Thursday, 24 December 2015

ISU 8: PANDANGAN DAN CADANGAN MENGENAI ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ULASAN DAN PANDANGAN OLEH:

NAMA: FATHIAH BINTI ABDUL RASHID
NO. MATRIK: M20151000754

ULASAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

KEKANGAN MASA GURU SEMASA PROSES P&P
Penggunaan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru menyediakannya. Persediaan diperlukan termasuk dari aspek penyediaan bahan mengajar serta bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan. Kebanyakan guru sedar tentang kelebihan menggunakan komputer tetapi kurang menggunakannya kerana kekangan masa, masalah penyelenggaraan dan kemahiran. Kesuntukan masa menggunakan ICT oleh guru-guru menjadi penghalang manakala sikap positif, keyakinan diri dan kemahiran menggunakan ICT menjadi pendorong perlaksanaannya dalam pengajaran dan pembelajaran

GURU KURANG MAHIR DALAM PENGGUNAAN ICT
Oleh kerana tidak semua bahan pengajaran tersedia untuk digunakan terus, maka guru dikehendaki menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik, tetapi keinginan guru untuk menambahbaikan bahan pengajaran dan pembelajaran hanya tinggal sebagai kemahuan sahaja kerana guru-guru kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

GURU LEBIH MEMFOKUSKAN KEPADA PEPERIKSAAN
Disebabkan penekanan kepada pencapaian di dalam peperiksaan, guru-guru hanya memfokuskan kepada isi kandungan dan kemahiran yang dinilai di dalam peperiksaan. Pelajar diajar untuk mengingati model jawapan. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang berkemungkinan mengeluarkan apa yang dipelajari tanpa memahami konsep-konsep penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Jadi di sini terdapat kekangan terhadap penggunaan ICT di kalangan guru.
PEMBEKALAN BAHAN/PRASARANA TIDAK MENCUKUPI
Satu cabaran penting pendidikan ialah menyediakan kemudahan prasarana dan bahan sokongan untuk guru dan semua pelajar. Ini bermakna kemudahan ini tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja. Ironinya pada hari ini, pembekalan kemudahan ICT seperti komputer tidak seimbang antara bandar dan luar bandar. Selain itu, sistem rangkaian dan jalur lebar di Malaysia masih tidak meluas yang menyukarkan capaian kepada internet.

PELAJAR KURANG TERDEDAH DENGAN ICT
Pelajar di luar bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet dalam kehidupan seharian. Ada di antara pelajar yang tidak pernah menggunakan atau mempunyai sebarang alat ICT, contoh komputer di rumah mereka. Hal ini menyebabkan kesukaran dan merencatkan pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun, hal ini tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut menggunakan gajet ICT. Pelajar-pelajar bandar juga sudah biasa terdedah kepada teknologi ini yang mana akan dapat membantu mereka untuk meningkatkan proses pembelajaran, iaitu mereka boleh mendapatkan pelbagai akses dengan bantuan penggunaan alatan ICT, manakala pelajar luar bandar akan menjadi lebih jauh jurang perbezaan dari pelbagai segi berbanding pelajar bandar. 

KEKURANGAN GURU TERLATIH DALAM ICT

Bilangan guru terlatih dalam ICT yang dibekalkan belum mencukupi. Semua graduan baru pendidikan mesti dibekalkan dengan ilmu tentang ICT. Komputer dan alatan ICT lain di sekolah juga sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi. Dengan adanya guru-guru terlatih yang mahir penggunaan ICT, masalah ini mungkin dapat diatasi. Guru ICT terlatih amat perlu dari segi pengurusan dan penyelenggaraan alatan ICT, bagi memastikan ianya sentiasa dalam keadaan baik untuk boleh diguna pakai. Setiap sekolah sepatutnya dibekalkan dengan sekurang-kurangnya seorang pakar ICT, yang cukup mahir tentangpengendalian perkakasan ICT, supaya ianya dapat bertahan lama dan sentiasa dalam keadaan baik dan yang boleh diguna pakai.

ISU 8: PANDANGAN DAN CADANGAN MENGENAI ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CADANGAN DAN PANDANGAN OLEH:

NOR SHAHEERA BINTI ISMAIL
M20151000760
ULASAN TENTANG PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pembekalan keperluan ICT yang tidak berkualiti.
Keperluan ICT perlulah mengikut standard Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengelakkan masalah-masalah yang tidak diingini berlaku. Pihak KPM harus berhati-hati dalam pemilihan pembekal untuk keperluan ICT di sekolah. Mutu peralatan ICT yang rendah boleh mengganggu proses penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaupun pihak KPM telah melantik juruteknik komputer di setiap daerah, namun masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Selain itu, komputer hendaklah diletakkan ditempat yang sesuai dan boleh digunakan oleh semua orang termasuk guru dan pelajar-pelajar sekolah.

Bilangan komputer di sekolah jauh lebih rendah daripada bilangan pelajar.
Sesetengah sekolah kita dapati bahawa bilangan pelajar lebih ramai berbanding dengan bilangan komputer yang dibekalkan oleh KPM yang menyebabkan pelajar terpaksa berkongsi dalam menggunakan komputer. Justeru itu, kebiasaannya penggunaan ICT dalam pengajaran hanya terfokus kepada sesuatu mata pelajaran sahaja dalam masa-masa tertentu sahaja. Walaupun hampir semua sekolah sudah dibekalkan dengan komputer secara menyeluruh, namun pelajar tidak dapat akses kepada komputer secara menyeluruh terutamanya di sekolah pedalaman yang mempunyai masalah pengaksesan.

Persepsi guru terhadap kepentingan komputer
Walaupun ramai guru sudah bersedian dengan perubahan yang disarankan oleh kerajaan tentang penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, namun ramai guru masih menggunakan kaedah konvensional relevan dengan sistem peperiksaan. Guru ini lebih suka memfokuskan kepada isi kandungan dan kemahiran yang akan dinilai di dalam peperiksaan. Pelajar dilatih untuk mengingati model soalan dan jawapan dalam peperiksaan. Guru ini akan memberikan latihan secara berterusan sehinggan mengabaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan ICT.

Peranan dan sikap pengetua di sekolah.
Kita sudah sedia maklum bahawa pengetua merupakan ketua dalam sesuatu organisasi di sekolah yang menjadi panduan setiap warga yang berada di sekolah tersebut. Pengetua atau pentadbiran adalah penggerak yang boleh memotivasikan setiap guru supaya mempunyai misi dan objektif yang sama dalam meningkatkan kualiti pendidikan sekolah. Ketidak prihatinan mereka inilah yang boleh menyebabkan organisasi pendidikan ketinggalan.

Penyalahgunaan makmal komputer dan internet percuma.

Di alam era globalisasi kini, kita tidak terlepas dengan medan sosial seperti  muka buku, twiter, Myspace dan sebagainya. Guru-guru dan pelajar didapati menyalahgunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dengan melayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran mereka. Hal ini boleh menyebabkan peningkatan jenayah internet yang sukar untuk dikawal. Memandangkan internet merupakan keperluan utama, amatlah tidak wajar untuk melarang mereka untuk menggunakannya tetapi mestilah dipantau oleh guru-guru yang bertugas memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran banyak melibatkan penggunaan internet dalam mencari bahan-bahan yang diperlukan. Selain itu, nilai-nilai murni haruslah diterapkan dalam minda pelajar bagi mengelakkan masalah ini daripada bertambah teruk.

ISU 8: PANDANGAN DAN CADANGAN MENGENAI ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

NUR ASYATULMAILA BINTI MOHAMAD ASRI
M20151000721
M. EDU. MATHEMATICS

PANDANGAN DAN CADANGAN MENGENAI ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Peranan Pihak Pentadbir Sekolah
Isu ini dilihat melalui peranan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan kemudahan prasarana dari segi teknologi kepada pihak guru dan pelajar. kemudahan-kemudahan ini perlu disediakan dengan lengkap oleh pihak pentadbir sekolah bagi memudahkan pelajar dan guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pihak sekolah boleh menyediakan kursus-kursus ICT yang bersesuaian dengan guru dan pelajar. kursus yang disediakan kepada pihak guru bertujuan menambah kemahiran guru dalam penggunaan dan pengendalian ICT semasa sesi pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung di dalam kelas. Bagi pihak pentadbir sekolah yang mempunyai jawatan yang lebih tinggi berbanding guru yang lain, mereka boleh jadikan diri mereka sebagai contoh atau role model kepada guru lain dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran berpandukan ICT, dengan ini guru lain akan berasa lebih terpengaruh untuk menggunakan teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

2. Faktor Ekonomi Sekolah
Faktor ekonomi sekolah dapat dilihat melalui peruntukan kewangan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada setiap sekolah dalam menyediakan kemudahan ICT yang lengkap. Terdapat sesetengah sekolah yang mendapat peruntukan yang tidak mencukupi dari segi kemudahan ICT. Situasi ini akan menyebabkan terdapat sesetengah pelajar yang tidak dapat menggunakan kemudahan ICT sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas. Terdapat juga situasi yang mana pelajar terpaksa berkongsi kemudahan tersebut yang mana ini akan menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung kurang berkesan kerana pelajar terpaksa menunggu giliran untuk menggunakan kemudahan tersebut.

3. Kekangan Masa Sewaktu Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran.
Setiap pihak pentadbiran sekolah terutamanya guru telah terikat dengan sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian pelajaran bagi negeri tersebut. ini akan menyebabkan guru harus menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran berpandukan kepada jadual untuk menghabiskan sukatan pelajaran dalam waktu yang telah ditetapkan. Bagi sesetengah guru yang kurang pengetahuan dan pendedahan dari segi penggunaan ICT yang betul, mereka berpendapat bahawa penggunaan ICT akan melambat sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran berpandukan ICT, persediaan awal dari segi bahan untuk mengajar harus disediakan terlebih awal. Sekiranya berlaku sebarang masalah atau gangguan terhadap ICT sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, masa untuk guru memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran akan tergendala. Perkara ini bukan sahaja akan memakan masa guru dan pelajar malahan matlamat guru untuk menghabiskan sesuatu sukatan berpandukan jadual yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian dan pentadbir sekolah turut terganggu. Kebanyakan guru terpaksa mengadakan kelas tambahan di luar sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menghabiskan sukatan mata opelajaran tersebut.

4. Perbezaan Teknologi Bagi Sekolah Bandar Dan Luar Bandar.
Perbezaan teknologi bagi sekolah Bandar dan luar Bandar dapat dilihat dari segi kemudahan internet yang diperoleh bagi sekolah di kawasan Bandar dan sekolah di kawasan luar Bandar. Disebabkan oleh kedudukan geografi kawasan sekolah Bandar yang lebih senang untuk mendapat rangkaian jalur lebar, maka penggunaan internet di sekolah kawasan Bandar adalah lebih laju berbanding sekolah di kawasan luar Bandar yang mana kemudahan kemudan internet adalah sangat perlahan. Situasi ini akan menggangu sesi pengajaran guru bagi sekolah di kawasan luar Bandar sekiranya guru menggunakan teknologi berpandukan internet di dalam kelas. Kadang kala, terdapat juga sekolah di kawasan luar Bandar yang tidak mempunyai juruteknik bagi membantu menyelesaikan masalah ICT. Perkara ini akan menyebabkan guru hanya mengambil pendekatan menggunakan kaedah chalk and talk sahaja ketika sesi pengajaran kerana untuk menunggu jurutenik membaiki alat teknologi yang rosak tersebut akan memakan masa yang lama.

5. Penyalahgunaan Makmal Komputer Dan Internet Percuma Di Sekolah
Penyedian makmal komputer dan internet percuma di sekolah kadang-kala disalahgunakan oleh pelajar. Ini dapat dilihat dari segi situasi yang mana pelajar akan menggunakan internet dan komputer yang di sediakan di sekolah untuk membuka laman-laman sesawang yang lain daripada laman sesawang pembelajaran. Kadang-kala, pelajar akan gunaan internet percuma yang disediakan di sekolah untuk memuat turun video-video yang tidak berkaitan dengan pembelajaran yang mana video ini lebih ke arah hiburan semata-mata. Kekurangan pemantauan oleh pihak pentadbiran sekolah terhadap pelajar sewaktu sesi penggunaan computer merupakan salah satu punca yang menyebabkan pelajar berani menyalahgunakan kemudahan ICT yang disediakan. Bagi mengelakkkan perkara ini terjadi, pihak pentadbiran sekolah seharusnya menempatkan beberapa orang pemantau ICT  bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan internet ini.

6. Minat Pelajar Terhadap ICT.
Isu ini timbul bila adanya sesetengah pelajar yang kurang mengambil perhatian akan kepentingan teknologi maklumat dalam pembelajaran. Terdapat sesetengah pelajar yang mempunyai pandangan yang negatif terhadap teknologi maklumat terutamanya terhadap internet. Manakala, bagi pelajar yang terdiri daripada taraf ekonomi keluarga yang yang rendah, mereka berpendapat bahawa memiliki alatan ICT merupakan satu pembaziran dan apabila mereka didedahkan dengan ICT di sekolah, pelajar tersebut tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan kemudahan tersebut.


