kebosanan.
PENUTUP
Kesimpulannya, dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran guru perlu menggunakan pendekatan yang
sesuai mengikut budi bicara dan kebijaksanaan guru agar pengajaran dapat
berjalan dengan lancar dan berkesan. Pendekatan pengajaran sangat penting
kerana dari situ akan timbulnya minat, motivasi dan semangat pelajar untuk belajar.
Jika pendekatan yang digunakan tidak menarik dan membosankan, ianya akan dapat
mempengaruhi minat pelajar untuk belajar. Guru seharusnya memilih kaedah atau
pendekatan yang mengikut peredaran zaman. Guru memegang tanggungjawab
sepenuhnya dalam menyampaikan ilmu kepda pelajar. Oleh sebab itu, setiap
pengajaran perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian agar dapat mewujudkan
pengajaran yang berkesan di mana tujuan dan objektif pengajaran tercapai
seterusnya meningkatkan prestasi pencapaian pelajar.
Kaedah pengajaran
yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta
objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang
hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah
satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi
sebelum memasuki kelas. Ini termasuklah strategi pengajaran yang
merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan
teknik penyampaian, ABM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan.
RUJUKAN
Abdullah Hassan et. al
(1999), Komunikasi Untuk Guru , Utusan Publication
&Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Abd. Ghafar M.D (2003). Prinsip
dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd.
Abd. Rahim, A. (1999). Profesionalisme Motivasi Pengurusan
Bilik Darjah (pp. 126-130).
Kuala Lumpur: Utusan Publicatio & Distributions Sdn. Bhd.
Choong Lean Keow. (2009).
Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat
Tahun. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Ee Ah Meng. (1996). Psikologi
Pendidikan Dalam Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Esah Sulaiman (2003). Modul
Pengajaran: Asas Pedagogi. Skudai, Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Garis Panduan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD).
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pelajaran Malaysia , Jun 2006.
http://www.unesco.org/new/en/education/networks/global-networks/aspnet/about-us/strategy/the-four-pillars-of-learning/
Jit
Eng, J., & Ramiah, B. (n.d.). Kepimpinan
Instruksional: Satu Panduan Praktikal (2nd
ed., pp. 245- 250). N.p.: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
John Brodi (2009). Pelaksanaan
Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,IPTAR : Jabatan Ilmu
Pendidikan, IPTAR
Kamaruddin Husin.
(1997). Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.
Kementerian Pelajaran Malaysia
(2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur.
Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007).
Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar :
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut
Perguruan Batu Lintang.
Ngalim Purwanto (1990). Psikologi
Pendidikan. Bandung PT. Remaja Rosdakarya.
Noriati A. Rashid,Boon Pong Ying
dan Sharifah Fakhriah .(2009). Murid dan Alam Belajar.Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd.
Omardin Ashaari (1999), Pembelajaran
Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif , DewanBahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Rashidi, A., & Abdul Razak, H. (1995). Pengajaran dalam Darjah Kaedah dan
Strategi (pp. 99-115).
Kajang, Selangor: Masa Enterprise.
Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir
Ahmad. (2007). Pedagogi: Strategi dan
Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn Bhd.
Sharifah Alwiyah Alsagoff (1983).
Ilmu Pendidikan : Pedagogi (edisi pertama). Kuala Lumpur : Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.
Syed Ismail & Ahmad Subki
(2008). Budaya dan Pembelajaran. Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment