Thursday, 24 December 2015

ISU SEMASA: KES PELAJAR TERTEKAN, KEMENTERIAN PERTIMBANG CADANGAN KAUNSELOR DI SEKOLAH

KES PELAJAR TERTEKAN, KEMENTERIAN PERTIMBANG CADANGAN KAUNSELOR DI SEKOLAH

Bernama | Diterbitkan pada Disember 15, 2015 19:08 MYT
Sumber: Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sedang mempertimbang untuk menempatkan seorang kaunselor profesional di setiap sekolah bagi membantu pelajar menghadapi tekanan terutama berkaitan pelajaran mereka, kata Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan.

Beliau berkata kementerian sedang mencari kaunselor yang mempunyai kemahiran kaunseling.

Ini dilakukan berikutan terdapat 
kes pelajar yang membunuh diri kerana merasakan tidak dapat menjawab soalan peperiksaan (Matematik Tambahan) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan lalu, katanya kepada media.


Sementara itu Kamalanathan berkata silabus mata pelajaran sedia ada cukup menyeluruh untuk mendidik pelajar agar tidak mudah terpengaruh dengan ideologi kumpulan militan IS atau Daish.

ISU SEMASA: 1,848 PERMOHONAN PERTUKARAN GURU BERJAYA

1,848 PERMOHONAN PERTUKARAN GURU BERJAYA - MAHDZIR KHALID

Norsiah Mohd Ramli, Astro Awani | Diterbitkan pada Disember 21, 2015 19:24 MYT
Sumber: Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan telah meluluskan 1,848 daripada 7,000 permohonan pertukaran guru yang berjauhan dengan pasangan masing-masing.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia merupakan kumpulan pertama yang diluluskan di bawah jawatankuasa khas.

"Kita telah wujudkan satu jawatankuasa khas untuk membantu guru-guru yang sudah lama berjauhan dengan pasangan masing-masing,

"Kami mengambil berat terhadap pasangan yang sudah lima hingga tujuh tahun berpisah dengan pasangan," katanya selepas majlis penyerahan peruntukan penyelenggaraan kepada sekolah bantuan kerajaan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, hari ini.

Bagaimanapun, katanya bagi pemohon yang tidak berjaya, tawaran lain akan diberikan kepada mereka.

"Kita akan tawarkan benda lain kepada pemohon yang tidak berjaya.

"Contohnya, kalau isteri tidak boleh berpindah ke tempat suami, kami akan tawarkan supaya suami boleh berpindah ke tempat isteri," jelasnya.

Bulan lalu, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan bahagian pengurusan sumber manusia dan bahagian pengurusan sekolah harian untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji semula secara holistik sistem sedia ada dan mencari mekanisme baharu bagi mengatasi masalah pasangan guru suami isteri yang berjauhan.

Sementara itu, menurut Mahdzir, kemasukan bagi pelajar yang sekolahnya terjejas akibat banjir untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula seperti biasa iaitu pada Januari 2016.

Katanya, ini kerana sekolah terbabit tidak terjejas secara menyeluruh.
"Kebanyakan sekolah yang terlibat banjir tidak melibatkan semua blok sekolah
"Oleh itu, persediaan bagi sesi persekolahan baru tidak akan terjejas," katanya.

Beberapa sekolah di beberapa negeri terjejas akibat banjir baru-baru ini termasuk di Sarawak, Selangor dan Perak.


Tambahnya, setakat ini persiapan sesi persekolahan baru bagi 10,100 sekolah di seluruh negara secara keseluruhannya berada di tahap baik.

ISU SEMASA: JUMLAH GURU DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN DITAHAP TEPU

'JUMLAH GURU DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN DITAHAP TEPU'

Wan Syamsul Amly, Astro Awani | Diterbitkan pada Disember 04, 2015 23:16 MYT
Sumber: Astro AWANI
PUTRAJAYA: Jumlah guru yang sedang berkhidmat di sekolah sudah berada para paras tepu dan mencapai tahap maksimum.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerana itu pihaknya, Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak universiti sedang mencari jalan untuk mengurangkan lambakan graduan pendidikan dalam negara.

"Kita akan lihat beberapa cadangan daripada fakulti pendidikan yang mahu melihat semula dari segi pengambilan pelajar agar dapat mengurangkan bilangan pelajar.

"Bagaimanapun ia bukan keputusan pihak kementerian. Ia akan ditentukan selepas mesyuarat," katanya semasa sidang media selepas Mesyuarat Persediaan Penggal Persekolahan 2016 di sini pada Jumaat.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, jumlah guru di negara ini masih berada pada tahap mencukupi dan dijangka terus bertambah pada masa akan datang.

Jelasnya, setakat ini, terdapat 420,000 guru untuk semua peringkat sekolah di seluruh negara selain dapat menampung keperluan pendidikan yang semakin berkembang saban hari.

Dalam pada itu kata Mahdzir, isu utama kini adalah kegagalan graduan daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti (fakulti pendidikan) di dalam peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SSP).


"Ia akan menjadikan mereka tidak disahkan dalam perkhidmatan. Ia sekali gus menyebabkan ramai graduan dari IPG dan fakulti pendidikan gagal peperiksaan dan terjadinya lambakan graduan pendidikan," katanya.

ISU SEMASA: IBU BAPA MULA LEBIH MEMAHAMI KONSEP PT3

IBU BAPA MULA LEBIH MEMAHAMI KONSEP PT3 – MAHDZIR
Bernama | Diterbitkan pada Disember 14, 2015 13:18 MYT
Sumber: Astro AWANI
CYBERJAYA: Ibu bapa mula memahami dengan lebih baik konsep Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diperkenalkan sejak tahun lepas, kata Menteri Pendidikan DatukSeri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata PT3 iaitu satu daripada empat komponen di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dianalisis oleh pihak sekolah dan bukan dilakukan secara berpusat.

Selain PT3, katanya, yang turut diambil kira ialah Pentaksiran Sekolah (PS); Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Mahdzir berkata memandangkan sistem pendidikan negara telah lama mengamalkan peperiksaan berpusat bermula dari darjah 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5, sistem PBS berkenaan masih dalam proses penerimaan para pelajar dan ibu bapa mereka.

"Namun, setelah dua kali PT3 dilakukan kita lihat ada peningkatan dari segi pemahaman ibu bapa mengenai keputusan peperiksaan anak-anak mereka dan kita lihat masyarakat mula menerima sistem baharu ini," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan PT3. Keputusan PT3 2015 dikeluarkan hari ini.

Beliau sebelum itu menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Multimedia Development Corporation (MDeC) dan International Society for Technology in Education (ISTE) bagi pembangunan persekitaran teknologi pendidikan mapan.

Mahdzir berkata sistem pentaksiran itu turut diaplikasi di negara-negara maju iaitu sekolah rendah dan menengah rendah tidak mempunyai peperiksaan berpusat dan peperiksaan hanya dibuat di peringkat sekolah.


ULASAN BUKU: TEORI DAN PERKAEDAHAN PENDIDIKAN MATEMATIK SIRI II


TAJUK BUKU: TEORI DAN PERKAEDAHAN PENDIDIKAN MATEMATIK SIRI II
Nama Penulis: Noor Shah Saad
Bilangan Bab: Empat Bab

PENGENALAN
Buku Teori dan Perkaedahan Pendidikan Matematik merupakan sebuah buku yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada bakal-bakal guru matematik dan guru terlatih tentang perkembangan kurikulum matematik seelum dan selepas perang dunia ke 2 dan perkembangan kurikulum matematik di Malaysia. Selain itu, buku ini menghuraikan tentang pengajaran dan pembelajaran matematik bagi jangka panjang dan jangka pendek, serta perancangan pengajaran bagi unit pengajaran dan rancangan mengajar. Teknik penyoalan berserta contoh pengajaran matematik juga dibincangkan dalam buku ini. Penggunaan dan aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik turut disentuh selaras dengan era teknologi maklumat dan keperluan pengajaran dan pembelajaran terkini di sekolah menengah. Penerapan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) turut dibincangkan berserta contoh penerapan kemahiran berfikir.

BAB SATU: KURIKULUM MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH
1.      Perubahan kurikulum matematik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh perubahan kurikulum matematik yang berlaku di United Kingdom.
2.      Perubahan kurikulum matematik mulai daripada penubuhan ‘Pejabat Karang Mengarang’, Projek Khas, Program Matematik Moden, Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi Matematik Moden dan Matematik Tambahan dan KBSM edisi Sekolah Bestari (1998 & 2000).
3.      Corak perkembangan kurikulum pendidikan matematik di Malaysia adalah lebih sesuai sekiranya di lihat perkembangan kurikulum matematik dalam dua era iaitu sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua.
Perkembangan Kurikulum Matematik Sebelum Perang Dunia Kedua
a)      Matematik Sekolah Rendah
1.      Sebelum tahun 1965, tidak terdapat sebarang kurikulum matematik yang digazetkan untuk sekolah rendah.
2.      Penekanan kandungan matematik adalah kepada kepada kemahiran asas mengira iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dan kegunaan matematik dalam jual beli, timbang menimbang, ukur mengukur yang perlu bagi kehidupan harian.


b)      Matematik Sekolah Menengah
1.      Di sekolah menengah (Inggeris) pengajaran pembelajran matematik meggunakan sukatan pelajaran matematik Cambridge “Alternative A” yang dibahagikan kepada bidang aritmetik, aljabar dan geometri diajar secara berasingan.
2.      Pada tahun 1945, Cambridge melaksanakan sukatan baru yang menyatukan ketiga-tiga idang matematik dalam satu sukatan yang dikenali sebagai “Alternative B” yang turut juga digunakan di sekolah menengah di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).

Perkembangan Kurikulum Matematik Selepas Perang Dunia Kedua
1.      Kerajaan Pusat Amerika Syarikat telah mengemukakan “National Defence Education Act of 1958”. Antara yang dibentangkan dalam akta tersebut adalah akta pendidikan yang baru dalam program matematik, sains dan program penilaian di peringkat sekolah rendah (Taba, 1922).
2.      Antara program matematik yang dicadangkan ialah “School Mathematics Study Group (SMSG)”. Program ini telah menghadapi banyak kritikan berhubung isu kandungan kurikulum berkenaan.
3.      Pada November 1959, satu seminar matematik diadakan di Rayaumont dan beberapa projek matematik telah dilaksanakan ekoran seminar tersebut. Antaranya ialah “Secondary School Mathematics Curricullum Improvement Study (SSMCIS)”
4.      Negara Britain turut merasai desakan untuk meninggikan mutu-mutu pendidikan matematik dan sains. Jadi, beberapa projek ditubuhkan bagi menggubal kurikulum matematik yang baru. Projelk pertama iaitu “School Mathematics Project (SMP)” ditubuhkan pada tahun 1961.
5.      Terdapat beberapa projek lain yang mengikut langkah SMP antaranya ialah “Scottish Mathematics Group (SMG)”, “Nuffield Maths” dan “Midlands Mathematics Experimant.”

Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia
1.      Pada tahun 1964, Jawatankuasa Sains Asas (Advisory Committee on the Teaching of Basic Sciences) telah ditubuhkan.
2.      Pada tahun 1965, satu sukatan elajaran matematik yang telah digubal dan digazetkan yang mengemukakan tiga perkara yang diangga baru iaitu:
                                            i.            Tajuk-tajuk yang belum pernah diajar sebelum 1965.
                                          ii.            Perkembangan tajuk-tajuk yang cuba disusun mengikut prinsip-prinsip psikologi kanak-kanak.
                                        iii.            Arahan-arahan yang meminta guru menggunakan pendekatan atau kaedah-kaedah yang sesuai dengan perkembangan ilmu pendidikan.
3.      Pada tahun 1968, Projek Khas telah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan denagn tujuan meningkatkan mutu pelajaran matematik dan sains di sekolah-sekolah rendah kebangsaan.
4.      Program Matematik Moden bermula pada tahun 1970 melalui Projek Khas yang mana tahap pertama program digubal berasaskan penyesuaian bahan kurikulum projek Scottish Mathematics Group (SMG) manakala tahap kedua digubal berasaskan penyesuaian bahan kurikulum projek School Mathematics Projects (SMP).

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) – Edisi Sekolah Bestari
1.      Pada tahun 1979, Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah mengemukakan laporan menyeluruh berkaitan dengan sistem pendidikan Negara dan kurikulumnya.
2.      Pada tahun 1989, Kementerian Pendidikan telah menggubal semula kurikulum peringkat menengah.
3.      Perubahan berlaku dari Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) kepada KBSM berlaku pada tahun 1998 adalah seperti:

·         Isi Kandungan
Ø  Isi kandungan matematik KBSM dibahagikan kepada tiga bidang utama iaitu bidang nombor dan operasi, bentuk dan ruang, dan perkaitan dan fungsi.

·         Pendekatan Pembelajaran
Ø  Matematik KBSM menitikberatkan kebolehan penyelesaian masalah, pemikiran logik (kemahiran berfikir) dan penerapan nilai-nilai murni.

·         Organisasi Kandungan Kurikulum
Ø  Kandungan kurikulum matematik KBSM dihuraikan komponen iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap da nilai.
Ø  KBSM (1998) ini juga memberi penekanan kepada pembentukan sikap seperti tekun, yakin, berfikiran global, teliti, bersistem dan berfikiran mantik di samping 16 nilai-nilai murni yang universal.

·         Aras Kemahiran Matematik
Ø  Tahap kemahiran yang perlu dikuasai mengikut aras dalam pendidikan matematik iaitu aras satu, aras dua dan aras tiga.
Ø  Aras satu adalah kemahiran asas seperti mengira dan mengukur dan penyelesaian masalah dan berkomunikasi secara langsung dan mudah.
Ø  Aras dua adalah penguasaan kemahiran dan proses matematik sehingga peringkat menghitung dan boleh menterjemahkan konsep matematik dalam bentuk pernyataan dan penyelesaian masalah rutin sederhana kompleks.
Ø  Aras tiga ialah penguasaan kemahiran dan proses matematik sehingga penyelesaian masalah.


BAB DUA: PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN.
1.      Seseorang guru yang berkesan perlu memperuntukkan masa untuk membuat persediaan supaya dapat menyampaikan isi kandungan dalam bentuk yang muda difahami oleh pelajar-pelajarnya.
2.      Kebolehan guru merancang dengan baik merupakan satu kemahiran penting.

Perancangan Jangka Panjang
Antara langkah-langkah yang boleh diikuti adalah:
·         Memerhati Guru Yang Berpengalaman
Seseorang guru permulaan atau guru pelatih hendaklah mendampingi guru-guru matematik yang berpengalaman di sekolah dan jika diizinkan mengikuti beberapa sesi pengajaran guru-guru tersebut.

·         Rancangan Pengajaran
Seseorang guru matematik harus mahir dan faham tentang isi kandungan kurikulum matematik bagi tingkatan yang akan diajarnya dan berusaha mendapatkan contoh-contoh rancangan pengajaran dan aktiviti-aktiviti daripada buku-buku panduan mengajar matematik yang disediakan oleh pihak-pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian.

·         Meneliti Buku Teks Dan Rujukan
Buku teks dan buku rujukan merupakan sumber yang penting bagi mendapatkan idea untuk pengajaran pembelajaran. Seseorang guru matematik yang berkesan selalunya sedar bahawa pemilihan aktiviti-aktiviti dan contoh-contoh yang digunakan adalah berasaskan kepada teori-teori pembelajaran Matematik.

·         Membuat Perancangan Pengajaran Bagi Sesuatu Topik Atau Unit
Guru matematik perlu membuat rancangan mengikut unik topik bagi melihat prespektif yang lebih luas terhadap isi kandungan sesuatu tajuk atau bidang.

·         Latar Belakang Pelajar
Guru matematik perlu mengetahui peringkat perkembangan kognitif setiap pelajar-pelajarnya. Guru perlu tahu sama ada pelajar-pelajarnya berada pada peringkat konkrit atau peringkat formal.


·         Bahan Bantu Mengajar
Guru matematik perlu memilih dan mengenal pasti tajuk-tajuk matematik yang memrlukan bahan bantu mengajar.

Perancangan Jangka Pendek
Seseorang guru permulaan atau guru pelatih perlu membuat persediaan mengajar harian, menentukan strategi dan kaedah pengajaran dan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang sesuai, penilaian serta penyediaan dan pengunaan bahan bantu mengajar. Antara aspek persediaan pengajaran harian yang boleh dijadikan panduan oleh guru adalah seperti berikut:
·         Rancangan Pengajaran Harian
Perancangan pengajaran adalah perkara-perkara yang guru akan lakukan dan jangkaan tentang kemampuan pelajar –pelajar dapat lakukan sepanjang pengajaran berlangsung. Berikut adalah perancangan harian dalam pengajaran pembelajaran matematik:

a.       Matlamat Dan Objektif
Matlamat dan objektif sesuatu tajuk atau kemahiran selalunya dinyatakan dengan jelas dalam huraian sukatan pelajaran. Matlamat merupakan hasrat untuk dicapai oleh pelajar bagi sesuatu pengajaran, kursus atau program. Objektif pula merupakan satu pernyataan yang lebih spesifik tentang apa yang pelajar boleh rasakan, mengetahui, atau boleh lakukan.

b.      Pengkelasan Objektif
Para penyelidik selalunya membuat pengkelasan objektif pengajaran kepada tiga kategori iaitu afektif, kognitif dan psikomotor.
                                                        i.            Objektif afektif
Merujuk kepada sikap atau perasaan

                                                      ii.            Objektif kognitif
Merujuk kepada kemahiran refleks dan konsep yang pelajar harus fahami

                                                    iii.            Objektif psikomotor
Merujuk kepada perkara-perkarayang pelajar lakukan secara fizikal.

c.       Perancangan unit pengajaran
Unit merupakan perancangan yang rapi mengandungi pengalaman pembelajaran untuk mencapai beberapa matlamatdan objektif pembelajaran. Sesuatu unit pengajaran boleh mengambil beberapa siri kelas atau pengajaran atau beberapa minggu pengajaran pembelajaran untuk melengkapkannya.

Rancangan Mengajar
1.      Bagi memindahkan pengetahuan daripada guru kepada pelajar, persediaan bahan pengajaran perlu interpretasikan dan dianalisis dengan teliti supaya pengetahuan boleh disampaikan melalui demostrasi, contoh harian, penerangan dan sebagainya.
2.      Seterusnya, guru perlu memilih cara persembahan atau kaedah dan strategi yang bermakna, aktiviti berpusatkan pelajar seperti kerja kumpulan, penyoalan, inkuiri penemuan dan suasana bilik darjah yang sesuai.
3.      Bagi aspek penilaian, kefahaman pelajar dinilai semasa dan selepas proses pengajaran pembelajaran dan juga pada akhir pelajaran.

Penyoalan dalam Matematik
1.      Seseorang guru mestilah secara berterusan mempertingkatkan kemahiran penyoalannya yang mana boleh memperkemaskan lagi keberkesanan pengajarannya.
2.      Antara cara yang boleh diamalkan oleh seseorang guru matematik dalam mempertingkatkan kemahiran penyoalan adalah:
Ø  Bahasa yang mudah dan ringkas
Ø  Maksud yang jelas dan tepat
Ø  Urutan logik
Ø  Soalan yang meransang usaha (motivasi)
Ø  Memelihara minat pelajar 

Sepuluh Jenis Soalan Yang Harus Dielakkan
Jenis soalan yang harus dielakkan oleh guru adalah:
1.      Soalan berlapis
2.      Soalan pelbagai
3.      Soalan ‘Elliptical’ (tak jelas)
4.      Soalan fakta
5.      Soalan ya-tidak (tekaan)
6.      Soalan terarah
7.      Soalan respon beramai-ramai
8.      Soalan tidak dirancang
9.      Soalan berpusatkan guru
10.  Soalan kabur (ambiguous)


BAB 3: INTEGRASI TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN MATEMATIK
1.      Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai ‘sekolah bestari’.
2.      Justeru itu, penggunaan teknologi sebagai alat untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang sains, matematik teknologi dan teknologi dengan mengambil kira keupayaan dan kebolehan semua pelajar serta memungkinkan pembelajaran berlaku secara terarah dan akses kendiri mengikut kadar sendiri.

Sekolah bestari
1.      Sekolah bestari mengubah paradigma pengajaran pembelajaran serta kurikulum
2.      Sistem pengurusan sekolah, system pentaksiran dan penilaian serta lain-lain komponen pengurusan diubah supaya sesuai dengan arus perkembangan teknologi maklumat.

Komponen Pengajaran Pembelajaran Sekolah Bestari
Tiga komponen utama telah dikenal pasti dalam pelaksanaan sekolah bestari iaitu:
·         Pedagogi
Dalam aspek pedagogi, tumpuan adalah untu mengoptimumkan potensi pelajar dan meningkatkan proses pembelajaran dengan bimbingan guru dan bantuan teknologi.

·         Kurikulum
Pengintegrasian ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang tepat merentasi kurikulum diberi penekanan.

·         Penilaian
Aspek penilaian diberi penekanan yang lebih komprehensif iaitu melibatkan penilaian secara holistik, berdasarkan unsur, merujuk kepada kriteria, berpusatkan pelajar, ‘on-line’, pelbagai bentuk, pelbagai pendekatan, alat dan penilaian secara berterusan.

·         Bahan
Penggunaan bahan pengajaran pembelajaran mengambil kira keperluan kurikulum dan pengajaran serta dapat mencabar pemikiran.
Integrasi Alat Teknologi Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik
1)      Kalkulator
1.      Kalkulator elektronik berkemampuan untuk melakukan penyelesaian matematik melibatkan proses asas, fungsi memori, punca kua dua dan peratus.
2.      Antara tujuan penggunaan kalkulator dalam pengajaran pembelajaran matematik adalah:
Ø  Alat untuk memahami konsep matematik
Ø  Alat untuk meneguhkan konsep matematik
Ø  Alat pembelajaran penyelesaian masalah
Ø  Membuat penyelesaian masalah matematik lebih realistic
Ø  Alat bantuan dalam kursus matematik lanjutan

2)      Kalkulator Saintifik
1.      Kalkulator saintifik didapati mempunyai kemampuan melakukan penyeesaian matematik tambahan yang lebih kompleks seperti fungsi trigonometri, logaritma, sstatistik dan kebarangkalian.

3)      Kalkulator grafik
1.   Kalkulator grafik berkemampuan untuk melakukan semua aspek yang boleh dilakukan oleh kalkulator saintifik serta mempunyai kelebihan tambahan iaitu boleh memaparkan bentuk graf bagi fungsi-fungsi aljabar, fungsi trigonometri, fingsi selanjar dan tidak selanjar dalam bentuk koordinat segi empat atau parametrik.
4)      Komputer
1.   Kebolehan untuk menyimpan dan mendapatkan kembali maklumat dan himpunan-himpunan data yang besar dengan cepat menjadikan komputer sebagai satu alat yang penting dalam aktiviti harian.

Integrasi Komputer Dalam Pndidikan Matematik
·         Penggunaan computer bukanlah bertujuan untuk mengambil alih peranan guru dalam bilik darjah.
·         Komputer boleh membimbing pelajar melalui perkembangan tajuk-tajuk matematik.
·         Penggunaan komputer secara lebih berkesan dalam pengajaran pembelajaran di sekolah dibuat melalui lima mod iaitu:
ü  Mod tutorial
ü  Mod sokongan
ü  Mod resos
ü  Mod penemuan dan kawalan
ü  Mod perhubungan
ü   
Aplikasi Perisian Geometer’s Sketchpad Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik
·         Geometer’s sketchpad adalah dinamik dalam persekitaran geometri.
·         Dengan sketchpad kita boleh menkonstruk pelbagai bentuk yang mengkagumkan.

Aplikasi Perisian Microsoft Excel Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik (Disumbang Oleh En. Sulaiman Sarkawi)
·         Microsoft Excel adalah perisian yang menggunakan tetingkat (window) untuk membantu hamparan elektronik dengan adanya tambahan antaramuka grafik dan keupayaan penerbitan hamparan kerja.
·         Ini adalah kerana Microsoft Excel boleh dijadikan mesin pengira seperti penambahan, penolakan, pendaraban, penolakan dan pembahagian serta banyak formula yang tersedia di dalamnya untuk topik-topik tertentu selain daripada mampu untuk memanipulasikan teks yang dimasukkan.