ISU 8: ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGENALAN

ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Information and Communications Technology (ICT) bermaksud sebarang sumber komputer berasakan komputer sama ada melalui rangkaian atau tidak termasuk perkakasan atau perisian yang diperolehi sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran seperti internet, emel, video conference, word processing, spreadsheet dan CD. Manakala menurut kamus dewan edisi keempat penggunaan ICT dalam pendidikan ialah menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dasar ICT dalam pendidikan telah dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin pada Oktorber 2012. Tujuannya adalah untuk transformasi proses pendidikan melalui penggunaan teknologi. Selain itu, sebagai pembangunan modal insan secara berterusan . keperluan untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pada era kini kian terdesak. Pada peringkat sekolah rendah, ICT menjadi satu kemestian untuk menarik minat murid dalam pelajaran mereka. Pada peringkat menengah, ICT dilihat untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam ICT serta dapat meggunakan maklumat secarakritis dan kreatif bagi meningkatkan pemahaman dalam pelajaran. 

Menurut Harison Bakar (2008), bagi memudahkan guru dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dimana pada tahun 2003 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan komputer riba sebagai alat teknologi kepada guru. Namun demikian, dalam tinjaun yang dijalankan pada bulan Mac higga Mei 2007 didapati ramai guru tidak mengaplikasikan alat canggih tersebut secara optimum.

Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan ICT dalam pendidikan yang meliputi prasarana, pengisisan dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan insfrakstruktur. Namun wujudnya isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara isu yang sering dibangkitkan dengan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kekangan masa dalam guru menghasilkan bahan ABM berbentuk ICT,sikap guru terhadap teknologi dalam pengajaran da pembelajaran, kekurangan prasarana serta bahan sokong dan penyalahgunaan makmal komputer dan internet percuma.

(1) KEKANGAN MASA DALAM GURU MENGHASILKAN BAHAN ABM BERBENTUK ICT

Pelbagai isu akan timbul dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan timbul apabila seseorang guru mempunyai masalah pengajaran mereka dalam menggunakan ICT. Walaupun penggunaan ICT banyak faedahnya dalam pengajaran dan pembelajaran , namun tidak ramai guru yang menggunakan kemudahan yang disarankan oleh kerajaan ini. Antara alasan yang sering diperdengarkan oleh guru adalah kekangan masa dalam menyediakan bahan ABM dalam membina persembahan dan mengintergrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakan Powerpoint dengan input-input seperti rakaman suara, memasukkan video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru itu sendiri. Walaupun dengan penggunaan ICT ini boleh menarik minat pelajar , namun segelintir guru lebih suka menggunakan kaedah tradisonal dalam pengajaran mereka. Bagi mereka kaedah ini lebih mudah dan cepat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Dalam satu kajian pada tahun 2008 menunjukkan kesuntukan masa menggunakan ICT oleh guru menjadi penghalang manakala sikap positif dan keyakinan diri dan kemahiran menggunakan ICT menjadi pendorong dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana masa bagi pengajaran adalah singkat dan sekiranya guru tersebut menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mereka, ia akan memerlukan persediaan sebelum dan selepas pengajaranoleh guru itu sendiri. Hal ini akan mengambil masa guru dalam penyediaan bahan tersebut. Kekangan masa dalam menyediakan bahan dengan menggunakan ICT juga menjadi bebanan tugas guru yang sedia ada bertambah.

Penggunaan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru dalam menyediakan bahan ABM. Persediaan yang diperlukan adalah termasuk dari segi aspek penyediaan bahan pengajaran serta setup bahan dalam koputer sebelum kelas dimulakan dengan bilagan waktu mengajar yang banyak. Sesetengah guru mempunyai waktu mengajar sebanyak 27 waktu seminggu. Hal ini sukar bagi guru tersebut untuk membuat persediaan mengajar dan juga untuk setup bahan mengajar dimakmal komputer. Guru-guru juga mempunyai tugas-tugas lain seperti menjadi setiusaha peperiksaan, guru data, ketua-ketua panitia, Ajk PIBG dan sebagainya. Situasi ini sukar bagi guru untuk membuat persediaan yang mantap jika mereka perlu menyediakan bahan sediri dalam pengajaran.

Sekiranya guru tidak menguasai kemahiran ICT, ini akan menyebabkan masa akan terbuang begitu sahaja kerana guru berkenaan terpaksa mengambil masa yang agar lama untuk menyediakan persiapan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Sabri Ahmad (2006), penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara fikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, dalam kajian Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan (2006), menyatakan guru kekurangan masa dalam pelaksanaan aktiviti berpusat pelajar dan guru-guru juga mempunyai masa yang terbatas untuk memberi penumpuan terhadap pelajar-pelajar terutamanya pelajar lemah dalam masa singkat.

Kebanyakkan guru-guru sedar tentang kebaikan dalam menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran namunkeran kekangan masa, masalah penyelenggaraan dan kemahiran menjadi penghalang bagi mereka.

(2) SIKAP GURU TERHADAP TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Terdapat banyak cabaran dalam mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan matematik. Bukan sahaja melibat kepada kesesuaian perisian yang digunakan, malah juga melibatkan sikap guru. Menurut Aiken (1976) dan Ajzen (1988) sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif terhadap benda, situasi, institusi, konsep atau individu lain. Beberapa tinjauan literatur lepas telah menunjukkan bahawa wujudnya perkaitan yang rapat antara sikap dengan penggunaan teknologi maklumat dengan pengajaran dalam bilik darjah (Mohamad Nabzrim & Mohamad Nayan, 1997; Adenan, 1999; Krishnan et al., 2007). Dalam satu kajian yang melibatkan penggunaan komputer di empat buah sekolah di Amerika Syarikat, latihan teknologi maklumat yang konsisten terhadap kakitangan telah dikenal pasti sebagai satu faktor yang penting yang memupuk sikap positif dalam kalangan guru yang seterusnya membawa kepada perubahan dalam aktiviti profesional guru dalam teknologi maklumat selepas dua tahun (Rockman, Pershing & Ware, 1992 dalam Soon Yin & Kooi Guan, 2002).

Jika dianalisis daripada aspek demografi, dapatan oleh Azhar Haji Ahmad (1998) dalam kajiannya mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan responden lelaki dengan responden perempuan pada enam sub skala sikap terhadap komputer iaitu keyakinan, tingkah laku, kesukaan, penggunaan, kecekapan dan sikap kognitif. Walau bagaimanapun, dapatan oleh Ong dan Lai (2003, dalam Su Luan et al. ,2005) adalah sebaliknya, ia menunjukkan terdapat persepsi yang lebih baik khususnya daripada responden lelaki untuk tahap kemahiran, keupayaan dan pembelajaran secara e-Learning menggunakan komputer berbanding dengan responden perempuan. Dapatan ini juga disokong oleh kajian terdahulu oleh Liaw (2002) dan Chen dan Tsai (2005, dalam Su Luan et al. ,2005) yang mendapati bahawa responden lelaki mempunyai persepsi yang lebih baik terhadap komputer dan teknologi web berbanding responden perempuan. Walau apa pun dapatan daripada kajian lepas, penyelidik bersetuju dengan Kirkpatrick dan Cuban (1998) yang menyatakan bahawa jurang tahap kemahiran dan sikap terhadap jantina akan dapat dikurangkan jika didedahkan kepada pengalaman serta kemahiran yang sama dalam bidang komputer.

Merujuk kepada perkaitan di antara sikap guru dengan umur, Ting Kai Chu (1998) mendapati, secara keseluruhannya guru yang muda mempunyai sikap yang positif terhadap komputer berbanding guru yang lebih berusia. Ini adalah kerana guru-guru muda ini telah terdedah dengan komputer sama ada di sekolah mahupun di universiti sedangkan golongan guru yang lebih berusia tidak mengalaminya. Dapatan yang sama juga diperoleh oleh Mukama dan Andersson (2007), iaitu guru-guru yang berusia enggan untuk berubah ke arah pengintegrasian komputer di sekolah berbanding guru-guru baru yang lebih mesra dengan teknologi maklumat. Ini menunjukkan golongan muda lebih terdedah kepada teknologi baru. Justeru itu, ia meningkatkan tahap penerimaan dan penggunaannya. Ini disokong oleh Mortimer dan Scott (2003: 35) menyatakan pengalaman menggunakan komputer mempengaruhi sikap terhadap komputer. Menurut beliau kebanyakan guru tidak memahami bagaimana hendak menggabungkan kemahiran komputer dengan pengajaran di kelas. Bagaimanapun menurut beliau, sebanyak dua per tiga daripada kalangan guru menyatakan tidak bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran, tetapi bagi kumpulan guru yang lebih muda, yang membesar dan belajar dengan menggunakan komputer lebih berkeyakinan menggunakan komputer berbanding guru-guru yang telah lama berkhidmat. Guru yang bersikap positif terhadap komputer juga adalah lebih bersedia menggunakannya berbanding dengan guru yang bersikap negatif terhadap komputer.

Merujuk kepada perkaitan di antara sikap guru dengan taraf dan status jawatan serta bidang pengkhususan (opsyen), kajian oleh Mohamad Nabzrim dan Mohamad Nayan (1997) menunjukkan data yang diperoleh daripada soal selidik dan temu bual terhadap penggunaan komputer dalam kalangan guru bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dengan penggunaan komputer. Ini disokong oleh Mukama dan Andersson (2007) yang menyatakan bahawa faktor taraf jawatan dan pengkhususan tidak memberi kesan terhadap sikap guru terhadap komputer. Namun demikian, dapatan kajian oleh Adenan (1999) menyatakan bahawa sikap yakin dalam kalangan guru terhadap penggunaan komputer mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor latihan, kemudahan komputer dan galakan pentadbir.

 Berdasarkan beberapa kajian lepas juga, keengganan guru untuk berubah juga faktor signifikan yang mempengaruhi sikap guru. Ini didorong oleh sikap yakin terhadap teknik pengajaran dan pembelajaran konvensional yang dianggap relevan dengan sistem peperiksaan. Golongan guru ini berpendapat bahawa jika keputusan peperiksaan yang diperoleh pada setiap tahun cukup baik dan cemerlang mengapa harus mengubah apa yang sedia baik untuk pelajar. Ini ditambah lagi dengan kurangnya kursus khususnya guru-guru yang berkhidmat di pedalaman yang seterusnya akan menyemai sifat technophobia (Mukama & Andersson, 2007).

Guru perlu bersedia menerima perubahan ini dengan fikiran terbuka dan positif serta berusaha menangani perubahan dalam proses pengintegrasian teknologi ini. Guru perlu menyesuaikan diri dengan alat teknologi dan menguasai pedagogi untuk mengurus kelas. Ini menyokong pendapat Yushau (2006) iaitu untuk memastikan komputer digunakan secara meluas dalam kelas matematik, guru perlu membina sikap positif terhadap teknologi. Dalam situasi pembelajaran, guru perlu membuat perkaitan yang eksplisit atau jelas antara teknologi dan pengetahuan professional mereka sebagai kaedah, atau kandungan subjek yang diajar. Guru perlu menghubungkan penggunaan teknologi dengan konsep yang diajar (Hughes, 2004).
Daripada kajian lepas juga terdapat sebahagian guru yang telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional (Becker & Watt, 1996). Majoriti berpendapat untuk sesetengah tajuk, kaedah chalk and talk lebih berkesan berbanding penggunaan ICT. Ada topik dimana penggunaan ICT tidak membantu. Contohnya tajuk-tajuk yang memerlukan penerangan yang mendalam dan langkah penyelesaian lebih mudah di jelaskan melalui kaedah chalk and talk. Maksud kaedah chalk and talk disini adalah guru menerangkan isi pengajaran dengan hanya berbantukan papan hitam dengan menerangkan mengenai isi pengajaran dan menunjukkan langkah-langkah penyelesaian masalah satu persatu tanpa bantuan komputer dan LCD projektor. Malahan ada kalangan guru yang ‘buta ICT’, menyebabkan timbul sikap negatif dan tidak berminat mengajar menggunakan ICT selain sikap malas menyediakan bahan atau peralatan ICT untuk pengajaran. Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh sikap guru tersebut yang tidak ingin mencuba sesuatu yang baru. Menurut Albaugh (1997), guru lazimnya ragu-ragu dengan idea-idea baru dan terkini kerana mereka berasa selesa dengan apa yang selama ini mereka telah lakukan.

Ledakan teknologi ICT memberi cabaran baharu kepada profesion guru dan sistem pendidikan di sekolah yang masih belum mengalami perubahan yang drastik dari segi pengadaptasian penggunaan teknologi baharu termasuk komputer, digital, e-learning dan sebagainya. Penggunaan ICT dalam sekolah telah membuka perspektif baharu tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada sistem dan organisasi bilik darjah. Kemajuan dan kecanggihan teknologi komunikasi maklumat membolehkan pembelajaran menerusi jendela dunia diadaptasikan dalam pembelajaran maya dengan menggunakan internet, melayari website dan sebagainya.
CADANGAN
Guru harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran.
           