Penggunaan Internet Dan World Wide Web (www) Atau Ruang Siber Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik
·         Ruang siber atau World Wild Web (www) merupakan medan manusia saling berhubung melalui computer dan sistem telekomunikasi tanpa mengira sempadan geografi.
·         Ruang siber atau www telah digunakan secara meluas dalam berbagai bidang seperti pendidikan, perdagangan, pelancongan, perkhidmatan dan lain-lain lagi.
·         Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam pedagogi pengajaran pembelajaran yang menggunakan www adalah:
ü  Bahan pengajaran
ü  Interaksi
ü  Mahir menggunakan teknologi computer
ü  Penilaian



BAB 4: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATEMATIK
Bab ini membincangkan tentang penerapan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran pembelajaran matematik. Beberapa contoh dan aktiviti penerapan KBKK dalam pengajaran pembelajaran ditunjukkan secara jelas sebagai panduan kepada guru-guru dalam usaha menerapkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK).

Definisi Berfikir
·         Som & Mohd Dahalan (1997) merumuskan berfikir sebagai proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan dan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dilalui.

Mengapa Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif
Antara sebab-sebab KBKK perlu diajar di sekolah secara eksplisit adalah:
·         Mengelakkan kesilapan berfikir
·         Memupuk pemikiran yang baik dan berkesan
·         Penekanan KBSM – sekolah Bestari

Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif
·         Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif.
·         Kedua-dua kemahiran berfikir ini melalui dua proses berfikir iaitu membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Strategi Pengajaran Pembelajaran KBKK
·         Terdapat dua strategi pengajaran pembelajaran KBKK dalam bilik darjah iaitu secara terpisah dan secara penyebatian

Ø  Secara terpisah
Pengajaran kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif secara terpisah diajar secara bersendirian dan isi kandungan mata pelajaran tidak dibincangkan sama sekali.

Ø  Secara penyebatian
§  Strategi pengajaran ini melibatkan pengajaran KBKK dibuat bersama-sama dengan isi kandungan mata pelajaran.
§  Penyebatian KBKK dan isi kandungan disampaikan dengan dua cara iaitu penyebatian penuh dan penyebatian separa.

Contoh Dan Aktiviti Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dalam Matematik
Terdapat beberapa contoh atau aktiviti bagi kemahiran berfikir secara kritis yang dicadangkan oleh penulis yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran pembelajaran matematik antaranya:
Ø  Membanding Dan Membaca
§  Membanding dan membeza merupakan kemahiran berfikir yang memerlukan kita mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara dua objek, peristiwa, organisma, idea-idea, situasi yang berdsarkan kepada aspek-aspek tertentu.

Ø  Membuat Kategori
§  Kemahiran membuat kategori merupakan kemahiran berfikir yang membolehkan kita mengelompokkan maklumat atau objek ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan.

Ø  Membuat Inferens (Pentakbiran)
§  Kemahiran berfkir membuat inferens adalah kemampuan menggunakan minda unuk membuat kesimpulan berdasarkan maklumat, bukti, petanda-petanda dan pola-pola tertentu.

Ø  Meneliti Bahagian-Bahagian Kecil Dan Keseluruhan
§  Kemahiran berfikir ini adalah keupayaan melihat dan memahami perhubungan, perkaitan, kepentingan dan pertalian antara bahagian-bahagian kecil dengan keseluruhan sesuatu objek, perkara atau masalah dengan lebih jelas.
Ø  Membuat Urutan
§  Kemahiran berfikir ni melibatkan penyusunan satu set nilai mengikut kriteria yang ditetapkan. Dalam matematik, nilai-nilai yang disusun merupakan nilai berangka yang menunjukkan sesuatu magnitud.
Contoh Atau Aktiviti Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Alam Matematik
Ø  Mencipta Analogi
§  Kemahiran berfikir ini merupakan kenyataan yang dicipta daripada perbandingan antara satu sama lain berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan untuk menyatakan maksud tertentu.

Ø  Menjana Pelbagai Kemungkinan
§  Kemahiran berfikir ini merupakan satu kemahiran menghasilkan idea-idea baru yang dapat digunakan untuk menghasilkan ciptaan atau menyelesaikan sesuatu masalah.


ULASAN KESELURUHAN BAB SECARA RINGKAS
Keseluruhannya, Teori dan Perkaedahan Pendidikan Matematik Siri 2 ini bermatlamat dalam memberi pendedahan kepada bakal-bakal guru matematik dan guru-guru terlatih tentang:

Ø  Perkembangan Kurikulum Matematik Sebelum Dan Selepas Perang Dunia Kedua.
Perubahan-perubahan yang berlaku dalam kurikulum di Malaysia kebanyakannya dipengaruhi oleh perubahan kurikulum di England. Perkembangan kurikulum matematik sebelum perang dunia kedua bagi matematik sekolah rendah hanya di ajar menggunakan risalah-risalah panduan yang dikeluarkan oleh ‘Pejabat Karang Mengarang, Jabatan Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur’, dan kemudiannya dicetak dalam bentuk buku panduan untuk guru. Bagi matematik sekolah menengah di Persekutuan Tanah Melayu  (Malaya), sukatan pelajaran berasaskan sukatan ‘Alternative B’ yang diasaskan oleh Cambridge telah digunakan.