 Faktor persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan anggota adalah penting ke arah sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi (Steers & Black, 1994). Persediaan mental dalam kalangan anggota organisasi merangkumi sikap yang positif terhadap agenda perubahan yang dicadangkan di samping memahami tujuan atau sebab-sebab di sebalik perubahan yang akan dilaksanakan. Perubahan sikap dan nilai terhadap IT diperlukan oleh guru dalam menghadapi cabaran baru dalam pendidikan (Ambigapathy, 2001). Justeru, para pendidik perlu literasi komputer supaya penggunaan komputer dalam pendidikan tidak terjejas. Dalam mencapai objektif tersebut, guru-guru perlu diberi latihan dalam penggunaan teknologi baru untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. (Ambigapathy & Suthagar, 2003).

Menurut Robiah (2003) menyatakan bahawa sikap guru yang positif akan lebih mendorong dan menggerakkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran berjalan secara lancar, pantas dan menyeluruh. Guru perlu menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan masyarakat ICT dan pembentukan masyarakat digital menjelang tahun 2020. Guru perlu bersedia melaksanakan tugas baharu bagi membangunkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran. Selain itu, guru juga perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi.

(3)    KEKURANGAN PRASARANA DAN BAHAN SOKONGAN

            Meluaskan literasi komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar ICT negara pada abad ke-21. Era teknologi maklumat memerlukan sistem pendidikan dan institusi sekolah menggubal matlamat utama pendidikan bagi membentuk generasi muda yang celik dan mahir komputer. Satu cabaran penting dalam pendidikan ialah menyediakan kemudahan komputer untuk semua pelajar. Ini bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya.

Kecanggihan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah pada masa ini adalah tidak seragam. Seperti yang kita sedia maklum di setiap sekolah jumlah komputer yang diperuntukkan oleh kerajaan hanyalah sedikit. Hal ini kerana terdapatnya kekangan-kekangan yang memang tidak dapat dielakkan seperti kekangan kewangan dan sebagainya. Implikasinya, tidak semua pelajar bepeluang untuk menggunakan komputer yang terdapat di sekolah. Dalam konteks ini, wujud isu bilangan komputer yang tidak dapat menampung bilangan pelajar di sekolah dan ketiadaan makmal khusus untuk mata pelajaran tertentu.  Untuk mengendalikan sesuatu kelas kemahiran penggunaan komputer, setiap pelajar seharusnya dibekalkan dengan sebuah komputer. Ini bertujuan supaya pelajar dapat berdikari dan menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan. Berkongsi komputer tidak digalakkan kerana pelajar sepatutnya diberi peluang menyentuh sendiri perkakasan dan perisian untuk tujuan penghayatan dan merangsang proses kemahiran berfikir pelajar.
            Ada yang meletak komputer di dalam bilik darjah, ada juga yang meletakkan semua komputer ini di dalam makmal. Ketiadaan makmal khusus bagi mata pelajaran tertentu juga telah menyebabkan guru tidak dapat mengintergrasikan ICT dalam P&P. Hal ini kerana guru mempunyai kekangan dalam menempah makmal komputer untuk digunakan semasa proses P&P. Ada yang memiliki sambungan kepada Internet, ada yang tidak. Menurut Williams (1995), penggunaan komputer ataupun internet merupakan buku teks masa depan. Melalui internet, pengguna-pengguna terutamanya pelajar boleh berkongsi sumber yang tidak terbatas. Kekayaan maklumat dalam internet memungkinkan pelajar memperolehi maklumat berkenaan pendidikan untuk meningkatkan kemahiran berfikir. Pada masa kini, terdapat beribu-ribu laman jaring yang amat berguna kepada pelajar dalam internet untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran.

Selain itu, penyediaan alatan seperti LCD untuk berfungsi dengan sempurna mengambil masa lama, terutama bagi sekolah yang tidak ada perkhidmatan juruteknik komputer. Kesan daripada permasalahan ini telah menyebabkan proses P&P yang berlangsung membosankan dan akan membawa kepada penurunan prestasi pencapaian pelajar. Hal ini sekaligus akan menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar meningkat serta profesionalisme guru akan dipandang rendah oleh masyarakat. 
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi maklumat dan penyelenggaraan IT. Kelemahan kepimpinan sekolah turut dikesan apabila terdapat sesetengah sekolah yang menunjukkan komited yang kurang terhadap penggunaan ICT, sekaligus mengakibatkan sekolah – sekolah berkenaan tertinggal dari arus perubahan yang berlaku. Justeru, perancangan sekolah perlu mengambil kira perubahan yang berlaku terutama penggunaan ICT. Selain menyediakan kemudahan belajar berasaskan ICT, sekolah perlu merangka belanjawan pendidikan yang semakin meningkat, khususnya perbelanjaan yang melibatkan penggunaan kemudahan, peralatan dan perkakasan teknologi maklumat. Peruntukan untuk penyelenggaraan contohnya wajar ditambah memandangkan kos yang semakin meningkat.

Cabaran masa kini dan akan datang dalam sektor pendidikan ialah penyediaan prasarana komputer yang lengkap untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran tersebut. Walau bagaimanapun, penyediaan kemudahan mengakses Internet sahaja tidak menjamin keberkesanan pembelajaran pengajaran secara on-line. Sikap guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi tersebut perlu dipertimbangkan untuk memastikan keberkesanannya sebagai kaedah pengajaran pembelajaran.

CADANGAN
Pihak sekolah perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet serta makmal komputer. Selain itu, pihak sekolah juga perlu meningkatkan infostruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infostruktur.

Pihak pentadbir juga, seharusnya menyediakan bahan - bahan sokongan lain seperti buku panduan atau manual pengguna, juruteknik komputer dan guru pakar. Kemudahan bilik darjah atau makmal yang selesa dilengkapi perabot yang mencukupi  memberi galakan dan motivasi kepada guru atau murid.

Guru-guru haruslah mengetahui tahap keupayaan infrastruktur ICT yang terdapat di sekolah masing-masing terlebih dahulu sebelum merancang sebarang aktiviti pembelajaran yang menggunakan ICT. Ini bagi memastikan aktiviti yang dilaksanakan membuahkan hasil yang optimum sesuai dengan objektif pembelajaran.

Kemudahan bilik darjah atau makmal yang selesa dilengkapi perabot yang mencukupi  memberi galakan dan motivasi kepada guru atau murid. Suasana bilik yang ceria yang mempunyai sudut – sudut pembelajaran berkaitan IT dapat memberi kemudahan kepada murid mencari maklumat berkaitan IT.

(4)        PENYALAHGUNAAN MAKMAL KOMPUTER DAN INTERNET PERCUMA

Isu penyalahgunaan makmal komputer dan internet percuma di sekolah di mana guru-guru dan pelajar didapati menyalahgunakan kemudahan internet di sekolah untuk melayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti laman sosial Facebook, Twiter dan sebagainya. Selain daripada portal-portal sosial, permainan komputer atas talian (Online Games) turut menjadi kegilaan pelajar sekolah masa kini. Penyalahgunaan seperti ini dibimbangi mampu meningkatkan jenayah internet yang sukar dikawal dan ianya boleh meningkatkan tanggapan negatif terhadap penggunaan kemudahan ICT di sekolah.

            Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, melarang mereka daripada menggunakan internet adalah tidak wajar. Namun, langkah-langkah pemantauan amatlah berkesan dalam mengatasi masalah ini. Selain itu, di sekolah juga pemantauan haruslah dilakukan oleh guru-guru yang bertugas, memandangkan proses pembelajaran dan pengajaran sekarang banyak menggunakan internet. Selain itu, nilai-nilai murni juga wajar diterapkan di dalam minda pelajar bagi mengelakkan masalah ini daripada bertambah teruk. Pelajar sekolah hari ini adalah antara pengguna internet di Malaysia. Penyalahgunaan internet di kalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan dewasa ini terutamanya membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan pelajar masa kini.

            Dalam konteks ini, guru berperanan sebagai fasilitator dan ICT sebagai alat semasa sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Kaedah pembelajaran secara penerokaan membolehkan pelajar mencari maklumat atau bahan-bahan daripada internet yang boleh digunakan untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah. Guru harus memastikan para pelajar memanipulasi (membanding dan menilai) maklumat yang diperoleh terlebih dahulu sebelum digunakan. Ini bagi mengelakan pelajar keliru dan salah tafsir atau salah guna maklumat yang diperoleh daripada internet kerana adakalanya terdapat perbezaan dengan fakta yang terdapat didalam buku teks sekolah. Kaedah ini, secara tidak langsung dapat mengajar para pelajar cara memproses maklumat dan menganalisis data yang diperolehi.

            Penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan guru menjalankan pembelajaran secara kolaboratif didalam kelas. Guru dan pelajar dari lokasi atau sekolah yang berbeza boleh menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, animasi, video dan sebagainya berkaitan sesuatu matapelajaran. Cara ini dapat menerapkan budaya kerja berpasukan disekolah. Dalam ketaksuban menggunakan ICT disekolah, guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas untuk memantau dan memastikan disiplin pelajar baik semasa menggunakan internet, komunikasi elektronik (email) dan sebagainya. Guru harus memastikan para pelajar tidak melayari laman sesawang yang boleh meruntuhkan moral mereka. Disamping itu, guru harus bekerjasama dengan penyelaras ICT untuk menyekat laman sesawang yang tidak berkaitan dengan pembelajaran daripada diakses oleh pelajar.


KESIMPULAN

Natijahnya, penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui sokongan dan usaha bersungguh-sungguh pelbagai pihak tanpa mengira batasan. Pemimpin sekolah dan guru merupakan nadi kepada perlaksanaan ICT di sekolah. Mereka adalah tunjang kepada kecemerlangan akademik para pelajar dan juga kejayaan penguasaan kemahiran ICT. Badan akademik dari universiti tempatan telah banyak menyumbang kepakaran untuk membantu guru-guru dan pelajar mendalami kemahiran ICT dan komputer. Sokongan moral daripada ibu bapa dalam menjayakan perlaksanaan ICT ini juga penting untuk membakar semangat para pelajar agar sentiasa berusaha mencari ilmu. Di samping itu, kemudahan dan peralatan teknologi yang lengkap merupakan penyumbang utama kepada kejayaan perlaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kementerian pendidikan melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna bagi memastikan pada era globalisasi ini tiada lagi pelajar yang tidak mendapat peluang untuk menimba ilmu. Penglibatan pihak swasta dalam perlaksanaan ICT ini menunjukkan mereka peka dengan perkembangan pendidikan negara. Bagi mereka, kecemerlangan pelajar adalah tanggungjawab bersama kerana para pelajar inilah yang akan jadi pemimpin negara pada masa hadapan. Mereka peneraju generasi akan datang.

RUJUKAN

Ambigapathy, P. (2001). “Technology and English Literacy in the Malaysia Classroom.” dalam Ambigapathy, P. (ed.). “Technologies of Learning: Learning Through and about The New Information Technologies.” Australia: Common Ground Publishing.

Ambigapathy, P. Dan Shanti, B. B. (2004). “Technological Literacy for Adults: Insights from Malaysia.” dalam Kell, P., Shore, S. dan Singh, M. (ed). “Adult Education 21st Century.” New York: Peter Lang.

Ambigapathy, P. Dan Suthagar, N. (2003). “Literasi Teknologi Komputer: Persepsi dan Penggunaan di Kalangan Guru.” dalam Pandian, A. (ED.). “Bahasa dan Literasi: Penyelidikan dan Peninjauan untuk Pendidikan.” Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Becker, W.E. & Watts, M. (1996). “Chalk and Talk: A National Survey on Teaching Undergraduate Economics.” American Economic Review, 86(2) 448-453.

Zhao, Y., Hueyshan, T.S. dan Mishra, P. (2000). “Teaching and Learning: Whose Computer Is It?” di dalam Bruce, B.C. (ed.). “Literacy in the Information Age: Inquries into Meaning Making with New Technogies.” Delaware: International Reading Association.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. (2001).      Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nafisoh, (2010), Maksud ICT. Diperoleh pada 10 Diesember 2015 dari http://pendidikanict.blogspot.com/2010/06/maksud-ict.html

Penggunaan Teknologi dan ICT dalam P&P dalam bilik darjah. Dicapai pada 10 Disember 2015       dari
http://www.slideshare.net/isuict12/penggunaan-ict-dalam-pp



ISU 7:PANDANGAN DAN CADANGAN MENGENAI ISU BERKAITAN PENILAIAN

CADANGAN DAN PANDANGAN OLEH:

NAMA: FATHIAH BINTI ABDUL RASHID
NO. MATRIK: M20151000754

ULASAN ISU DALAM PENILAIAN

ELAK BIAS ANTARA PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN

Pelajar lelaki dan perempuan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing dalam sesuatu mata pelajaran. Oleh itu, guru haruslah mengambil beberapa tindakan bagi mengelakkan bias berlaku dalam pembinaan item soalan ujian. Antaranya ialah guru haruslah mengimbangi bilangan topik dalam kertas soalan, seimbangkan bentuk soalan iaitu terdapat soalan objektif dan soalan subjektif dan seimbangkan corak soalan iaitu mengambil kira tentang sterotaip jantina pelajar.