Ø  Perkembangan Kurikulum Matematik Di Malaysia.
Segala perubahan yang berlaku di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Britain dan Eropah turut dirasai di Malaysia. Pelbagai langkah positif telah diatur bagi merombak semula kurikulum matematik dan sains di sekolah-sekolah supaya sesuai dengan keadaan semasa. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperakui dengan pengukuhan pendidikan asas bermula dari kurikulum sekolah rendah dan pendidikan umum lebih sesuai kepada murid-murid yang akan bekerja dan menyambung pengajian peringkat yang lebih tinggi.

Ø  Perancangan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Bagi Jangka Panjang Dan Jangka Pendek.
Pengajaran merupakan satu seni yang yang sukar diterjemahkan di atas kertas secara jelas. Setiap hari guru membuat keputusan tentang bagaimana untuk menyampaikan pengajarannya. Perancangan yang baik mengambil kira aktiviti-aktiviti yang dijangkakan akan berlaku dalam bilik darjah, pemantauan dan refleksi tentang pengajaran dan pembelajaran. Perancangan jangka panjang boleh diaplikasikan oleh guru permulaan dan guru pelatih untuk mengajar pada sesuatu semester atau semasa menjalani praktikum. Manakala perancangan jangka pendek doleh dilakyukan oleh guru pelatih dalam membuat persediaan mengajar harian.


Ø  Perancangan Pengajaran Bagi Unit Pengajaran dan Rancangan Mengajar.
Unit pengajaran ialah perancangan rapi yang mengandungi pengalaman pembelajaran untuk mencapai beberapa matlamat dan objektif pembelajaran. Satu unit pengajaran mengandungi beberapa rancangan pengajaran harian yang disusun berturutan bagi mencapai matlamat dan objektif unit. Dalam usaha mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran matematik, berbagai cadangan disyorkan oleh pendidik dan penyelidik pendidikan matematik di seluruh dunia. Antara syor tersebut adalah penggunaan model-model pengajaran dan pembelajaran yang sesuai seperti Model Shulman.

Ø  Teknik Penyoalan Dalam Matematik
Kemahiran seseorang guru dalam mengemukakan penyoalan yang baik semasa pengajaran dan pembelajaran dapat menggalakkan pembelajaran aktif dalam kalangan pelajar. Dalam pengajaran, enam jenis penyoalan (Bloom’s Taxanomy) dititikberatkan iaitu pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sentisis dan penilaian. Keenam-enam jenis soalan ini tidak mempunyai kepentingan atau kekerapan penggunaan yang sama dalam pengajaran. Guru Matematik didapati sering membuat kesilapan semasa membuat perbincangan dalam penyelesaian masalah matematik. Guru seharusnya memberi banyak peluang kepada kepada pelajar mengemukakan soalan dan gunakan soalan yang diajukan oleh pelajar-pelajrnya untuk memperkembangkan idea-idea tertentu yang bersesuaian.

Ø  Penggunaan Dan Aplikasi Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik
Dalam konteks Malaysia, pendidikan interaktif dapat dijayakan dengan wujudnya Koridor Raya Multimedia (MSC). MSC merupakan asas utama kepada perkembangan teknologi maklumat negara.  Dengan kemajuan dalam bidang teknologi, kurikulum sekolah telah disusun semula serta amalan pengajaran dan pembelajaran disesuaikan serta diperkemaskan lagi dengan mengambil kira keupayaan pelajar yang pelbagai. Penggunaan komputer bukanlah bertujuan untuk mengambil alih peranan guru dalam bilik darjah, tetapi digunakan sebagai bimbingan kepada pelajar terhadap pekembangan tajuk-tajuk matematik. Guru-guru hendaklah berkemampuan untuk memilih mod-mod penggunaan komputer yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajarannya. Antara mod yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan menggunakan komputer adalah mod tutorial, mod sokongan, mod resos, mod penemuan dan kawalan dan mod perhubungan.
Ø  Penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK)
Bagi mencapai hasrat yang tercatat dalam Wawasan 2020 dan aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia (MSC), sistem pendidikan di Malaysia tidak hanya menekankan kepada 3M (membaca, menulis dan mengira) sahaja malah turut diberi penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK), kemahiran saintif dan kemahiran teknologi. Pemikiran yang baik bergantung kepada pemikiran pengurusan pemikiran yang baik. Bagi mencapai hasrat tersebut, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif perlu dipupuk melalui pendidikan di sekolah. KBKK hendaklah diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan strategi yang tertentu supaya dapat menggalakkan pelajar berfikir serta menguasai isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan.