KELEMAHAN PELAJAR DALAM BERBAHASA

Kesukaran pelajar berbahasa akan menyebabkan guru memberikan tanggapan bahawa pelajar tersebut tidak mencapai tahap pemahaman yang baik dalam sesuatu topik pembelajaran. Terdapat sesetengah pelajar yang sukar untuk menyatakan secara lisan disebabkan oleh kelemahan dalam berbahasa. Namun, kelemahan mereka berbahasa tidak membawa maksud bahawa mereka langsung tidak memahami apa yang telah diajar oleh guru. Selain itu, ketakutan pelajar terhadap guru juga akan menimbulkan perasaan risau, gemuruh dan bimbang dalam diri pelajar dan ini menjadi salah satu penghalang kepada pelajar untuk memberi pendapat atau jawapan mereka terhadap pertanyaan guru. Persepsi guru terhadap pelajar akan menyebabkan penilaian secara penulisan menjadi bias kerana cara pemarkahan guru dipengaruhi oleh pandangan guru terhadap pelajar.

PEMBELAJARAN HANYA BERFOKUSKAN KEPADA PEPERIKSAAN SEMATA-MATA

Pentaksiran tradisional yang bersifat terlalu berorientasikan peperiksaan banyak memberi impak yang buruk kepada guru mahupun pelajar. Tekanan kepada guru semakin bertambah apabila terburu-buru untuk menghabiskan silibus mata pelajaran dalam tempoh yang ditetapkan dan mengakibatkan guru kurang memberi penekanan terhadap perkaitan pembelajaran dengan kehidupan seharian. Mata pelajaran matematik memerlukan pelajar memahami konsep matematik bagi menjawab sesuatu soalan. Namun begitu, pelajar lebih cenderung menggunakan teknik hafalan atau mengingat rumus matematik semata-mata bagi menjawab soalan peperiksaan kerana bimbang jika gagal mendapatkan A dalam subjek tersebut. Oleh itu, pelajar tidak lagi dapat menghayati proses PdP dengan baik dan segala apa yang dipelajari adalah bersifat ingatan jangka pendek.

GURU KURANG KEYAKINAN

Walaupun guru-guru telah mengikuti kursus tetapi mereka tetap merasa kurang yakin dalam mentaksir pelajar kerana kekurangan pengetahuan, kemahiran dan sumber material. Malah sikap campur tangan ibu bapa dalam mempersoalkan kredibiliti guru menilai anak-anak mereka mengurangkan lagi keyakinan guru. Guru juga kurang memahami cara pelaksanaan pentaksiran dan mengalami kesukaran untuk membina instrumen pentaksiran yang pelbagai bentuk. Bahkan sikap guru yang tidak bersungguh-sungguh dalam pelaksanaan PBS juga telah menjadikan sistem pentaksiran yang diperbaharui ini menjadi pincang.

PELAJAR PRESTASI RENDAH SERING DIABAIKAN

Pihak pentadbiran sekolah yang terlalu menitikberatkan keputusan peperiksaan akan mengakibatkan pelajar yang berprestasi rendah seringkali diabaikan. Golongan ini akan hilang minat untuk belajar dan menyebabkan sebahagian besar daripada mereka tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana tidak mendapat dorongan daripada guru dan pihak sekolah. Sekiranya situasi ini berterusan, sekolah tidak lagi mampu untuk melahirkan pelajar yang berintelek dan berkemahiran seterusnya menyebabkan negara akan kekurangan tenaga kerja yang berkebolehan tinggi yang dapat membantu negara untuk bersaing dengan negara-negara luar.

ISU 7:PANDANGAN DAN CADANGAN MENGENAI ISU BERKAITAN PENILAIAN

PANDANGAN DAN CADANGAN OLEH:

NOR SHAHEERA BINTI ISMAIL
M20151000760

ULASAN ISU YANG BERKAITAN DENGAN PENILAIAN

Pelaksanaan Guru Dalam Membuat Kertas Ujian

Kebiasaannya guru hanya menggunakan ujian objektif berbentuk aneka pilihan dalam menguji tahap pencapaian murid. Pada pendapat saya, bagi guru menggunakan ujian objektif aneka pilihan, ini tidak sesuai untuk menilai kebolehan pelajar yang sebenar. Pelajar hanya diberi peluang untuk menentukan jawapan A,B,C atau D sahaja dimana jawapan tersebut telah ditetap oleh guru itu sendiri. Namun apabila melibatkan mata pelajaran matematik, soalan subjektif ataupun penyelesaian masalah matematik, hal ini akan mampu menilai tahap sebenar kemahiran murid terhadap sesuatu topik.

Penilaian Terhadap Skema Jawapan Yang telah Ditetapkan oleh Guru

Skema jawapan adalah berbeza-beza mengikut sekolah dan ini boleh boleh meyebabkan bias akan berlaku dalam sistem permakahan. Kebanyakkan guru akan mengubah sendiri skema pemarkahan mengikut kepakaran guru itu sendiri. Contohnya sekiranya markah tersebut tidak logik dengan cara kerja pelajar secara sendiri guru tersebut akan menukarkan pemarkahan tersebut. Pada pendapat saya, skema pemarkahan yang seragam antara sekolah amatlah sesuai untuk menilai tahap pretasi semua pelajar di Malaysia. 

Penilaian secara formatif dan Sumatif oleh Guru Sekolah. 

Penilaian secara formatif merupakan penilaian secara berterusan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penilaian ini dilakukan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran dan sebaliknya penilaian sumatif hanya melihat penilaian di akhir proses PdP untuk menilai pencapaian pelajar. Untuk menambahbaikan dalam meningkatkan proses PdP, ia juga boleh diterapkan dalam penilaian di kalangan guru matematik. Menilai pelajar secara berterusan adalah cara terbaik. Manakala penilaian sumatif tidak boleh menentukan kebolehan murid secara menyeluruh. Tambahan lagi dengan mata pelajaran matematik, menilai kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah sepanjang proses PdP adalah amat penting dalam meningkatkan prestasi murid dalam matematik.