Secara keseluruhannya, buku ini memberi keterangan yang jelas kepada para bakal guru matematik dan guru terlatih dalam memahami dengan lebih mnedalam mengenai kurikulum matematik dan teori atau kaedah sesuai digunapakai sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Cara atau kaedah perancangan pengajaran yang rapi dan tersusun turut dikupas di dalam buku ini. Penekanan terhadap strategi pengajaran jangka pendek dan strategi pengajaran jangka panjang turut ulas di dalam buku ini yang mana amat berguna kepada para bakal guru matematik dan guru pelatih.


PANDANGAN SECARA RINGKAS MENGENAI BUKU
1.      Kurikulum Bersepadu Sekolah Menegah (KBSM)
Selaras dengan perakuan-perakuan Jawatankuasa Kabinet dan pembentukan Falsafah Pendidikan Negara yang digubal pada tahun 1987 yang bertujuan untuk memantapkan hala tuju serta matlamat pendidikan negara dalam melahirkan bangsa yang maju, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal semula kurikulum peringkat sekolah menengah terutamanya dalam bidang sains dan matematik. Kurikulum KBSM yang digubal menitikberatkan kebolehan penyelesaian masalah, pemikiran logik dan penerapan nilai-nilai murni. Disebabkan buku ini diterbitkan pada tahun 2001, penulis telah menekankan mengenai kurikulum KBSM dengan terperinci. Namun begitu, KBSM telah digubal semula selaras dengan perkembangan terkini dan KSSM telah digunapakai dalam kurikulum sekolah menengah.

2.      Perancangan Untuk Pengajaran
Seseorang guru terutamanya guru permulaan atau guru pelatih Matematik hendaklah membuat perancangan rapi bagi menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bentuk yang mudah difahami oleh pelajar. Perancangan yang boleh dibuat oleh guru pelatih atau guru permulaaan adalah perancangan jangka panjang dan perancangan jangka pendek. Perancangan jangka panjang merupakan perancangan susunan kerja untuk satu semester atau semasa menjalani praktikal dan tahunan. Manakala, perancangan jangka pendek melibatkan persedian mengajar harian dan mingguan. Melalui perancangan untuk pengajaran ini, seseorang guru dapat menyampaikan pengajarannya dengan berkesan.

3.      Rancangan Mengajar Matematik
Buku ini membincangkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran Model Shulman yang mana mengikut model ini, pengajaran melibatkan enam peringkat iaitu peringkat kefahaman sedia ada, transformasi, pengajaran, penilaian, renungan dan kefahaman baru. Mengikut model Shulman, guru permulaan dan guru pelatih tidak sepatutnya diarah mengajar mengikut cara-cara tertentu tetapi mereka perlu dilatih untuk menaakul dan menguasai pemindahan pengetahuan serta kefahaman tentang isi kandungan pengajaran kepada pelbagai bentuk yang membolehkan pelajar belajar dengan berkesan. Namun begitu, terdapat pelbagai model pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunapakai oleh para guru pelatih dan guru permulaan yang mana mempunyai pelbagai peringkat yang boleh diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah Model Pengajaran Sim dan Model Assure.

4.      Sekolah Bestari
Berikutan kemajuan dalam bidang teknologi, kurikulum sekolah telah disusun semula serta amalan pengajaran dan pembelajaran disesuaikan berdasarkan keupayaan pelajar yang pelbagai. Buku ini telah memfokuskan kepada sekolah bestari yang mengubah paradigma pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum. Sekolah bestari merupakan salah satu aplikasi perdana yang penting. Antara lain kurikulum sekolah ini mengambil kira kebolehan setiap pelajar di mana pelajar yang cemerlang boleh mengikuti kandungan sukatan pelajaran yang lebih tinggi dan kompleks sementara pelajar yang lemah akan meneruskan segala aktiviti pembelajaran hingga mereka bersedia untuk mempelajari kandungan yang lebih tinggi. Kurikulum sekolah bestari ini merupakan satu kurikulum yang boleh meningkatkan keupayaan pelajar terhadap kemajuan teknologi yang sedang meningkat kini.

5.      Integrasi Komputer Dalam Pendidikan Matematik
Penggunaan komputer sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran boleh membimbing pelajar mendalami tajuk-tajuk di dalam mata pelajaran Matematik. Pemilihan penggunaan bahan ini dalam kurikulum sekolah hendaklah diawasi keberkesanannya di mana ianya hendaklah digunakan sebagai pelengkap kepada pengajaran guru dan bukannnya untuk menggantikan guru semasa pengajaran. Buku ini menerangkan dengan lebih terperinci penggunaan perisian komputer dalam mata pelajaran matematik. Antara perisian yang digunakan adalah perisian Geometer’s Sketchpad iaitu perisian untuk meneroka geometri secara dinamik. Selain itu, buku ini juga menerangkan dengan lebih terperinci mengenai aplikasi perisian Microsoft Excel bagi memproses data yang melibatkan operasi aritmatik.


RUJUKAN
Noor Shah Saad (2001). Teori Dan Perkaedahan Pendidikan Matematik. Petaling Jaya, Selangor. Prentice Hall.