Bias terhadap Penilaian

Kebiasaanya bias ini wujud dalam empat aspek iaitu item soalan ujian, penilaian melalui pemerhatian, penilaian secara lisan dan penilaian melalui penulisan. Jantina dan lokasi sekolah merupakan dua faktor yang sering dikaitkan dengan kewujudan bias dalam item soalan. Pelajar lelaki dan perempuan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing dalam sesuatu subjek. Guru haruslah mengambil beberapa tindakan bagi mengelakkan bias berlaku dalam pembinaan item soalan ujian. Bias ini akan menyebabkan penilaian yang kurang baik atau tidak berkualiti terhadap pelajar. Pada pendapat saya, bagi guru yang ingin mengurangkan bias dalam penilaian, guru tersebut perlu bijak dan teliti dalam memilih item soalan ujian, gunakan borang penilaian yang standard dan buat penilaian berulang kali.

Kepimpinan Guru Besar dalam Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)

Kita sudah sedia maklum bahawa guru besar merupakan ketua dalam sesuatu organisasi sekolah yang perlu mengendalikan sekolah dengan bijak dengan bantuan guru-guru di sekolah tersebut. Segelintir guru besar kurang memahami tentang pentaksiran termasuklah prinsip asas dalam pentaksiran pendidikan, pengendalian, penentuan standard dan penggunaan hasil pentaksiran. Ini menyebabkan guru besar kurang memberi kerjasama kepada guru dalam menjalankan PBS di sekolah. Contohnya, guru besar tidak menyediakan bajet yang secukupnya untuk membeli file murid.

ISU 7:PANDANGAN DAN CADANGAN MENGENAI ISU BERKAITAN PENILAIAN

NUR ASYATULMAILA BINTI MOHAMAD ASRI
M20151000721
M. EDU MATHEMATICS

PANDANGAN DAN CADANGAN MENGENAI ISU BERKAITAN PENILAIAN

PANDANGAN

1. Penilaian Berasaskan Peperiksaan

Kebanyakan guru di sekolah melakukan pengajaran dan pembelajaran berasaskan peperiksaan terhadap pelajar. Sistem pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai banyak kekurangan terutamanya melibatkan dari segi penilaian. Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru kebiasaannya melatih soalan terlebih dahulu sebelum melakukan ujian sebenar. Kaedah pengajaran ini lebih tertumpu kepada cara menjawab soalan dan pengiraan menggunakan rumus sahaja. Pembelajaran sepanjang hayat dan cara mengaplikasi kepada kehidupan seharian tidak diterapkan dalam sesi pengajaran yang menilai berasaskan peperiksaan ini.

2. Bias Dalam Penilaian

Bias dalam penilaian berlaku disebabkan oleh wujudnya kriteria yang berbeza. Bias dapat ditentukan melalui aspek ujian, pemerhatian, lisan dan penlisan. Penilaian bagi aspek ujian akan berlaku bias apabila individu tidak mempunyai kemahiran yang sama dalam sesuatu soalan. Bias bagi penilaian berasaskan pemerhatian berlaku apabila proses menentukan tindakan atau sikap murid terhadap sesuatu perkara dan akan terjadi bias apabila timbulnya persepsi negatif atau positif guru terhadap pelajar. Penilaian berasaskan lisan akan berlaku bias sekiranya timbul persepsi guru terhadap sesetengah pelajar yang tidak dapat menterjemahkan sesuatu pembelajaran dalam bentuk perkataan atau bercerita. Ini terjadi sekiranya pelajar tidak dapat menjawab soalan yang diusulkan oleh guru secara lisan disebabkan oleh lemah penggunaan bahasa sedangkan pelajar tersebut memahami apa yang sedang dibincangkan oleh guru tersebut. Manakala, bias akan berlaku dalam penilaian berasaskan penulisa sekiranya guru hanya menilai tugasan pelajar berasaskan jenis tulisan yang digunakan sahaja. Pemarkahan guru pula dipengaruhi oleh pandangan guru terhadap gaya penulisan pelajar tersebut.

3. Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)

Selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka sistem penilaian prestasi pelajar berasaskan sekolah bagi mengatasi sistem pendidikan kini yang berorientasikan peperiksaan. Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Walaupun PBS merupakan satu langkah penyelesaian untuk mengatasi msalah penilaian matematik di Malaysia, namun masih terdapat beberapa isu yang perlu diperbaiki. Masih terdapat segelintir guru besar yang tidak mengetahui ilmu dalam bidang pentaksiran termasuklah prinsip asas dalam pentaksiran pendidikan, pengendalian, penentuan standard dan penggunaan hasil pentaksiran. Ini menyebabkan guru besar kurang memberi kerjasama kepada guru dalam menjalankan PBS di sekolah. Kebanyakan guru merasakan perubahan pendidikan telah meningkatkan beban kerja mereka. Guru bukan saja perlu mengajar tetapi juga melakukan kerja-kerja pentadbiran dan kokurikulum. Guru juga perlu mentaksir dan mengajar dalam masa yang sama. Ini adalah kerana mengikut sistem PBS, penilaian dan pengajaran matematik akan berlaku pada masa yang sama untuk sepanjang tahun.

CADANGAN

1. Guru Boleh Merancang Dan Mentadbir Ujian Dengan Menggunakan Item Dari Bank Item Berpandukan Jadual Penentuan Ujian (JPU) Tertentu.

Ujian memerlukan perancangan yang rapi. Setiap ujian perlu ada jadual spesifikasinya. Jadual Penentuan Ujian (JPU) merupakan satu blue print yang dapat membantu penggubal soalan menyediakan soalan mengikut kriteria yang ditentukan. Jadual penentuan ujian dibentuk untuk memberi suatu gambaran mengenai kandungan dan format item ujian bagi mengukur objektif pembelajaran. Penentuan ujian boleh memberi arah kepada guru dalam memaklumkan pencapaian pelajar dalam pengajaran yang telah diberi. Guru juga boleh membimbing pelajar tentang persediaan menghadapi ujian. Guru memilih item berdasarkan item dalam bank dan jenis ujian bertulis mengikut format ujian yang diperlukan. Guru boleh menyediakan satu ujian mengikut bilangan, arahan yang diberi dan mencetak ujian mengikut bilangan pelajar yang akan diuji. Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan dalam menyediakan ujian ialah ujian perlu mengandungi unsur-unsur motivasi, refleksi, mencabar minda, menimbulkan celik akal, mengurangkan tekanan, menimbulkan kesediaan dan sentiasa bersedia untuk mengambil peperiksaan seterusnya.

2. Guru Perlu Membuat Pengskoran, Penganalisaan Dan Pelaporan Keputusan.

Melalui kaedah ini, guru dapat mengaplikasikan kaedah yang lebih berkesan terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan dengan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara "apa yang dihasilkan" dengan "apa yang dihasratkan" dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang guru bagi memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.